Assalamualaikum
Ketika aku mula menaip post ini, kempen Earth Hour 2011 baru sahaja berakhir. Sememangnya aku tahu rumahku tidak akan mampu memberi sokongan. Kerana ketika ini parent aku sedang rancak menonton sinetron. Aku pula sedang bermain badminton tadi so agak mustahil juga untuk bermain badminton di dalam gelap kan. Datuk Lee Chong Wei pun akan menangis jika berada dalam situasi sedemikian.
Apapun tahniah kepada yang menyokong kempen ini. Hopefully we all really do the proper measures to save our earth. bukannya sekadar bercakap kencang dengan mengupdate status di FB tapi masih buang sampah merata.
Apa yang akan aku perkatakan pada kali ini, rasanya tidak jauh juga dengan kesedaran tentang perlunya menjaga alam sekitar. Sesuatu yang kurasakan penting. Terbit dari hatiku ketika aku merayau seorang diri di bandar siang tadi. Sila baca tajuk Entry.
Kencing. Satu proses biologi yang kita semua jalani saban hari tanpa mengira waktu. Kena kencing pula ialah sejenis konflik yang sering kita lalui terutama bila berkawan dengan orang yang kuat menipu. Antara kencing dan kena kencing, tentunya aku memilh kencing. ok merapu.
Air kencing adalah bahan kumbahan cecair badan yang disingkir oleh buah pinggang melalui proses penapisan dari darah yang dikenali sebagai kencing dan dikeluarkan melalui urethra. Ianya merupakan larutan lut sinar yang boleh kelihatan dari tanpa warna kepada warna ambar tetapi biasanya kuning jernih. Kandungannya? urea, larutan garam, dan sabatian organik. – Thank You Wikipedia.