Announcement!!!

The blog has moved to


Thanks for your support!!!


Check out this cool stuff:

Sunday, July 31, 2011

Bertahun sudah ku menunggu dirimu..


Assalamualaikum Pemirsa..


Sejauh manakah LINE TELEFON boleh menjejaskan hubungan? Mudah! It goes like this..


Akibat line telefon yang durjana..
Antara aku dan dia wujud curiga..
Ku sms ku call tiada jawabnya..
Buat hati gundah gulana..

Akibat line telefon yang canggih kononnya..
Aku dan dia renggang seketika..
Tidak ku tahu apa perihalnya..
Mungkin saja ada orang ketiga..

Akibat line telefon yang kujaga prepaidnya..
aku dan dia dingin sedingin kutub utara..
Dialah salji, dan aku beruang kutubnya..

Akibat line telefon yang sometimes celaka..
Aku dan dia hilang serinya..
Tambahan pula ada campur tangan orang tua..
Yang bisa saja menamatkan segalanya..

IMG_4656 copy

Tu kalau mahu cerita pasal line telefon la. Sampai esok pun belum tentu habis. Tapi memandangkan esok aku tidak bekerja, apalah salahnya aku menaip sampai esok.

Beberapa bulan lepas, terdengar olehku perbualan rakan sekerjaku. Dia baru sahaja menangani kes cinta tiga segi pelajar kami. Dua gadis berebut seorang lelaki yang belum baligh. Oh well, anda tidak semestinya perlu berada di penjara untuk mendengar kisah cinta tiga segi, sebab di sekolah juga ada. Dan pelakunya adalah studentku yang bermur 13-14 tahun. Kids nowadays.. they advance too fast..

Ok berbalik pada isu budak-budak ni tadi. Memandangkan guru mempunyai kuasa veto dan budak di sekolah aku pun masih takut dengan guru, (thank God) Rakanku tadi mudah saja menyuruh si lelaki untuk ‘menceraikan’ salah satu madunya. As simple as that.

Cinta monyet mudah saja ditangani. Alangkah baiknya jika masalah jiwang kronik dalam kalangan insan dewasa juga boleh diselesaikan dengan sekali harung saja.. Kan? Kalau setakat cerita insan ketiga dalam perhubungan ni, fulamak. Just name it! daripada drama slot samarinda, Lestari, hingga ke drama alih suara sepanyol, semua pun ada.

Sepanjang pemerhatian aku dalam bidang asmaradana ni, mereka yang caring dan menjaga segala kebajikan dan kemaslahatan pasangan adalah antara yang kekal lama dan bahagia. Tidak kiralah yang sudah berkahwin ataupun masih lagi non-mahram. Pasangan akan saling melengkapi kekurangan yang kita miliki.

Jika kaki kita berbau,pasti pasangan kita ada perfume dikakinya. Jika muka kita kasar ibarat jalan di ladang kelapa sawit, pasti muka si dia halus ibarat jalan ke syurga. Apabila orang lain memandang rendah kepada kita, pasti hanya dia memandang tinggi kepaa kita walaupun sekadar menyenangkan hati sahaja.

Perumpamaanku memanglah tidak bersandarkan fakta. Namun apa yang penting disini, tanpa insan comel bernama sang kekasih, hidup kita akan serba tidak keruan dan ini boleh menjejaskan sistem penghadaman.

IMG_4666 copy

Kerana itulah, wujudnya keperluan dan kewajipan untuk saling menjaga. Masa berkapel memang indah. Saling menjaga dan saling memerlukan. Selepas 20 tahun melayari bahtera, ceritanya mungkin berbeza kerana anda mungkin saling bertikam lidah ataupun saling menghina bau ketiak masing-masing.

Jika tidak saling menjaga, disitulah klimaks drama sepanyol akan bermula. Munculnya orang ketiga yang mampu menawarkan pakej percintaan yang lebih lumayan kepada girlfren/boifren anda.

Pada mulanya mungkin tiada apa-apa. Yes you feel safe. “Dia sayang aku saja dan dia setia. Aku tidak perlu risau dia lari dan aku tidak perlu call atau sms dia. Tahun depan lah baru aku call dia” – Katanya dengan nada yang kurang cerdik. Sebenarnya ada lagi satu istilah untuk menggantikan ‘kurang cerdik’ itu. Cuma mungkin terlalu kasar penggunaannya.

