Announcement!!!

The blog has moved to


Thanks for your support!!!


Check out this cool stuff:

Friday, April 22, 2011

Pertandingan Ratu Fesyen Igal-igal 2011


Assalamualaikum

Hari ini, 22 April 2011. Berada di kampung halaman sempena cuti Good Friday. Petang ini Insya Allah akan ke Semporna untuk menyaksikan Lepa-lepa 2011. Bersedia untuk menambah shuttercount di kamera! yeah~~

Hendak seribu daya, hendak juga update blog. So sebelum aku mandi dan bersiap menunaikan solat Jumaat, akan aku selitkan beberapa gambar semasa Pertandingan Ratu Fesyen Igal-igal yang berlangsung di Kampung Hidayat, Batu 4, Tawau pada 16 April lepas.

Kepada yang tidak tahu, Igal-igal ni merupakan antara tradisi masyarakan Bajau dan Suluk di Sabah. Sabah sememangnya kaya dengan kebudayaan kerana kepelbagaian etnik yang terdapat disini. Jadi untuk memastikan seseorang menjadi anak jati sabah bermutu tinggi, haruslah sekurang-kurangnya tahu adat resam kaum lain ok!

IMG_0575

Yang di atas ni merupakan 3 adaripada 5 peserta ratu fesyen Igal-igal pada malam tersebut. Masing-masing memeragakan pakaian tradisi suku kaum Bajau dan Suluk. Disulami dengan tarian lemah gemalai, mereka cuba memikat hati juri. HAti penonton juga turut terpikat rasanya kerana sorakan dari pakcik-pakcik yang hadir begitu bergema sekali.


IMG_0695 copy

Selain itu, turut diadakan ialah pertandingan tarian secara berduet dan berkumpulan. Maaf la sebab aku pun tidak tahu hendak bezakan apa itu igal-igal, apa itu daling-daling, dan banyak lagi. Kalau ‘Darling I Love You’ tu biasa la aku ungkapkan kepada si chenta.

IMG_0704 copy

Kalau Wayne Rooney terkenal kerana kelincahannya walaupun berbadan besar, Kakak kita ini juga tidak kurang hebatnya. Sometimes size doesn’t matter ok! Pasangan ini memenangi tempat pertama. Berdarah hidung melihat tarian mereka ini. Terbaek dari estet!

IMG_0715 copy

Untuk mencari generasi muda yang mengikuti perkembangan muzik metal, hip hop, dan fesyen terkini, di mana saja boleh kita jumpa. Ramai saja pengikut Hip Hop di negara kita berpakaian seperti Eminem tapi satu lagu Hip Hop pun haram dia tidak tahu. Bahasa Inggeris SPM tidak kredit tapi mahu juga “YO Wassup dude??”

Tetapi yang meneruskan kesinambungan budaya dan adat resam ini, agak sukar untuk dijumpai. Sekalung tahniah buat mereka yang masih menyayangi tradisi kaum mereka. (Aku kena belajar buat buras la kalau macam ni)

IMG_0752 copy

Ini pula pertandingan tarian berkumpulan. Yang membezakan mereka dengan Girl’s Generation hanyalah pusat minah korea itu kelihatan. Yang lain aku tengok lebih kurang sahaja.

IMG_0772-2 copy

“Pilak’ dan “Otok”. Itu sahaja perkataan Bajau yang aku fahami. Namu melihat tarian dan muzik tradisi mereka pada malam tersebut, bergoyang-goyang juga kepala ini. Layan bro~~

IMG_0819 copy

Keputusan telah di umum, yang duduk itu ialah johan pertandingan Ratu Fesyen Igal-igal bagi tahun 2011. Dia ni, mentang-mentang sudah menang tidak mahu pula tengok kamera ya! hehee. Apapun sekalung tahniah diucapkan. Anda boleh pergi lebih jauh!

IMG_0818 copy

Owh akhirnya dia mahu juga melihat kameraku. Macam Fazura pun ada dia ni kan?

Tidak kiralah siapa pun yang menang, penyertaan itu yang penting. Pertandingan sebegini lebih baik daripada pertandingan ratu cantik bapok yang semakin berleluasa di negara kita. Sedikit hairan mengapa tiada pemantauan dari mereka yang berwajib. For what purpose we Malaysians pay your salary then? I think that is the true definition of  ‘Blind Salary”.

IMG_0727 copy

Oh ya! Sebelum terlupa. Artis jemputan pada malam tersebut. Encik Den Bisa!! Sungguh mencuri tumpuan pada malam tersebut. Mendapat sorakan hangat dari warga tempatan. AKu pun turut sama bersorak la walaupun apa yang dia nyanyikan itu aku tidak mengerti walau sepatah. Anyway, he has a really nice voice you know! Fenomena!~! Den Bisa yang sememangnya Berbisa.

Final words, an event like this is a good example on practicing 1 Malaysia slogan in our daily life. Don’t call yourself a Malaysian if you don’t want to know things about other Malaysians. Cheers~~!!

*Sudir Suichi*

7 comments:

  1. try shoot dari hadapan, eye contact ngan model :)

    ReplyDelete
  2. tidak boleh ke depan lagi..menghalang view VIP.. THanx anyway ~~ =)

    ReplyDelete
  3. memang unik tarian ni.. belum berkesempatan menonton secara live

    ReplyDelete
  4. Salam.bw here^^ nice blog :)
    Feel free to visit me @ frommetoyou~
    :)

    ReplyDelete
  5. hohoho.. ada junior orang Bajau. selalu dia bercakapk dgn kawan dia mesti keluar perkataan 'buyuk/buyut' huhu.. tpi smpai skrng dorang tak bagitahu apa maksud tu.huhuhu

    ReplyDelete
  6. hehehe....kamu ingat orang bajau hebat tapi suluk lagi hebat.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Untuk Menceriakan Lagi Hidup anda!