Announcement!!!

The blog has moved to


Thanks for your support!!!


Check out this cool stuff:

Monday, March 7, 2011

Separuh Jiwaku Pergi..


Assalamualaikum

~~This is a non-jiwang Entry.. TQ~~

Sudah beberapa ketika agaknya..
Aku bersamanya..
Betapa susah aku mendapatkannya..
Tuhan saja yang tahu SENGSARANYA..

Jangankan Ibu bapa..
Kawan-kawan pun ada yang tidak restu aku bersamanya..
almaklum aku bukan siapa-siapa..
Mahu pula memiliki yang sepertinya..

Atas semangat Malaysia boleh..
Dia berjaya ku peroleh..
Cinta kami bukan selekeh..
Walaupun aku tak berapa soleh..

Cinta kami kian berputik..
Hatiku seTotalnya dia petik..
Bila bersamanya bulan sanggup ku Pitik..
Cinta itu buta walaupun kadangkala kilik.

Ku genggam dia kemana ku pergi..
Ku belai dia setulus hati..
Walaupun aku slek di bahagian gigi..
Aku dan dia, cinta mati..

Dari matanya kulihat duniaku..
Cahaya wajahnya menerangi langkahku..
Pantulan semangatnya menjadi momentumku..
Melawan inersia yang terhasil dari jasadku..

Kini aku bekerjaya..
Tinggi cita-cita walau belum berjaya..
Setiap masa dihatiku ada namanya..
Namun hakikatnya terabai rasa dijiwanya..

Aku dengan duniaku yang mengejar dunia..
Walhal dia perlu aku untuk merasa apa itu bahagia..
Tinggallah dia di dalam kotaknya,
Sedang aku makan sanggar Pappek dengan lahapnya..

mungkin bosan dengan situasi ini,
dia meminta ku lepaskan dia pergi..
Mungkin dia mahu ke Itali, ataupun naik haji..
Kemana saja asalkan dirinya bukan milikku lagi..

Ya life must go on..
But I’ll keep holdin’ on..
If it wasn’t for you, my only one,
I’ll still a nobody, close on becoming a moron..

I will miss you.. my Eos 1000D..

IMG_8582
[WTS] Used Canon Eos 1000D. Age 2 years old. Good condition. Shutter count around 8k++. Best choice for beginners. Love this baby so much.
Package include : Canon eos 1000D complete set + 18-55mm IS lens + 4gb sd card. (Kotak tiada sudah..haha)
Warranty : Finish olredi..
Dealing method : COD or postage (COD kat Tawau or Lahad Datu ok..hehe)
Price : Rm 1000 (Boleh bincang lagi tanpa segan silu)

~~Wassalam~~

SudirSuichi

10 comments:

  1. sedih lak aku bace......wuuuu...nape jual?>? aku xsmpai aty nk jual aku nye...hehe.... aku phm sgt2 prasan ko...huhuhu

    ReplyDelete
  2. wah..wah..sy still lagi dengan 1000D..takde bajet lagi nak upgrade

    ReplyDelete
  3. aku pun sedih nk lepaskan dia ni.. perfect seyh mamat ni.. gamba pon quality best.. tapi apakan daya.. huk huk

    ReplyDelete
  4. confirm mau beli baru yg lagi canggih ni

    ReplyDelete
  5. wah...sadisnya..takper nanti leh cari pengganti yg lain kan..

    ReplyDelete
  6. hm....bertuah jd cmera

    ReplyDelete
  7. la.. napa nak jual. lepas ni xde dah la gmbar cntik2.. huhu

    Labuan oh Labuan Part 2

    ReplyDelete
  8. uishhh...
    dh ada org ambik ke blum ni?
    em...mcm mnarik jer! ^_^

    aku dh lame tringin nk pkai dslr ni,
    tp bajet xckup...huhu. ajat nk cri yg sekenhen jer..

    ReplyDelete
  9. boleh installment ka.?? muahahhaha..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Untuk Menceriakan Lagi Hidup anda!