Announcement!!!

The blog has moved to


Thanks for your support!!!


Check out this cool stuff:

Sunday, October 31, 2010

Nuffnang itu jantung blog saya (2)


Assalamualaikum
[Bilakah selesema ku ini akan berakhir]

Greetings my fellow readers. Kali ni saya nak buat entry pendek je la. Merujuk kepada tajuk post kat atas tu, angka “2” tu bermakna baru dua kali saya buat entry pasal NUFFNANG. Ok apa yang menarik kali ni, bila bercakap pasal NUFFNANG, tiada blogger yang garu-garu kepala tak tahu. Hampir semua pun tahu. Pendorong untuk terus menulis (menaip sebenarnya) dan berkarya di dunia maya ini.Open-mouthed smile Open-mouthed smile

Setelah hampir 5 bulan bersama cik NUFF kita ni, cek yang saya cashout pada pertengahan bulan 8 haritu dah sampai. Dah sampai lama dah sebenarnya… dah dekat 3 minggu dah.. hehe.

IMG_3183

Tak banyak pooon… orang erase jumlah earning sebab banyak.. Aku plak erase sebab sikit sangat. Tapi bak kata cik Tiefazatie dalam tips beliau, cashoutlah earning pertama. Winking smile

IMG_3185


Lepas tu basal BE plak, setakat ni, baru dapat 4 BE.. Itulah berkat kemalasan mengupdate blog dan blogwalking yang aku amalkan. Smile with tongue out


Semoga ini menjadi pendorong buat para blogger di luar sana, aku khususnya untuk terus berblogging. Again, thanx to NUFFNANG..


Ok itu sahaja. Pendek bukan? Susah tau nak menaip sambil sedut hingus nih…Sick smile
Sekian.Wassalam




SudirSuichi


Friday, October 29, 2010

Bukit Bintang & Bukit Permai… Entah bila aku akan kesana lagi


Assalamualaikum
[Percubaan pertama buat Entry guna Windows Live Writer ]

Salam sejahtera. Episod ketensenan aku diteruskan lagi pada hari ini. Entah mengapa, entah bila, kami akan dipostingkan.  Bukan aku saja, hampir kesemua rakan se-batch aku turut merasai bahangnya, especially the jobless one..Hehe.. Cuba bertenang, cuba bersabar. Sinar mentari akan muncul jua akhirnya. Lets pray together orait!

Wokeyh! Ignore the ignorant! kali ni aku nak bercerita pasal dua tempat yang best. Yang  pertama Bukit Bintang. Ya aku tahu anda semua tahu. Siapalah yang tak pernah kesana kan? Times square, sg.Wang, Pavillion, Low Yatt (my Feveret!) semua terletak disana.

Tempat orang membelanjakan duit, tempat orang cari duit, dan tempat orang tiada duit. Macam kami lah kot.  Datang window shopping dan melepak semata-mata bersama rakan sebaya. Dan semestinya, amik gamba! 


IMG_2301-2
Syazwan nama diberi. Kawan serumah aku masa kat UPSI. 

Tuesday, October 26, 2010

Taman Air, Tawau (a.k.a Bukit TV)


Assalamualaikum
[KPM oh KPM... please..please!!!]

Hari ini aku nak promosi satu tempat beriadah yang agak best. Its not the fact that this place is owned by my friend's sister, but as someone who loves his hometown, i love doing this. Wokey! seperti yang tertulis kat atas, nama tempat nih Taman Air, Tawau. Dalam kalangan orang tempatan, kami lebih biasa memanggil tempat ni sebagai Bukit TV. Tiada kilang TV mahupun kedai jual TV kat tempat ni, so take note.

Tawau ni memiliki kecantikan alam semulajadi yang amat luas. Memang luas tetapi masih banyak tempat yang belum dimajukan agar mudah dilawati. Air terjun? Tasik? Gunung? You name it! banyak! Tapi hanya mereka yang berdarah Rambo sahaja yang boleh mengunjungi tempat-tempat tersebut.

