Announcement!!!

The blog has moved to


Thanks for your support!!!


Check out this cool stuff:

Monday, March 14, 2011

Jika anda rajin berdoa, doakan aku sekali..


Asalamualaikum

Lumrah guru baru posting. Berfikir sedaya upaya bagaimana boleh dijelmakan gaji pertama itu kepada sesuatu yang boleh dilihat. Ye lah setelah diberi sedikit kepada ibu bapa, sedikit untuk belanja rakan, dan sedikit lagi untuk belanja gelfren kiutku makan resipi rahsia, sedikit untuk simpanan, tentu ada sedikit lagi untuk membeli sesuatu yang boleh dilihat.

Semestinya, sedikit duit akan dibelanjakan untuk mengubah penampilan. Alkisah pada suatu hari aku memasuki sebuah kelas. 2 Arif. Aku memakai baju baru, membuat rambut pacak-pacak, dan berkaca mata. (baju dan spek aku tu tak baru pun cuma baru pakai hari tu)

Hamdan : Wow cikgu!! Kacaknya cikgu hari ini!!!
Aku : Uik.. lancar membodek..
Hamdan : memang hensem cikgu.. mau jadi saya punya ipar ka?

Sorry bro. I might be broken but I’m taken. haha. Ya ternyata penampilan memang penting jika terpaksa berhadapan dengan sekumpulan pengebom berani mati 5 hari seminggu.

Menu utama untuk menjelmakan duit, semestinya dengan membeli kenderaan. Tidak kisahlah ada installment atau zero installment sekalipun. Yang pastinya ramai guru baru akan memiliki kenderaan baru.

Exora? Alza? MyV? Rush? VIOS? Just name it. Jika dahulu kami berhingus-hingus menunggu bas di tepi jalan, dan kini secara tidak semena-mena kami menaiki kereta. berkaca mata hitam, tingkap dibuka, siku letak kat tingkap, drive sebelah tangan dan hidung sedikit kembang apabila ada insan melihat. Nauzubillah minta dijauhkan.

Hakikatnya, bukan untuk menunjuk ok. Keperluan. Satu perkataan itu sudah cukup untuk menutup mana-mana mulut yang sedang menguap.

“buke nok nunjok.. bendo ni piyuk nasik kito..” kata seorang abang yang juga merupakan guru tempat aku prektikal dahulu. Oh ngak faham ya? [Bukan mahu menunjuk.. benda ni periuk nasi kita]

“Kitto boli ketto buke nak sesajjo.. kitto nak paka gi kijjo..” Katanya lagi. Masih tidak faham? [kita beli kereta ni bukan saja-saja. kita nak pakai pergi kerja] –To fellow bro and sis from Kelantan, sorry if I misUse the words..

On with the main point. Aku juga tidak terkecuali dari permasalahan ini. Cuma bezanya, aku ini insan yang agak teruja mengejar minat berbanding keperluan. Hasilnya, Separuh gaji habis untuk hobi, manakala yang selebihnya aku beli motosikal

Tu pun kena minta bantuan pembiayaan FAMA (Father & mother, to be exact..). Aiseh apa jenis anak aku ni.

So here it is, Honda 125 Ultimo berwarna oren. Dia kuberi nama Naruto.

IMG_8487


Bila tengok motor, kita akan ingat Mat Rempit. Individu solo atau berkumpulan yang gemar berkeliaran tidak kira masa dan berlumba di jalan raya. Disturbing others and doing ‘cute’ stuffs with their ride.

Akibatnya, ramai insan lain yang berkeliaran menggunakan motor juga digelar Mat Rempit. Bagaimana jika mereka itu ialah ustaz yang hendak pergi surau, guru yang hendak pergi mengajar, ataupun pramugari yang hendak mengejar flight?

So, perkataan berkeLIARan amatlah tidak molek digunakan untuk mereka kerana mereka tidak LIAR!! barangkali perkataan berkeJINAKan lebih sesuai. hahaha aku memang gemar merapu.

IMG_8486

Terciptanya kenderaan, adalah untuk memudahkan hidup kita, melancarkan urusan kita, tidak kita dunia akhirat. Bukan untuk dibanggakan, untuk mengelak cukai semata-mata, ataupun memonggek anak dara orang. Ya saya pernah bercita-cita jadi ustaz. Smile with tongue out

IMG_8488

Yang pastinya, doa restu dari kalian semua amatlah diharapkan. Agar sesiapa sahaja yang menaiki motor ini selamat hendaknya.

Final words, selamat bercuti kepada semua pelajar sekolah di Malaysia. Bergembiralah. Cikgu tahu kamu gembira. Tapi segembira-gembira kamu, masih tidak dapat menandingi kegembiraan guru-guru kamu. Sekian. Salam 1Malaysia. Haha.


SudirSuichi

10 comments:

  1. heartbroken but i'm taken ... gane tuh?? x pahe kawe doh..


    semoge naruto awk tuh bleh memberikan bakti kpd awk sepanjang bergelar seorg cikgu..

    ReplyDelete
  2. broken = pokai ... :) kan dir

    ReplyDelete
  3. broken but taken.....not heartbroken...heheh

    ReplyDelete
  4. ko telah menduakan dmax mu ya....

    ReplyDelete
  5. wah. pandai rupa2nya bercakap kelate. hehehe.. naruto yg smart!

    ReplyDelete
  6. aduh...kita blehla psgkan mto kita yer...nma mto aku Chichi

    ReplyDelete
  7. Salam, dik sudir. Wah, kiut nama motor tu ya, naruto. Anak2 kak minat naruto.....:D

    ReplyDelete
  8. mahu minta sedikit itu resepi rahsia bolehkah?hee :P

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Untuk Menceriakan Lagi Hidup anda!