Assalamualaikum
“Sudah lama tidak update…”
“Wah.. blog aku dah berhabuk…”
“Kebelakangan ini aku sibuk…”
“Internet slow la…”
Pernyataan di atas merupakan beberapa mukadimah popular bagi mereka yang sudah lama tidak meng-update blog.
Ternyata hidup bekerja tidak seindah masa menganggur dahulu. Bila bekerja banyak masa dan saat gembira terpaksa dikorbankan. Masa bersama Hobi terpaksa dikurangkan, masa bersama keluarga terpaksa dihadkan, masa bersama cewek pun semakin kesempitan. Hal-hal beginilah yang mampu mewujudkan keretakan dan perselisihan faham sehinggalah munculnya orang ketiga untuk menamatkan segalanya. Isk isk..
Dewasa ini kita, golongan muda remaja telah dihujani dengan pelbagai alatan untuk menghiburkan diri. Contohnya, Playstation, Xbox, PSP, WII, dan banyak lagi. Aku akui semua itu memang best. Kadangkala ada anak-anak yang sanggup menjadi pelajar cemerlang, mulia akhlaknya, soleh, tidak solekeh, semata-mata untuk mendapat hadiah sebegini semasa tiba hari lahir mereka.
Aku juga tidak terkecuali. Semasa kecil aku juga tergolong dalam kumpulan kanak-kanak yang akan berhati busuk dan dengki dengan rakan jika mereka mempunyai permainan yang lebih canggih dariku. Dahulu, barang siapa yang mempunyai game Micro Genius, seperti Super Mario, Tetris, Duck Hunt, dan Galaxian sudah pasti boleh dinobatkan sebagai kanak-kanak paling bertuah sepanjang zaman.
Namun adakah permainan sebegini memberi nikmat yang paling best dalam berhibur? Aku rasa tidak. Beberapa minggu yang lalu semasa aku melayan karenah studentku semasa aktiviti ko-kurikulum, terlintas di ulu hatiku akan perkara ini. Sometimes we don’t need all that fancy gadget to have fun. So aku nak ajar kamu bagaimana mahu berseronok dengan hanya bermain catur, congkak, dan beberapa permainan lain. Haha.
Catur. Permainan yang memerlukan ketajaman pemikiran, IQ, dan daya tahan terhadap psycho pihak lawan. Tentang peraturan dan cara-cara bermain catur ni, sesiapa sahaja boleh menangkapnya dengan mudah. Khususnya kanak-kanak.
Tapi apa yang menarik pada permainan catur ni bukanlah pemainnya. Yang main tu membosankan. Menjadi penonton itulah yang menyeronokkan. Mudah saja. Kamu duduk tepi, Observe mereka main. Tengok siapa yang sedang mengalami kekalahan. Korang ‘psycho’ si kalah tadi sampai beliau panas. Buat la apa pun… cakap la apa pun..
‘ala bro..lemah la lu ni…camtu pun kalah ke..’
‘Aik? kena makan ke? wat malu je bro.. kl aku jadi ko aku tak main dah..’
Lepas tu, korang curi buah catur yang dah kena makan tu. Kemudian tanpa mereka sedari, korang masukkan semula buah catur tadi dalam papan catur. Tentu keadaan akan jadi makin interesting dan huru-hara.
Aku jamin tidak sampai 10 minit muka mereka akan merah dan kemungkinan hidung anda akan disumbat dengan buah catur. Seronok bukan? lebih seronok dari playstation!
Mungkin anda akan berkonflik dengan rakan anda. Namun itu semua gejala sementara. Hakikatnya silaturrahim dan ukhuwah kamu akan lebih erat walaupun ada yang patah tulang rangka.
Next is congkak. Aku yakin ramai kanak-kanak zaman kini tidak tahu bagaimana bermain congkak. Yang mereka tahu, filem Jangan Pandang Belakang COngkak.
Ni pulak game Saidina. Titik permulaan untuk menjadi seorang Investor pada masa hadapan.
Tapi game ini jugak lah yang paling aku suka. Menguji daya kreativiti bebudak untuk mencipta perkataan dari sumber-sumber yang ada.
This is Jimmy. My cutest student. Baru form 1. Apa yang membuatkan dia kiut dimataku bukanlah saiznya yang kiut, atapun suaranya yang kiut. Tapi sebelum balik sekolah he is the only one who reach out to my hand and say, “Cikgu…Salam dulu.. Saya pulang dulu ya..” Nah itulah dia benda yang paling best dari playstation!!
Aduh..bercucuran airmata tatkala aku mengenangkan. Mengharukan. Boy, someday u’re gonna be a tremendous man! Just like your teacher. Hehe.
Cemburu melihat kanak-kanak. Minda bersih tanpa korupsi. Suci murni bak embun pagi. Tidak perlu merasa sibuknya kerja, penatnya mengejar harta, dan pahitnya cinta.
I am going to start it all over again.
indoor games rupanya ehehehe.. to be honest, semua games ini sis tak pandai main.
ReplyDeletesape pandai main catur mesti otak die geliga....
ReplyDeleteminat lagi kepada dam haji..
ReplyDeletehuhu, tp dah jarang main gara2 PlayStation Move..
rindu pula zaman indah kanak-kanak.
ReplyDeletetime tu main apa seja, semua rasa seronok.
sbp main ramai-ramai dgn kawan-kawan.
:)
Aku baca pun da seronok....palagi men permainan ni....likeeesss
ReplyDeletesuma aku suka n tau main..
ReplyDeletecatur jak aku x tau..
hehehe...
sala,bro best baca entri ko ni.. start dari atas catur,congkak,saidina,sahibah.. dalam banyak2 tu yg paling best bila budak tu
ReplyDelete“Cikgu…Salam dulu.. Saya pulang dulu ya..”
tersentuh juga aku owh.. dapt juga aku rasa bro ni seorang cikgu yang rapat ngan student.. rindunya jadi budak2.. dapat main semua ni..
bro,lain kali buat game outdoor pulak.. kayu lelek,guli,bubut2,polis pencuri.. banyak tu.. hehe.. sori komen panjang2..
dulu sy suker men game saidina dgn siblings sy..
ReplyDeletelast2 sy rugi..huhuhuhu..
tp mmg rindu nk men...
1st time jengah blog awk neh..
catur dari dulu lagi cuba main tapi smpai skrng tak pandai2.. hahaha..
ReplyDeletebagusnya kalau ada anak murid macam tu.. sejuk hati cikgu yang mengajor kan.. hehehe
BARU!: Saya Seorang Pelancong (6): Mahua Waterfall
kalau yang main catur tu best. pemain rilek jak. tapi orang yang tengok tu saiko nya macam apa jak..
ReplyDelete