Announcement!!!

The blog has moved to


Thanks for your support!!!


Check out this cool stuff:

Monday, October 4, 2010

PITIK..

Assalamualaikum
[Tinggal sehari lagi..maka genaplah 6]

Hari ni aku hendak membuat satu entry khas. Tiada lagi rahsia, tiada lagi dolak dalih. Aku akan merungkai segalanya hari ini. Orang Tawau sila abaikan post ini. hehehe.

Entry ini juga ditujukan khas buat saudari Elvenna Majuddin Mraz yang berada di Amerika Syarikat ketika ini untuk mengajar orang putih bercakap Sabah. (Macam tidak logik tapi itu hakikatnya). Seperti saudari Elvena, ramai lagi insan diluar sana yang bertanya soalan ini kepadaku :

APAKAH ITU PITIK??

Yup.. itu sebahagian dari nama blog aku. setelah ramai yang bertanya, hatiku tergerak untuk membuat post ini (cewah).  Jika anda search di uncle google, perkataan ni berasal ntah dari negara mana. Dan mungkin bermaksud ntah apa-apa.

To make this simple, kat tempat aku, PITIK ni ialah sejenis senjata. Senjata yang menyerupai lastik, tetapi bukan batu yang dijadikan peluru.SEbaliknya dawai tajam menyerupai anak panah Robin Hood. Boleh bayangkan? Just imagine u are holding a lastik with an arrow made from a Dawai ok!

Yang kat bawah ni BUKAN pitk. Benda tu aku susah nak jumpa. Tapi jangan risau, aku ada cara nak buat korang faham.




Ni gamba student aku. Khairul. Dialah antara pelopor student-student nakal di negara ini. Tapi masih hormat guru dan orang tua. Itu yang kita nak. Yang dia pegang tu sejenis permainan kanak-kanak yang menyerupai PITIK. Nama benda kat atas ni pun PITIK. Tapi versi kanak-kanak punya.

Yang berada dalam bulatan putih itu ialah batang lastik pitik tersebut. Yang dalam bulatan merah tu pulak ialah anak panah ataupun pelurunya. PITIK sebenar lebih kurang macam ni just yang kat dalam bulatan merah tu adalah besi tajam yang mampu menembusi pankreas anda.

Cara menggunakan? simple! macam main lastik je


Sudah dapat gambaran yang jelas? bagus. Tentu anda sudah dapat mengagak betapa bahayanya senjata ini. Nama pun senjata so mestilah bahaya kan. Mungkin kelihatan agak Old-fahioned, tapi kalau ia menembusi sistem penghadaman kita, parah jugak akibatnya.

Siapakah yang biasa menggunakan/memiliki senjata ini? Polis? Rela? Navy? Ahli Politik? Semua tidak tepat. Yang biasa memiliki atau membuat senjata ini adalah golongan remaja atau muda mudi berfikiran cetek yang menganggap mereka boleh menakluki dunia dengan hanya menggunakan PITIK.

Owh aku minta maaf. Mungkin agak kasar bahasaku. Lagipun mereka-mereka ni anak bangsaku jugak. Cuma mungkin aku agak bosan melihat mereka memalukan bangsa mereka sendiri.

PITIK ni sudah sangat-sangat popular kat tempat aku. Semua kenal senjata ini. Dalam meeting guru-guru pun selalu terkeluar perkataan ni. Oh ya! apa kata aku letak gambar yang menakutkan sket? jap aku upload...


Gambar ni aku pinjam dari fanpage FB TAWAU. Mana-mana warga Tawau yang terbaca post ni silalah "like" fanpage ni okay!

Rujuk gambar di atas, yang disebelah kiri itu ialah PITIK.. betul punya, bukan mainan. Yang disebelah kanan tu pulak ialah TANGAN MANUSIA.. betul punya, bukan mainan. Dan bagi yang sudah mula terfikir yang kedua-dua benda di atas ini adalah mainan, sila rujuk SINI

Dari sumber yang boleh dipercayai, remaja empunya tangan ini sebenarnya hendak memPITIK (menyerang) orang dengan senjatanya ini sebelum tangan beliau dilibas menggunakan samurai. Sila nilai sendiri orait.