Kesulitan jalan perhubungan ke tempat-tempat yang lawa di Tawau ni menyebabkan tidak banyak pusat peranginan yang 'easily reachable' bak kata orang bugis. Kalau bukan Table, Balung River.. haih!

Atas dasar ini, bagi mereka yang ingin mencari tempat baru untuk beriadah bersama rakan dan keluarga, bolehlah bertandang ke Taman Air, Tawau. Berikut saya akan memberi sedikit sebanyak info yang saya cilok dari page Taman Air ni, yg last kena update tahun 2003. And of course! some pictures that might reduce your boringness in my Blog.

View dari atas Bukit TV. Adda boleh naik lagi tinggi untuk menyaksikan view bandar Tawau 

Saturday, October 23, 2010

Wayne Rooney... You're the man..

Assalamualaikum
[Apa hendak ku buat di hari sabtu ni yea?]

Sir Alex Ferguson and Wayne Rooney

Dah lama aku tak buat entry pasal bola. Yup aku minat bola. My fav team is Man U. Tapi sebenarnya terdapat satu faktor yang membuatkan aku teruja melihat match bola ni. Bukan pemain, bukan pengadil, bukan manager. tetapi jurukamera kat tepi padang tu bersama kamera besar gabak mereka. Bilakah aku akan memiliki kamera semacam itu~~~fuhhh...

OK teruskan dengan kisah Wayne Rooney...

Rumah Wayne Rooney diserbu peminat fanatik





Thursday, October 21, 2010

CONTEST MORTAR BOARD : The Beauty In Ugly


Assalamualaikum
[aku mahu join contest plak..hehe]

Untuk ke main page contest ni, klik gambar kat atas..
Bagaimana? tentu anda teruja dengan contest ni bukan? aku dapat tahu pasal contest ni dari my good fren miss Leen. baik sungguh hatinya walaupun time konvo dia tak amik gamba dgn aku... hehehe. Lepas tu tuan penganjur contest ni, Mr. Edy pun invite aku join gak. So apalagi, saya ini pantang dijemput terutama apabila ada majlis makan-makan. Hehe...

Wednesday, October 20, 2010

Pre-COnvo Photoshoot..


Assalamualaikum
[Mak aih sudah berhabuk blog aku ni]

Aku datang lagi! setelah lama menyepi dari prasada blogging, akhirnya aku muncul (like anyone cares..haha). For the past 10 days aku beroutstation ke bumi semenanjung Malaysia, untuk melangsaikan satu lagi kerja tertunggak disana. iaitu berkonvo.

Alhamdulillah, selepas 4 tahun belajar, 4 tahun berlapar, dan 4 tahun mengelak penampar aku telah berjaya membuat orang tuaku menangis ketika aku naik ke pentas (yeaaah!!!). Pencapaiaknu tidaklah segempak mana. tapi lagi baek dari mereka yang pegi U tapi blajar entah kemana. dan hidup asyik nak kritik orang lain macam dia sorang ja bagus. hahaha.

So as for today, aku nak letak sket gambar pre-convo photoshoot al-cincai kami. Sunguh bersemangat aku book tiket awal ke sana, dengan harapan member2 aku ramai yang datang. last2 tengok 4 orang je. Tapi takpe! biar sedikit, janji mengigit!

Date: 11 & 12 October 2010
Venue : Tasik Proton & Proton City, Tanjung Malim
Talent : Syazwan, Basyir, Shahrul Mahmy, & me myself
credit : Bro shahir Aziz.

Tasik proton.. tempat yang indah untuk berjoging, berdating, and amik gamba...

Friday, October 8, 2010

Holiday in Mabul Island..

Assalamualaikum
[Tomorrow..Outstation.. hehe]

Bermula hari ini, sehingga 10 hari dari sekarang, aku tiada di depan PC aku. Kerana aku sedang menjalani satu misi murni di luar sana. Ini bermakna, mungkin aku tidak akan melakukan sebarang aktiviti update blog. Blogwalking insyaAllah akan terus berjalan. hehehe.

