Announcement!!!

The blog has moved to


Thanks for your support!!!


Check out this cool stuff:

Sunday, October 23, 2011

Exam, Example, Examplest!


Assalamualaikum Tuan!

Weekend tiba lagi. Namun yang menariknya, weekend ini terletak pada MonthEnd (hujung bulan), manakala YearEnd (hujung tahun) pula semakin hampir. Aku telah mencipta perkataan baru yang mungkin saja bisa memesongkan aqidah bahasa Ingeris anda. Abaikan.
Hujung tahun amat sinonim dengan 3 perkara. Musim perkahwinan, musim cuti sekolah, dan pastinya, musim peperiksaan.

IMG_8691 copy

Melihat pelajar mengambil peperiksaan membuat aku mengimbau kembali masa-masa aku belajar dahulu. Tidak sangka dahulu aku pernah duduk seperti mereka, menjawab soalan yang entah apa-apa, dan berjaya melepasi semua itu dengan jayanya walaupun kerap gagal bercinta.

Mungkin tips ini berguna. Sebelum keluar dari rumah untuk pergi menghadapi diktator kejam yang bernama peperiksaan, pastikan anda mendapat restu kedua ayah bonda. Kucup tangan dan pohon ampun dan doa dari mereka. Pastikan ini dilakukan. Cari mereka sampai dapat. Di mana sahaja, cari. Tapi kalau ibu bapa anda sedang bertugas sebagai angkasawan di bulan, tidak mengapalah.Angel


IMG_8694 copy

Kepada yang menghadapi peperiksaan awam khususnya, minta restu dari guru-guru anda. Tanpa mereka, siapalah kita. Penat mereka mengajar, menjadi kerani, mengurus pendaftaran PMR, dan menaiki motor ke sekolah. Penat! Crying face(aku bercakap berdasarkan pengalaman). Segala ilmu yang mereka curahkan, tidak akan terbalas nilainya walaupun Najib sudah kasi naik gaji mereka sedikit.

IMG_8700 copy


First off, say your prayers. Baca doa! every religion has one. Jangan berlagak pandai sampai tadah tangan membaca doa pun malas. Kita sentiasa meminta dengan Tuhan. Untuk lulus pun kita kena minta dengan Tuhan. Tapi kalau mahu beli kain dan carpet, boleh minta dengan tuan. Tiada masalah. (Note: “tuan” merujuk kepada peniaga berbangsa pakistan di Sabah)Hot smile


Lengkap 3 syarat di atas, kini anda boleh mengharapkan sepenuhnya ketajaman otak anda untuk menjawab. Pastikan tempat duduk anda bersih, selesa, dan meja tidak bergoyang-goyang. Percayalah cakapku yang meja bergoyang boleh buat anda dapat C dalam paper BM dan BI.


IMG_8699 copy

Please guys, read the questions properly. Di sinilah masanya anda membuktikan bahawa anda bukan sekadar kacak, tapi juga pandai membaca. Aku lebih kecewa bila pelajar salah jawab akibat tidak membaca arahan berbanding pelajar yang menghantar kertas jawapan beserta air liur basi mereka kepadaku. Jawab apa yang ditanya, bukan apa yang kamu tahu. – a teacher of mine said this. kan?

exam1

Tulisan juga memainkan peranan ok. Ketika menjawab soalan esei, anggaplah anda sedang menulis surat cinta untuk Nora Danish. Secara otomatis, tulisan anda mungkin lebih indah dari taman tergantung Babylon. Sesungguhnya pemeriksa itu juga manusia biasa. Emosi tidak dapat diteka. Jika dia baru sahaja kematian hamster kesayangan ketika sedang memeriksa kertas anda yang bertulis hodoh itu, bukankah itu petanda buruk?

IMG_8702 copy

Cikgu faham batin dan roh kamu terseksa ketika menjawab soalan tersebut. Kamu telah mencuba sedaya, namun hakikatnya kamu kurang upaya. Apakan daya, berjuanglah, siapa tahu ketika menjawab kamu beroleh hidayah. Memang perit apabila kita tersangkut di tengah jalan ketika menjawab. Apatah lagi soalan Add Math. Sangkut di atas, padah menanti.

Akibat buntu mencari konklusi, runsing menguasai diri, masa depan semakin tidak pasti, lebih banyak aksi boleh diperhati.

IMG_8718 copy

Yang berada di tepi tingkap, berisiko tinggi untuk hanyut dibuai arus lamunan. Melihat keluar tingkap membolehkan kita berfikiran jauh. “Kenapalah aku berada disini?” “Kan bagus kalau aku kaya, tak payah sekolah?” “Bedebah mana la yang buat soalan susah nak mampos ni?” “Balik nanti makan sanggar pun best jugak ni!” – Lamunan tanpa henti yang tiada iklan. Non stop!

