Announcement!!!

The blog has moved to


Thanks for your support!!!


Check out this cool stuff:

Saturday, February 12, 2011

Yang pertama kahwin ialah dia..

Assalamualaikum
Kahwin. bagi seorang lelaki ia adalah perkara kedua yang sangat dinantikan dengan penuh debaran selepas bersunat. Walaupun ketika berkahwin kek akan dipotong tidak seperti ketika bersunat, namun yah.. perasaan itu hampir sama. Mendirikan rumah tangga adalah impian setiap insan. Hatta Gay dan Lesbian pun mengimpikan untuk berkahwin meskipun mereka bernafsu songsang.

Jadi persoalan yang sering wujud dalam kalangan rakan taulan ialah, ‘siapa yang akan kahwin dulu?’

Adakah si A, si lubang hidung besar tapi tidak pernah kering dumpitnya?
Adakah si B, si kacak macho yang macam gigolo gayanya?
atau adakah dia si C, si cantik manis yang sudah pulih jerawatnya?

Jodoh di tangan Tuhan. Sukar untuk kita meneka sehingga kita diTag pada album kad jemputan di facebook.

Sekalung tahniah buat pemecah kebuntuan isu perkahwinan kami. Cik Nurul Huda. Atau lebih tepat lagi, Puan Nurul Huda. Dan tidak lama lagi, Mak Cik Nurul Huda. You are going to miss having the title ‘miss’ in front of your name. hehe.

IMG_8438 copy


Telah selamat diijabkabulkan pada 5 februari 2011 yang lepas dalam sebuah suasana majlis yang cukup gilang gemilang dan begemerlapan. Oh ya. Yang di atas itu ialah gambar beliau. Dan yang agak tersembunyi disebalik tabir itu tentulah suaminya. Encik Bak. Bukan mak andam mahupun penyanyi karaoke pada majlis tersebut.


IMG_8447 copy
Sorry bro.. She’s taken. Look at the finger lah..

Bila ada kawan yang sudah berkahwin, pasti rakan-rakan lain akan mula tersentak. Sudah tua rupanya aku ini. Terutamanya perempuan. Kalau lelaki mungkin rileks sikit kot Smile with tongue out

taza6 copy


Pernahkah anda menonton filem ‘2012’? Yes that one. Yang boleh buat aqidah korang terpesong tu. Kanak-kanaklah yang paling percaya bahawa dunia betul-betul akan kiamat pada tahun 2012.

So bertanyalah seorang student form 1 kepada gurunya. “Cikgu, betul ka tahun 2012 dunia akan kiamat?

“kenapa?” jawab si guru..
“Bukan apa cikgu.. kasi la saya kawin dulu.. baru kiamat..”

Nice one! Actually bukan budak-budak saja tahu bercakap seperti itu. Semua orang. Semua orang yang belum berkahwin sering memberi alasan ini jika bakal berhadapan masalah.

“Jangan mati dulu.. aku belum kahwin”
“Jangan ko kasi eksiden ni kereta.. aku belum kawin’

taza7


Jadi tidak hairanlah, kahwin ni merupakan satu pelengkap dalam kehidupan kita. Lengkap yang bagaimana? Tentulah kewujudan si pasangan itu akan melengkapkan segala kekurangan kita.

Jika kita pemalu, si dia tentu tak tahu malu..
jika kita pemarah, dia tentu penyabar..
jika kita pelawak, tentu dia tukang ketawa..
jika kita gemuk, tentu dia kurus…
Tapi kalau dua-dua gemuk, itu sudah kira special case. Open-mouthed smile

IMG_8439 copy


Pokoknya, saling melengkapi sesama pasangan itu yang utama. Aku ada kerna kau ada. Aku kentut kau hidu, kau kentut aku lari.


Playboykah anda? playgirlkah anda? Adakah semasa di sekolah dahulu anda sering bertukar pasangan dan ditinggalkan pasangan? Kekasih datang dan pergi. Sebab tu la ia dinamakan cinta monyet. Sebab monyet datang dan pergi sesuka hati beliau. (Note: sekolah aku banyak monyet)


Namun suami/isteri bukan begitu. Dia tidak datang dan pergi sesuka hati. Dia akan ada ketika kita susah dan akan lebih ada jika kita senang. Sebab tu orang senang atau kaya dipanggil orang berada.

taza8

Bila cincin sudah disarung, lafaz telah disanjung, maka yang tinggal hanyalah untuk menantikan hasilnya selepas 9 bulan. Bermula disini akan bermulanya perjalanan sepasang merpati dua sejoli. Owh mungkin mereka tidak lagi kuat berjoli selepas ini. Kerana sibuk menambah populasi sang merpati.

Don’t get me wrong. Apa yang aku cuba sampaikan ialah, mereka yang sudah kahwin ni tidak akan berdepan masalah kesunyian lagi. Sudah ada yang menemani.

taza4 copy


Maaf la gambar aku banyak dari angle ni saja. Photographer picisan la katakan. Masih kurang lincah dalam mencari angle Embarrassed smile


Final words, tahniah buat Puan nurul Huda (a.k.a Thaza) kerana berjaya menamatkan zaman bujangnya dengan penuh bergaya dan kejutan. Aku masih ndak puas hati ni  za. Hehe.

Seperti insan yang lain, aku juga mendoakan kamu bahagia sentiasa, berpanjangan jodoh hingga sampai syurga, dan berjaya menjadi penyumbang dalam mencapai matlamat 70 juta penduduk menjelang tahun 2020. Amin..

taza1 copy


SudirSuichi


11 comments:

  1. it just me or my monitor, gambar ada sikit gelap la dir..

    ReplyDelete
  2. lawa gambar~ ehheehe

    ReplyDelete
  3. salam SS

    ingin berkahwin (bukan nafsu songsang) itu fitrah. bila sampai waktu, jodoh mesti ketemu. namun jodoh itu urusan Allah.

    anyway, love your angle. kak ct kalau nak shoot, sedang tercari-cari...pengantin dah pergi!

    kak ct oi kak ct...terhegeh-hegeh.

    ReplyDelete
  4. wow... nice job dir... love those photos... : )

    ReplyDelete
  5. tunggu ko kawen sudir!

    ReplyDelete
  6. sayang nya aku ndak datang..apa pun, semoga si thaza happy.heee.

    ReplyDelete
  7. kata2 yang bagus utk dipikirkan..hehe n nice editing~~~!

    ReplyDelete
  8. sanik : Ya manyak gelap loo~~ flash cap ayam pula..

    ReplyDelete
  9. haha~congrats la utk c taza.
    eh, aq pn akan kawen nnt.
    jemput dtg ruma..; )

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Untuk Menceriakan Lagi Hidup anda!