Persoalannya disini, mengapa perlu wujud penggunaan benda ni? mengapa perlu bergaduh?
hendak berebut negara? tentu tidak.
Hendak berebut harta? harta tidak kekal.
Hendak jadi selebriti? agak-agak lah.
Hendak berebut wanita? bodoh juga.
Hendak masuk paper? mungkin juga.

Anak bangsaku, jika betul kamu handal, negara masih memerlukan atlet memanah, menembak, dan pemain bola sepak berkaliber. Bergaduh kat padang bola, paling kuat pun dapat kad merah dan tepukan tangan dari penonton. Tapi bergaduh macam ni memungkinkan anda mendapat kad kematian dan kehilangan tangan.


Aku tahu kamu biasa tengok "Young and Dangerous". but what you guys really do is not "Young and Dangerous" okay. More like "Young and Hopeless" to everyone else. Ingatlah emak kamu dirumah. Betapa susahnya mengandungkan kamu selama 9 bulan. Tiada lelaki yang boleh memahami kesusahan ini. Perempuan yang mengandung 9 bulan jauh lebih bersusah payah berbanding lelaki yang boroi 9 tahun.

Emak mana yang tidak menangis melihat anak mereka dilukai. Tiada ayah yang akan bershuffle melihat harapannya hidupnya terbujur kaku di tepi jalan. Masih ada peluang untuk berubah. Jangan biarkan peluang itu tiba ketika anda sudah tidak mempunyai kaki, jari, ataupun ulu hati. FIkir-fikirkanlah. Sekian.



SudirSuichi



14 comments:

  1. ooo... cm 2...
    eiii.. mmg ngeri tgn 2.. xleh smbung ke tgn dak 2.. cian kt die, da kudung

    ReplyDelete
  2. gambar tak keluar :(

    ReplyDelete
  3. alamak.. seram tgk tangan putus..
    pitik tu boleh membunuh? iks iks..
    ni kes gaduh ker apa? sampai putus tangan kena tetak..

    tp yg atas tu budak2 main, kat uptown byk jual..
    malam2 dorang dok lancar ke atas.. cantik sbb ada lampu :)

    ReplyDelete
  4. bro sop : ha'ah...mainan budak2 tu kat sini dia panggil pitik gak.. sebab macam pitik betol...hehe.. kena pitik ni jarang gak mati. tapi mereka yang suka guna pitik ni kebanyakannya mati kena bunuh...

    ReplyDelete
  5. perghh ngeri2..xde mende lain ke bdk2 tu nak main..galah pnjg ke..guli ke..tong ting ke..aci nyorok ke polis entri 0ne two jaga ke, tuju selipar ke..byk lg mende nak main..aduss ngeri2,..patut diharamkan ni..kene wujudkan akta pitik ni dlm akta senjata merbahaya ni..

    ReplyDelete
  6. mak ai.. sampai terputus tangan... fuh!!! sungguh dahsyat permainan nih!!!

    ReplyDelete
  7. Wahhhh!!! ada nama ku c2!! ya, tuan2 dan puan2..aku lah inspirasi blog entry ini..huahuahauha...bangga nya ku Dir, trima kaseh~~ me is love u..kikiki..keep wrting gud stuff. ada peminatmu ni d us.hehe

    -ELvenna Mrazjuddin-

    ReplyDelete
  8. lah... ngeri plak bha smpai putus tngan... besa nya yg kena pitik nie... pling sandi pun yg kena di paha.. kpala.. bdan.. nie smpai yg putus tngan bha... fuh...

    ReplyDelete
  9. salam..

    kalau ikut bahasa jawa, Pitik tu ayam..hoho

    ReplyDelete
  10. samekom....bahaya jugak pitik ne kan...tp klau kat tawau ne bermacam2 lagi jenis senjata yg dorang gunakan jugak....contoh seperti rantai 'chain saw' tu..lau kene rembat koyak kepala kan...

    ReplyDelete
  11. anak jati semarak tu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Untuk Menceriakan Lagi Hidup anda!