Nyata itu akan membuka pintu yang sangat luas kepada orang ketiga tadi. Kerana apa? boleh jadi dia ni lebih kacak, mempunyai darah kacukan korea, dan bau nafasnya ketika bangun pagi wangi sedikit dari anda. Sedikit saja. Jangan risau. Dan yang paling merisaukan negara, dia ni juga sangat sangat meminati girlfren/boifren anda tadi. Melebihi duitnya, nyawanya, dan hamster kesayangannya. Dia sanggup berbuat apa saja untuk bersaing!

IMG_4628 copy

Kini anda berada dalam situasi yang awkward! pelik! dan tidak relevan! Anda penat mengayat untuk mendapatkan si dia dahulu, dan telah berkawan selama 7 tahun (termasuk cuti am)!!! Kini muncul mamat sorang ni entah dari mana, dan terbukti cintanya kepada si gadis menyamai cinta anda. Mungkin menang sedikit dia tau.

Siapa yang salah? Anda? kerana tidak menjaganya? kerana tidak mempedulikannya? kerana anda lupa perisa megi kegemarannya? Well, my friend, accept the fact.

Tapi adakah si orang ketiga tadi salah juga? Mari bingung bersama. Secara logiknya, dia tahu gadis yang dia minati ini sudah berpunya. But he still want to give a shot. Dia tidak salah! kerana dia hanya mengikut kata hatinya ok! Tapi dia salah juga sebenarnya! Kerana terlalu mengikut kata hatinya. Bingung bukan??

Ok pedulikan saja dua bedebah di atas. Kita fikirkan pula apa perasaan si gadis. Adakah dia akan setia? atau adakah dia akan beralih daripada Nikon kepada Canon?? who knows. There’s a old saying that a women heart is much harder to read than a microscopic DNA of a human. Pastinya hatinya juga tidak tenang. Keliru!

IMG_4642 copy


Bagaikan TV LED di tangan kanan dan Iphone di tangan kiri. Bagaikan cangkul di tangan kanan dan penyapu di tangan kiri. Dia sudah tidak mampu membuat penilaian. Dia ingin setia. Dia tidak ingin sesiapa kecewa. Dan dia tidak suka melihat taktik Singapura bermain bola sepak.

At last, siapakah yang akan dia pilih?? persoalan ini aku tinggalkan untuk sesiapa yang cukup baik untuk membaca entryku hingga ke perenggan ini. Siapa??? Yang pasti akan ada yang terluka. Dan yang pasti ini bukan cerita pasal aku. Jangan memandai-mandai ingat cikgu Sudir ada masalah cinta pula ok!

IMG_4653 copy

To me the rules are simple. Don’t do something that you don’t want others do to you.

*Klik la iklan aku tu.. terubat sikit hati ini tau..*

*sudir Suichi*

12 comments:

  1. ingatkan cikgu sudir yang ada masalah cintan-cintun......^_^

    ReplyDelete
  2. hari ini berat dengan kata-kata dan gambar sekali..fuuuhhh...

    ReplyDelete
  3. uinah po...mcm buka kitab seja...

    ReplyDelete
  4. your poyography cantik cantik :) kekekek :)

    ReplyDelete
  5. betul2..bleh gaduh sebab line problem,,bukan sebab lain pon..kadang2 ieja rase mcm nk gigit je line tu..boleh?hehe

    ReplyDelete
  6. klu line problem mmg bikin baccat..
    hehehe..

    ReplyDelete
  7. ko ni sudir cite sdh pn ko leh wat lwk lg..huhu

    ReplyDelete
  8. kalau line problem mmg bole cari gadoh..hangin2..hehhe

    ReplyDelete
  9. Very happy if I was acquainted with you.
    I'm from Vietnam. A country with many famous places of the world, people here are friendly and easy to close

    ReplyDelete
  10. LoL... kisah hidup ni mcm ada sikit dlm hidup sya.. bahagian terakhir sya paling suka.. pengajaran itu saya gunakan untuk mengingati diri sebelum terluka.. bagi saya lebih baik ramai2 terluka dengan kaputusan yang baik berbanding melukakan hanya beberapa orang tetapi mendapat kesan yang kurang menyenangkan... lebih baik berfikir panjang daripada bertindak bodoh. itulah prinsip saya. tumbs up.. saya suka gambar2 yang kamu letak disini.. sangat lucu..XD!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Untuk Menceriakan Lagi Hidup anda!