Assalamualaikum
[Salam Maal Hijrah buat semua]
Yeah hari ni hari cuti. Aku sememangnya sedang bercuti, namun suasana cuti ni aku turut rasai. Walaupun badan aku sekarang menyerupai alien akibat cacar, namun badan masih lagi kuat. Itu yang harus disyukuri.
Bercakap mengenai cacar ni, aku pun tak sure ini cacar atau bukan. Begini, masa snorkeling dahulu aku dan rakan-rakan disengat obor-obor secara berjemaah. Kesannya hanyalah seperti gigitan nyamuk. Sebagai anak didik Rambo, aku mampu bertahan. Kemudian sekembalinya ke Tawau, aku makan nasi goreng Kampung kat Restoran Singgah Selalu. Begitu ramai udang yang terdapat pada nasi itu. Sejurus selepas makan, kepelbagaian bintik dan kesan seperti cacar terus memenuhi segenap tanganku. Lebih teruk dari kesan sengatan obor-obor itu.
Allergi barangkali? who knows. Setahu aku, aku tidak alah kepada apapun kecuali mak & gelpren aku. Dan kini, aku boleh berbangga dengan kesan bintik itu kerana ia sudah menjengah ke sekitar kaki dan leher aku. Congratz Dir!
Tersasar seketika.. Ok teruskan lagi dengan gambar. Seperti yang tertera pada tajuk, gambar kali ni masih mengenai percutian aku yang ditaja oleh Uncle Chang. A very awesome experience tau…
Kali ni aku nak fokus pada pemandangan sahaja. Kadangkala view dan pemandangan yang menarik tu mampu menggoda nafsu anda untuk melawat sesuatu tempat.
Pokok kelapa. Siapa yang tidak tahu? Pulau mana yang tiada pokok kelapa? Oh ada.. Orang yang dipulaukan. Mereka tiada pokok kelapa. Di pulau ini pokok kelapanya tinggi-tinggi belaka. Jika anda menggunakan khidmat monyet untuk memetik buah, mungkin anda terpaksa membayar double akibat jarak ketinggian pokok yang agak melampau.
Pemandangan petang. Bot-bot yang kelihatan adalah hak milik penduduk tempatan. Itulah rumah, itulah tempat cari rezeki, dan itulah tempat menambah populasi rakyat. (if u know what I mean)