Assalamualaikum.
Hepi yeay yeay yeay
Hepi yeay yeay yeay..
Kami suka Pengakap saja..
Siang menjadi kawan..
Malam jadi ingatan..
Cintaku.. Semakin mendalam..
Itu merupakan antara bait-bait lagu pengakap masa aku sekolah dahulu. Frankly, waktu sekolah menegah dahulu aku sebenarnya anggota Kadet Remaja Sekolah (KERAS). haha. Tapi entah bagaimana kami sering terjerumus dalam mengikuti program-program perkemahan pengakap. Semua itu memang sengsara. Tapi itulah kenangan!
Pada 16.3.2011 aku berkesempatan menghadirkan diri pada majlis penutupan Camporee Pengakap Ke 4 di Kem Tiku, Tawau. Sudah pasti ini merupakan satu lagi gerakan kami dari Tawaubloggers. Jika anda seorang blogger dan anda berasal dari Tawau, andalah yang kami cari!! – iklan sekejab.
Camporee ini disertai bukan saja oleh peserta dari Tawau semata-mata, tetapi juga dari Semporna, Lahand datu, dan yang paling best, Dari indonesia. Ya ini bukan cincai. International bak kata macik-macik Bugis. Dalam masa terdekat ni pastinya web Tawaubloggers mengeluarkan liputan menyeluruh mengenai camporee ini. So be sure to check it out ok.
Ok mari mulakan merapu. Walaupun dulu aku ni bukan officially pengakap, tapi keterujaan sebagai seorang pengakap itu tentunya aku pernah rasa. Dari ikrar sampai ke lagunya, aku tahu. Sebut saja dimana. Table? Tiku? gunung Kinabalu? semua tempat itu kami sudah pernah jelajahi untuk berkemah! Oh gunung Kinabalu tu aku tipu. Jangan percaya.
Apa yang best pasal menjadi ahli pengakap ni? mengapa ramai belia mengikutinya sedangkan banyak lagi benda boleh dibuat, seperti bershuffle, lepak tepi Quong Ming, dan membunyikan ringtone di dalam panggung wayang?
Mudah saja. Life. Be alive! You have only one life so don’t waste on stupid things.
Tapi masuk hutan, main lumpur, kena baham nyamuk itu sesuatu yang clever ka? bukankah lebih baik kita berdating di highway, conteng buku di library, dan memakai sweater ketika panas terik dibandar?? – Katanya lagi.
Ya, aktiviti begini sememangnya memungkinkan anda tidak menukar underwear selama 5 hari berturut-turut dan membuang air besar dalam keadaan yang sangat daif. That’s what you’ll see from one angle. Tapi dari sudut yang lagi satu, kamu akan menjumpai banyak benda lagi, cabaran! pengalaman! dan ramai teman baru.
Teman baru? Saya sudah ramai kawan! baru semalam saya dan kawan-kawan saya pergi memitik kepala anak haji Cholleng di kampung sebelah. Itu juga satu cabaran. Kami suka cabaran!. dan sememangnya kami semua berpengalaman dalam menikam orang dan gagal SPM.
Kamu perlu salurkan nafsu darah muda kamu itu pada jalan yang sewajarnya. itu semua salah dan ternyata tidak waras dan tidak mengajar kamu erti setiakawan, kerjasama, dan semangat sepasukan!
Geng-geng kami sangat setia! walaupun ada yang ditangkap polis, mereka tidak akan beritahu dimana rumah geng-gengnya yang lain. Mereka memang setia! Lebih setia dari Gelfren. Kami sering bekerjasama untuk mencuri syiling dalam public phone. So untuk apa kami join aktiviti lain?
Pernahkah kamu berkawad? permahkah kamu membina khemah? dan pernahkah kamu masak menggunakan kayu api dan berkongsi makanan dengan rakan sekumpulan??
Kawad? Untuk apa? Bina khemah? Bagus tidur dirumah. Masak guna kayu api? itu semua zaman mesolitik punya cerita! sekarang manusia makan Kentaki, Resipi Rahsia, dan MekD!! Dan yang latest di Tawau, Old Town!!!
Bagaimana pula dengan kemahiran survive dalam hutan? bolehkah kamu menggunakan sumber yang ada untuk hidup? Jika ada rakan yang cedera, adakah kamu punya kemahiran untuk membuat pertolongan cemas?
Sedangkan di hutan konkrit ni kami mampu hidup. Apatah lagi si hutan sana. Mudah! Rakan yang cedera? untuk apa ditolong mereka itu? Kami kebal! tidak dimakan parang!
Ok fine. Lets say kamu ni pelajar yang cemerlang. Jawab exam tutup lampu pun boley straight A. Tidakkah kamu rasa perlunya aktiviti ko-kurikulum sebegini selain mementingkan akademik semata-mata?
Bro.. sedangkan akademik kami gagal total, apatah lagi ko kurikulum. Kasihan ibu bapa kami kerja siang malam. Part time itu, full time ini, dan half time itu.. Namun pengorbanan mereka kami balas dengan menjadi samseng kampung. Fuh..
------------------------- Sketsa Tamat-------------------------
Kesimpulannya, aku sebenarnya kagum melihat semangat muda mereka yang mengikuti camporee ini. Semangat sepasukan yang sangat ajaib. Bayangkan, mampu hidup dalam kekurangan selama 5 hari. Tanpa facebook, tanpa Tilam yang empuk, dan terlepas beberapa episod sinetron di kaca tv.
Dari satu sudut juga aku melihat, penyertaan camporee ini tidak didominasi oleh satu-satu kaum sahaja. Bugis, Bajau, Butun, Jawa Pakistan cina suluk, itu kita sedia maklum memang sering memeriahkan perkemahan. Namun Aku agak terkejut bila melihat pasukan dari SM Sabah Chinese Tawau juga mengambil bahagian. Kasihan juga aku tengok amoi-amoi tu kepanasan.
Pasukan Pramuka Sebatik, Indonesia. Love them!
Sekain untuk kali ini. Jika punya kerajinan akan aku mengUpdate lagi. Saya akhiri dengan serangkap pantun…
Jika ada sumur di ladang..
Ladang itu Hap Seng yang punya..
Jika ada cuti yang panjang..
Akan aku update lagi ya..
~Sudir Suichi~
perghhh.... mantap... :)
ReplyDeletewaah! pernah merasai pengalaman masuk pengakap jugak. tpi sangat sekejap lepas tu masuk Puteri Islam. pengakap memang best!
ReplyDeleteDi Sebalik: Aku Dah Tengok Hikayat Merong Mahawangsa!!!