Announcement!!!

The blog has moved to


Thanks for your support!!!


Check out this cool stuff:

Saturday, October 23, 2010

Wayne Rooney... You're the man..

Assalamualaikum
[Apa hendak ku buat di hari sabtu ni yea?]

Sir Alex Ferguson and Wayne Rooney

Dah lama aku tak buat entry pasal bola. Yup aku minat bola. My fav team is Man U. Tapi sebenarnya terdapat satu faktor yang membuatkan aku teruja melihat match bola ni. Bukan pemain, bukan pengadil, bukan manager. tetapi jurukamera kat tepi padang tu bersama kamera besar gabak mereka. Bilakah aku akan memiliki kamera semacam itu~~~fuhhh...

OK teruskan dengan kisah Wayne Rooney...

Rumah Wayne Rooney diserbu peminat fanatik








PRESTBURY - Lebih 40 peminat fanatik kelab bola sepak Manchester United (MU) menyerbu kediaman bintang bola sepak kelab berkenaan, Wayne Rooney di sini, barat daya England, pada malam kelmarin.
Beberapa buah akhbar semalam melaporkan kumpulan itu tiba dengan menaiki beberapa buah kereta sebelum berulang kali menekan butang interkom di rumah Rooney ketika dia dan isterinya, Coleen serta anak lelaki mereka, Kai berada di kediaman mereka.
"Kami mahu anda turun, kami mahu bercakap dengan anda. Kami mahu anda menjelaskan punca sebenar anda mahu meninggalkan MU. Kami tidak akan mencederakan anda," kata seorang anggota kumpulan tersebut.
Rooney, 25, yang cemas memerhatikan gelagat kumpulan fanatik itu dari tingkap atas rumahnya enggan memenuhi kehendak mereka dan bertindak menghubungi pihak polis.
Dia bernasib baik kerana polis tiba sebelum mereka menyerbu masuk ke rumahnya.
Kumpulan tersebut kemudian bersurai selepas polis mengancam akan menangkap mereka yang mengadakan demonstrasi di hadapan kediaman tersebut yang berharga £4 juta (RM19.5 juta).
Tiada tangkapan dibuat manakala enam pengawal keselamatan diletakkan di hadapan rumahnya selepas insiden berkenaan.
Sebelum ini, para peminat MU bimbang penyerang berkenaan akan mengikat kontrak dengan kelab Manchester City dengan tawaran yang jauh lebih lumayan. Selepas kejadian tersebut, Rooney dilapor bersetuju untuk kekal bersama MU selama lima tahun lagi sehingga Jun 2015.
Rooney dilaporkan menuntut gaji kira-kira 150,000 pounds (RM731,309) seminggu daripada Manchester United selepas ditolak cukai dalam rundingan kontrak.
"Rooney akan memerlukan pengawal peribadi sepanjang hidupnya jika dia bersetuju menyertai kelab Manchester City," kata bekas pengurus skuad England, Graham Taylor. - Agensi
-----------------------------------------------------Credit to KOSMO------------------------------------------------------------------
Kira ok la tu Wayne Rooney tak jadi pindah... Pada aku tu cuma trick mereka nak tarik media. Minggu lepas punya la kecoh gaduh.. tengok2 dah berkawan balik pulak. hehehe...
Kalau dia pindah Man City, memang betul dia kena upah ramai bodyguard. Komfem kena anti kaw2 dengan Hooligans.
Betapa tidak sesuainya dia memakai baju Barca.. hahaha... Makin tak hensem la dia.
GLory-Glory Man United!! Ko kalah aku x kesah. Tapi kalau menang aku hepi! hehehe
SudirSuichi

7 comments:

  1. rooney sudah sign contract :)

    ReplyDelete
  2. now i like real madrid ekceli ronaldo

    ReplyDelete
  3. tak minat bola..tp ntah nak komen gak entry ni..wakakaka~

    ReplyDelete
  4. masih x faham kenapa bola menjadi pilihan banding sukan lain :|

    ReplyDelete
  5. hensem apa die pakai baju Barca....hahha

    ReplyDelete
  6. akhirnyer rooney menyambung kontrak 5 taun bersama MU....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Untuk Menceriakan Lagi Hidup anda!