Announcement!!!

The blog has moved to


Thanks for your support!!!


Check out this cool stuff:

Wednesday, February 16, 2011

Pokok Tropika Tertinggi di Dunia.. is in Tawau


Assalamualaikum

Salam Maulidul Rasul semua. Semoga hari sebegini kita hiasi dengan aktiviti yang berfaedah seperti mencukupkan tidur, berSMS bersama cewekku, menyiapkan kerja tertunggak dan makan megi dirumah. Hey that’s what I did ok.

Merujuk kepada tajuk, today I will make an entry on the highest tropical tree in the world. It exist right here in Tawau.

Manusia ni suka bagi tumpuan pada benda yang ada ‘TER’ di hadapan setiap perkataan. TERtinggi, TERpanjang, TERhebat, TERpantas, TERasi, dan sebagainya. So tidak hairanlah jika ada manusia yang sanggup TERjelajah serata dunia semata-mata untuk ‘TERjumpa penemuan hebat.

Pokok tropika tertinggi di dunia ni terletak di Taman Bukit Tawau, a.k.a Table. Untuk warga tempatan, Taman Bukit Tawau sudah tidak asing lagi kerana merupakan antara pusat riadah yang ‘easily reachable’. Sesuai untuk bermandi manda, meluangkan masa berkualiti bersama keluarga, ataupun meluangkan masa tidak berkualiti melihat anak muda berpelukan dan mandi dalam keadaan seksi.

Beberapa hari lepas kami kesana untuk menyaksikan sendiri khazanah Tawau ini. The awesome team, sisMaya, si Lisa, bro Budaini, adek si Lisa, dan tidak lupa Renjer hutan bertugas pada hari tersebut, Sankai.

table

Gambar di atas menunjukkan beberapa signboard yang anda akan jumpa semasa berhiking ke sana. Ya. Saya benarkan anda print out gambar ini sebagai panduan agar tidak tersesat. Lihatlah betapa mudahnya jika hendak melancong di Tawau. Kelayakan akademik yang tinggi tidak diperlukan. asal tahu membaca sahaja.


Seperti yang anda dapat lihat, Taman Bukit Tawau mempunyai banyak lagi khazanah alam selain pokok tropika tertinggi di dunia. Contoh, Air Terjun Bukit Gelas, Air Panas, Gunung Lucia dan Gunung Magdalena. Pastikan anda bertafakur sejenak sebelum ke gunung yah!

IMG_8611 copy

Dalam perjalanan kesana, anda akan disajikan dengan pelbagai pemandangan indah alam semulajadi. Walaupun cuma berjarak 900m dari pejabat pengurusan Taman Bukit Tawau, jarak ini sudah cukup untuk menjadikan anda sehebat tarzan.

Btw, aku sungguh tertarik dengan tumbuhan dalam gambar di atas. Kusangka anggur rupanya bukan. Wallahualam.

IMG_8626 copy
Cacing ini bersaiz seekor anak ular ok!!

Ekspidisi kami ditemani hujan yang sangat lebat. Meaning, segala macam pacat dan suku sakatnya akan bergiat aktif dalam keadaan hutan yang dibasahi hujan. Aku masih boleh tahan kalau pacat. Tapi panjang sikit dari itu, aku serender ok. Sedikit geli dengan benda-benda yang panjang kecuali mee goreng dan spaghetti.

 Untitled-1

Anda mungkin kagum dengan kekayaan alam jika melihat pokok-pokok sebegini. Tapi bagi seorang Taukey kayu balak, dia akan kagum melihat kekayaan diri yang bakal dia kaut apabila menebang pokok ini.

Sebab itulah perlunya penjagaan terhadap semua benda ni. Pihak sabah Parks contohnya, telah memainkan peranan mereka. kita juga boleh! Tanamlah kayu balak di halaman rumah untuk memulihara alam. Ketawalah. Aku buat lawak ni.

IMG_8622 copy
To Megan Fox and Jessica Alba, the sign says “The highest Tropical Tree : 400m”

Perjalanan kesana memerlukan anda naik dan turun bukit secukup rasa. Oleh itu, selain stamina yang kuat, anda juga memerlukan kelengkapan yang sesuai seperti Kasut Boot, Jaket keselamatan, Wisel, lampu suluh, dan lain-lain. Ataupun anda boleh memilih untuk berkaki ayam dan berseluar puntung sahaja. Itu lebih convenient.

IMG_8639 copy

Yeay sampai akhirnya!! Pokok tropika tertinggi di dunia di hadapan mata. Pokok ini berasal dari spesis Seraya Kuning Siput. Itu nama di IC dia. Nama passportnya pula ialah Shorea Faguetiana Heim. Berketinggian 88.32 meter.

Jelaslah pokok ini lagi tinggi dari manusia tertinggi di dunia. Siapakah yang rajin mengukur pokok ni? Tentulah santis dari Amerika sana. Proses pengukuran ini dilakukan pada tahun 2007.

IMG_8628 copy

Ni lah rupa pokok tu. Aku cuba hendak membuat gambar panorama menegak tetapi atas desakan air hujan, aku membatalka hasratku. Tapi view pokok yang cantik anda boleh lihat di SINI.

That’s all folks. Kesimpulannya, hargailah alam ciptaan Tuhan. Kita mungkin boleh membina bangunan tertinggi, membeli kapal selam tersadai, atau membina lagi bangunan tertinggi. Namun benda yang sudah sedia ada seperti ini haruslah dipelihara dan dihargai. Wassalam.


SudirSuichi



7 comments:

  1. huhu rindu ama kampung T____T
    Canggih cam ko. Jenama dan model apa la tu konok? hehe~

    ReplyDelete
  2. tembak!!! nanti nak singgah sini lah.. =)

    ReplyDelete
  3. kat sabah ni banyak benda menarik. ye, sya baru tahu kenyataan itu benar! huhu.. tak pernah jejak lagi tawau.. :(

    Saya Seorang Pelancong (5): Kundasang War Memorial

    ReplyDelete
  4. bro, aq dah letak banner kau.. letak banner aq pula k

    http://kisahcintasayang.blogspot.com/p/iklan-komuniti-blog.html

    ReplyDelete
  5. wuuu. tgi gila. bila la mo ada masa buat family trip p sana ni. adeh.

    ReplyDelete
  6. bro,sebelum ni dah puas g table.. tapi belum pernah tengok pokok tertinggi yg dikatakan.. lepas tgk pic mu ni 1st time aku tgk.. jakun gak aku ni..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Untuk Menceriakan Lagi Hidup anda!