Assalamualaikum
[BE aku semua dah jadi ME.. hahaha]
Motosikal. Satu pengangkutan yang tidak asing lagi khususnya dalam kalangan masyarakat kita. Daripada student, mat rempit, hingga ke tok Imam yang hendak ke masjid semua menjadikan pengangkutan ini sebagai menu utama. Jimat, murah, dan boleh mencilok.
Aku sendiri mempunyai motosikal semasa belajar dahulu. Dan kini ianya telah selamat diwarisi adik aku. hehe. Wokey, so kali ni aku nak letak gamba-gambar lawak dan melucukan yang melibatkan penunggang motosikal. As usual, aku amik gamba ni dari SINI. Come and check it out. A nice and funny blog.
Motosikal Berpintu pertama..
Bagus abang ni… bawak spare tyre motor sampai 2 bijik..
Iklan grand Livina..
External air bag.. safety first
Owh kiutnya Arnab-arnab itu
Tu cerita motosikal. Dan rata-rata gambar ni pun dari luar Malaysia. Paling ganas kat Malaysia ni pun hanyalah aksi-aksi mat rempit bersama motosikal dan dunia mereka.
Basikal. Berapa ramai yang minat mengkreatifkan diri dengan basikal. Tentu tidak ramai. Basikal tidaklah segempak motosikal. Namun basikal boleh di usung ketika banjir. Motosikal pulak tak boleh. Nah apa aku merepek ni..
Satu trend yang baru di kampung aku (which is Tawau btw), yang popular dalam kalangan generasi pelapis kuih lapis di sini. Modify & make up basikal mereka seganas dan seKiut yang boleh. Agak lucu. Namun jauh disudut hati terpancar cahaya kreatif dan inovatif mereka.
Megah bergaya meluncur di jalan raya… Siap dengan cover set, Sound system, dan warna merah striking.
Lengkap dengan hiasan bulu-bulu kat depan tu,. ditambah lagi dengan kaler pink dan sound system lagu dangdut. Sungguh terserlah identiti dan jatidiri budak Tawau.
Muka ganas tapi basikal Hello Kitty. Siap Kusyen bentuk love gitu…
Daya kreativiti memang boleh dikembangkan asal minat dan keinginan mahu mencuba itu ada. Do what you love without any regret. Jangan peduli apa orang cakap. Yang penting speaker dengan radio tu kamu tak curi kat kereta orang sudah~~ Sekian.
KREATIF!! 1st time tgk nih!!
ReplyDeletemmg gempak.. :)
ReplyDeletehahahha.
ReplyDeletelucunya org tawau ni.
bagus2,,idea yg kreatif menunjukkan mereka mempunyai cita2 yg besar..
ReplyDelete