Announcement!!!

The blog has moved to


Thanks for your support!!!


Check out this cool stuff:

Monday, April 25, 2011

Regatta Lepa 2011 : Part 1 (maybe)

Assalamualaikum

Going to make this one a quick one. Harus tidur awal kerana esok hendak drive ke Lahad Datu. Lepas tu minggu ini harus menghadiri temuduga spp. Sangat sibuk –> Ayat berbaur poyo macam aku sorang saja yang bizi.

22 hingga 24 April 2011. Tarikh berlangsungnya satu lagi acara tahunan di negeri Sabah, iaitu Regatta Lepa. Jika di KK sana ada pesta menuai, di Tawau sinun ada Festival Kebudayaan, nah di Semporna sini ada Regatta Lepa. (Bilakah Lahad Datu akan mempunyai acara tahunan?)

Actually this is my first time there. Sebelum ini aku tidak ambil kisah pun event yang berlaku disekitarku. Namun sejak mula menggilai aktiviti menembak ini, sebut sahaja, muka ini akan turun padang. Seperti pemimpin yang berjiwa rakyat tetapi memanipulasikan media untuk memperbodohkan jiwa rakyat.

regattalepa 
Gambar-gambar adalah dari malam perasmian pada 22 april 2011. Padang dipenuhi manusia. Meriah. Terbukti penduduk dari dalam dan luar semporna datang untuk memberi sokongan dan memeriahkan.

Pentas. Sangat indah dan luas. Kukuh dan eksklusif. Sound system pula boleh dibanggakan. Jika anda merupakan seorang ibu mengandung dan berdiri di sebelah pembesar suara, bayi anda mungkin akan terus lahir secara mengejut di tempat kejadian. Maveles!

regattalepa5

Malam perasmian Regatta Lepa 2011 dihiasi dengan pertandingan tarian tradisional dan moden. Penyertaan amatlah memberangsangkan. Beberapa kumpulan cuba mengadu nasib dengan mempersembahkan bakat masing-masing. Bermacam-macam tarian, termasuklah shuffle, tarian kebudayaan masyarakat Bajau, break dance, owh dan tidak lupa juga tarian artis korea dari sekumpulan remaja ‘lawa’.

regattalepa4

Dari segi pengurusan majlis, dari apa yang dapat kami perhatikan, semuanya ok. KECUALI, kurangnya petugas untuk mengawal penonton yang hadir.

Kebanyakan penonton yang berada di saf hadapan tidak duduk, sebaliknya berdiri sehingga mengakibatkan penonton di bahagian belakang tidak dapat melihat dengan jayanya. Hanya bontot yang kelihatan, sedangkan persembahan bontot tidak termasuk dalam tentatif program.

Dua layar besar yang disediakan juga nampaknya tidak digunakan sepenuhnya kerana jurukamera hanya tiba di pertengahan majlis.

regattalepa3

Barangkali jika diwujudkan sedikit ruang antara pentas dan penonton, masalah ini dapat diatasi. Semua dapat melihat dengan jelas manakala petugas dan jurukamera dapat menjalankan tugas dengan lancar.

Walau apapun, malam tersebut merupakan malam yang penuh dengan kemeriahan. Itu baru malam pertama, belum lagi masuk malam kedua. Ada Zainal Abidin tuu~~. Aku suka Zainal Abidin. Tapi aku lebih suka Zainal Abidin Rawop. Pengulas sukan yang berkaliber.

regattalepa2

Selain pertandingan tarian, terdapat juga persembahan dari artis jemputan. Contohnya, penyanyi hip hop bajau pertama, yang aku lupa namanya. Adik di atas ni bernama Nurul Farhana. Dari lagu dangdut sampai ke lagu keinsafan, dia sapu. Dari goyang gerudi sampai ke goyang gergaji, dia balun. Siap jadi adik angkat Pemuda UMNO tuu~~! Kalau aku tau, dari dulu aku jadi penyanyi dangdut!

Sebelum aku tidur, terimalah serangkap pantun:


Pergi Semporna membeli putu,
Untuk dibawa, pergi umrah,
Regatta Lepa, owez nombor satu,
Setiap tahun, konfirm meriah!

Putu yang enak, harganya 1 pilak,
beri kepada, jiran tetangga..
Lepa dihias cantik gilak!
Penarinya pula amatlah lawa..

Putu yang enak, sudah dibeli..
Uina minta sedikit, jangan kau lari..
walaupun akan hitam kulitku ini..
Tahun depan pasti datang lagi!!

Owh sori.. 3 rangkap sebenarnya.. sekian


**Sudir Suichi**

2 comments:

  1. Kalau aku tau, dari dulu aku jadi penyanyi dangdut!
    lucu tul statement ko ni.. hehe..
    nice pic!
    rugi ndak dapat pegi sana.. huhu..

    ReplyDelete
  2. waahh~ teringin nak ke Semporna. tapi tak tahu lagi bila.. huhu..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Untuk Menceriakan Lagi Hidup anda!