So aku tinggalkan blog ni dengan entry percutianku bersama member-member ke Pulau Mabul, dua tahun lepas. hehehe... Walaupun lama, tetap menyala. Time tu aku kurus sket dari sekarang...aiseh..

***Segala skrip adalah rekaan semata-mata. Event tu je yang betul. Bahasa pengantar ialah bahasa Sabah. Kepada yang mengalami masalah memahami situasi, takpe korang layan je gambar tu ok.


Wednesday, October 6, 2010

Zaman Jahiliah sudah mula kembali..


Assalamualaikum
[Lusa dah berangkat...yeay!]

Tadi masa aku asyik surfing, terjumpa olehku gamba ni. Sedikit kecewa. Bukan sedikit. Banyak Kecewa. Mana tidaknya. Orang kita sudah mula kembali ke arah kegemilangan zaman Jahiliah. Buat maksiat di tempat terbuka. Dah la student.. pakai tudung plak tu. Hancur hati ku kalau student aku ada yang semacam ini.

Sebelum tu aku nak minta maaf kalau gambar2 ni ada yang tak boleh tengok. Kot2 mak korang marah kan... Mungkin pic ni dah lama. Tapi penangannya tetap dirasai 1 Malaysia. Ya.. 1Malaysia...

Monday, October 4, 2010

PITIK..

Assalamualaikum
[Tinggal sehari lagi..maka genaplah 6]

Hari ni aku hendak membuat satu entry khas. Tiada lagi rahsia, tiada lagi dolak dalih. Aku akan merungkai segalanya hari ini. Orang Tawau sila abaikan post ini. hehehe.

Entry ini juga ditujukan khas buat saudari Elvenna Majuddin Mraz yang berada di Amerika Syarikat ketika ini untuk mengajar orang putih bercakap Sabah. (Macam tidak logik tapi itu hakikatnya). Seperti saudari Elvena, ramai lagi insan diluar sana yang bertanya soalan ini kepadaku :

APAKAH ITU PITIK??

Yup.. itu sebahagian dari nama blog aku. setelah ramai yang bertanya, hatiku tergerak untuk membuat post ini (cewah).  Jika anda search di uncle google, perkataan ni berasal ntah dari negara mana. Dan mungkin bermaksud ntah apa-apa.

To make this simple, kat tempat aku, PITIK ni ialah sejenis senjata. Senjata yang menyerupai lastik, tetapi bukan batu yang dijadikan peluru.SEbaliknya dawai tajam menyerupai anak panah Robin Hood. Boleh bayangkan? Just imagine u are holding a lastik with an arrow made from a Dawai ok!

Yang kat bawah ni BUKAN pitk. Benda tu aku susah nak jumpa. Tapi jangan risau, aku ada cara nak buat korang faham.


Saturday, October 2, 2010

Expidisi ke Bukit Broga


Assalamualaikum
[Seminggu lagi.....]

Tadi time aku mengUsha facebook, terjumpa olehku gambar-gambar pre-wedding photoshoot angkasawan kita. Baru gamba sneak peak pun...tapi dah cukup lawa.. Dah la bakal bini Datuk angkasawan tu pun dah cukup lawa..huhuhu... Kalau nak tengok sket gamba2 tu, search ja kat Facebook : Kukubesi Manipulasi.

Yang menarik perhatian aku sebenonye tempat photoshoot tu. Kat Bukit Broga beb. Tau gak kan? Nun kat Semenyih sana. Hari tu time praktikal aku sempat gi sana. Time tu aku baru dalam seminggu beli kamera. Haram setiing pe pun aku tak tau lagi. Main terjah je snap.

SO aku nak letak la sket gambar-kambar semasa kami disana. Gambo lama. Tak smart pun. Amatur yang masih amatur. Tapi takpe. Biar AMATUR janji TERATUR. Enjoy

Lompatan maut yang hampir buat aku terseliuh..


Peserta-peserta yang menjayakan majlis. Siapa kata guru ni tak extreme? huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Untuk Menceriakan Lagi Hidup anda!