Announcement!!!

The blog has moved to


Thanks for your support!!!


Check out this cool stuff:

Friday, November 11, 2011

Tunggang dengan cermat!


Assalamualaikum


Siang tadi aku eksiden lagi. Ketika aku memandu keluar dari simpang, sebuah motosikal yang memecut laju tiba-tiba muncul dari sebelah kanan. Dia tidak perasan akan kewujudan aku, manakala aku lagi la tidak perasan kelibatnya yang mencelah di sebalik lori dan kereta lain. Berbekalkan tindakan refleks dan kudrat sedia ada, penunggang itu mengelak kereta aku dan terus jatuh menyembah jalan raya.

Ya kereta aku tidak apa-apa. Jalan raya itu juga tidak apa-apa. Si penunggang tadi yang berdarah disini-sana. Dengan hingus mengalir kencang dan gaya mamai akibat selesema, aku memarkir kereta dan berlari-lari anak singa ke arah penunggang tadi. semua kemahiran memujuk aku keluarkan. Kaedah sentuhan, ayat-ayat simpati, mimik muka empati, dan banyak lagi agar cerita itu tidak berakhir dengan kayu besbal terpacak dikepalaku.

Mungkin aku bernasib baik. Penunggang tadi adalah seorang yang baik hati dan sedar akan kesilapannya menunggang laju dan tidak alert dengan kenderaan lain. Setelah menolongnya menolak motosikal ke tepi jalan, aku meminta izin untuk berlalu pergi kerana kereta aku menghalang lalu lintas. Kasihan juga aku dengan beliau. Yang aku tidak boleh terima, mengapa aku boleh terlupa untuk menghulur wang sekerat dua untuk dia pergi berubat. Penyesalan yang menghantuiku hingga kini.

IMG_8958 copy

Sesungguhnya malang memang tidak berbau. Lebih-lebih lagi bila anda selesema, malang itu lebih sukar untuk dihidu bila tibanya. Kadangkala kita yang separuh mati berhati-hati. Namun orang lain pula yang busuk hati dan tidak berhati-hati. Menganggap jalan raya milik mereka membuatkan kita sakit hati.

Mungkin anda pernah mengalami, ataupun melihat sendiri. Btw, gambar-gambar hari ini adalah kepingan dari street shoot sekitar daerah Lahad Datu. Menggunakan teknik ‘panning’ yang bikin pening, gambar-gambar ini hanyalah hiasan semata dan tidak berkaitan langsung dengan cerita aku. sekian.


IMG_8951 copy


Berbalik kepada cerita aku tadi, aku sememangnya amat memahami penderitaan brader yang jatuh motosikal itu. Kerana aku juga seorang penunggang motosikal pastinya. Menjadi pengguna kenderaan beroda dua itu nyata berisiko lebih tinggi berbanding menggunakan kereta beroda 4, ataupun berkaki 4 (kereta kuda).


Baru-baru ini juga seorang housemate aku telah dilanggar lari ketika menunggang motosikal. Calar dihati siapa yang tahu, calar di badan, nurse yang comel boleh ubatkan. Sememangnya terasa sakit hati apabila kemalangan menimpa kita akibat kecuaian orang lain kemudian mereka pula hilang entah kemana.

IMG_8937 copy

Mengapa mereka lari? dimana rasa perikemanusiaan mereka? sungguh tidak berhati perut walaupun perut jauh kedepan. Adakah dia lari kerana panik? ataupun apabila panik dia lari?

Bila difikirkan semula, teringat pula aku kisah ayah aku dahulu. Pada suatu hari dia terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di sebuah kampung. Trafik bergerak perlahan sehingga anda sempat untuk menggunting bulu hidung. Tiba-tiba muncul seorang budak berlari berkejaran bersama temannya. tanpa disedari, dia berlari memasuki kawasan jalan raya dan terlanggar kereta ayah aku yang ketika itu tidak bergerak.

Layaknya seorang kanak-kanak, tentulah dia akan menangis dengan insiden itu. Sepantas kilat kereta ayahku diserbu beberapa lelaki yang memaksanya keluar untuk dipukul kerana melanggar budak tadi. Sedikit bodoh disana. Nasib baik ada saksi yang menyelamatkan keadaan.

IMG_8969 copy

Masalah juga orang kita ni. Bila berlaku kemalangan, benda malang itu ditambah lagi dengan bergaduh, memukul, dan maki hamun. Akibatnya, kemalangan itu akan menjadi lebih malang! atau dengan kata lain, “kemalang-malangan” –perkataan baru.

Mungkin sebab itu, ramai yang memilih untuk lari apabila berlaku eksiden. salah atau tidak, mereka takut dipukul. Walaupun tindakan itu salah, itu saja pilihan yang ada. Moralnya disini, khas buat mereka yang mind set mereka tertulis perkataan ‘pukul’ itu, agar mempertimbangkan semula kecelaruan minda mereka. Negara punya undang-undang, walaupun agak korup ketika ini, gunakanlah sistem itu selagi mana ia boleh membantu.

Sejujurnya diriku ini juga menganggap mereka yang mengakibatkan kemalangan akibat memandu laju, cuai, dan kurang hajar itu wajar dipukul dan dikasi jerak. Tapi apakan daya, violence will never give a good result.

IMG_8963 copy

Akhir kata, bersamalah kita berdoa kepadaNya agar kita sentiasa dijauhkan dari musibah seperti ini. Dan jika terkena, pastikan kita menggunakan pertimbangan yang wajar untuk menghadapi situasi kerana kita mempunyai akal, tidak seperti biawak dan cicak tokke’.

Sebelum mengundur diri, ingin kuucap selamat kepada mereka yang bakal menamatkan kemaruk gersang zaman bujang mereka pada hari ini, 11.11.2011. Semoga dipermudahkan. Amin.

IMG_8961 copy

*Sudir Suichi*

4 comments:

  1. haha.. semmat tu kemalang-malangan..
    mcm biasa la, smua post mu best2 gilak..
    gilak pn ndak best mcm ni.. hahaha..

    ReplyDelete
  2. Salam, dik sudir. Kak pun ada pengalaman motor langgar kereta bapa kak. Terpelanting dia ke tepi gaung, nasib baik tersangkut di semak2. Calar sikit jak siku dia...

    Ui naa...campin tu pemandu lori, sempat tengok kamera masa disnap, hehehe....

    ReplyDelete
  3. aku pernah jadi mangsa kemalangan langgar lari. hati sangat panas beb..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Untuk Menceriakan Lagi Hidup anda!