IMG_8724 copy

Yang masih terus cuba menjawab pula akan lebih banyak membebaskan gas karbon dioksida ke atmosfera. Dalam bahasa pasarnya, proses ini dinamakan menguap. Dalam erti kata lain, dia mengantuk. dan makna tersiratnya pula, dia minta izin untuk tidur. Mata merah, jiwa gelisah, ingin tidur tapi cikgu sergah, oh cepatlah masa berlalu, aku ingin pulang rumah!

Dan yang pasti akan berlaku, MENIRU. Taktik ini sangat popular, tidak mengira umur, ras, dan jawatan. Semua orang suka meniru.


exam2

Banyak kaedah untuk meniru. Yang pertama sekali, kaedah meniru yang paling mulia, iaitu MEMBERI tiru. Si kawan yang baik hati ini akan memberi jawapan kepada kawannya yang palui tadi atas dasar persahabatan dan ukhuwwah. Mengangkat kertas jawapan agar mudah dilihat rakan, memberi kertas jawapan ketika guru tidak melihat, adalah antara prosedurnya.

Yang kedua pula ialah MEMINTA untu diberi tiru. Kaedah ini lebih sofistikated di mana banyak kod-kod rahsia dan bahasa isyarat digunakan oleh si palui untuk meminta jawapan dari rakannya yang baik hati tadi. Menggunakan kaki, menggunakan isyarat tangan, batuk-batuk manja, dan banyak lagi. Wapaupun yang ditiru tadi mungkin sama saja palui dengannya, namun aktiviti tiru meniru ini tampak popular sejak zaman berzaman.

IMG_8707 copy

Semasa sekolah dahulu, guru ku dapat membaca setiap percubaan meniru yang kami lakukan. Nampaknya betul katanya. Guru dapat menghidu setiap percubaan meniru pelajar. Lebih berpengalaman dan makan garam dahulu lah katakan. Yang kantoi meniru, mungkin akan dikuarantin di luar kelas. Mungkin juga di marah bertubi-tubi. Dan jika kejam sikit, merampas dan mengoyak kertas jawapan pelajar tadi.

Pointnya disini mudah sahaja. Kita belajar untuk berjaya dalam hidup. kejayaan itu membolehkan kita mendapat pekerjaan yang baik, dan beroleh rezeki untuk diberi makan kepada anak, isteri, dan isteri kedua(jika ada) pada suatu hari nanti.

Jika kejayaan yang anda peroleh itu adalah hasil dari aktiviti meniru, bukankah tidak berkat kejayaan itu? secara tidak langsung, bukankah rezeki yang kita peroleh hasil dari kejayaan tadi akan jadi tidak berkat juga? Makanan yang kita beri kepada ahli keluarga juga akan jadi tidak berkat juga bukan?

exam3


Berusahalah! ruang untuk maju sentiasa terbuka luas untuk kita. Peperiksaan hanyalah platform sahaja. Pesanan penaja, berhati-hati ketika menjawab peperiksaan. Itulah sistem pendidikan kita, terimalah seadanya dan buat yang terbaik. Jika gagal sekalipun, janganlah salahkan sistem itu kerana yag tidak berusaha itu adalah anda. Peace!


(Aku tertengok satu group di FB.. Di anggotai oleh golongan belia yang mencari perhatian dengan merendahkan rakan sedaerah lain. Mereka lagi bagus, lebih ber-IQ tinggi, dan dengan bangga diri menghina page dan blog orang. Memang mereka insan hebat. Itu yang mereka cakap lah. peace again~!)

*Sudir Suichi*

9 comments:

  1. nice one.
    campur gambar2 lagi, memang epic la

    ReplyDelete
  2. wow!..post yg cateyk..
    dgn gambar edit yg lawa..
    syuka-syuka ^ ^

    ReplyDelete
  3. suka entry ni! mmg semua situasi yg digambarkan adalah benar belaka! nanti nak bagi student baca lah supaya mereka mendapat pengajaran disamping mengurangkan stress...al-maklumlah SPM dah dekat sangat dah...

    ReplyDelete
  4. I like it.. and i remember baljeet always say : jawab apa yg disoal, bukan apa yg anda tahu.. hahahaha.. i become ur fans.. Go Go Go ! Sudir! Mimi bah sini..

    ReplyDelete
  5. always likes ur post.. cececey... t'speaking la plak.. mmg terbaek la...

    ReplyDelete
  6. bolehkah seorang guru membawa camera kedalam kelas dan men"skodeng" murid2nya..??? hahahaaaa.... :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Untuk Menceriakan Lagi Hidup anda!