Announcement!!!

The blog has moved to


Thanks for your support!!!


Check out this cool stuff:

Tuesday, February 1, 2011

Lion Dance is Tarian Singa..


Assalamuaalaikum

Pembiasan cahaya. Fenomena ini boleh berlaku apabila cahaya merembat melalui dua medium yang berlainan ketumpatan. Contohnya, apabila cahaya merembat dari udara ke dalam air. Satu contoh pembiasan yang biasa kita lihat dalan kehidupan seharian ialah, straw minuman di dalam gelas berisi air kelihatan bengkok. Satu lagi contoh ialah, kedalaman kolam kelihatan lebih cetek dari kedalaman sebenar. Pokoknya, pembiasan membolehkan kita tertipu dalam melihat.

Aku : Ok klas… Faham sudah kamu apa itu pembiasan ka?
Murid : Faham suda cikgu. Benda macam ni budak tadika pun tahu.
Aku : Wah..Bagus la kalau macam tu. Senang kerja. Hamdan! bolehkah kamu bagi lagi satu contoh pembiasan cahaya dalam kehidupan seharian selain yang cikgu bagi tadi?
Hamdan : Boleh cikgu! Contohnya begini ya. Pada suatu hari saya berjalan melalui sungai. Saya ternampak seekor biawak di dalam sungai itu. Saya pun terjun la untuk menangkap biawak itu. Setelah saya terjun, baru saya perasan itu bukan biawak. Tapi BUAYA. Gara-gara pembiasan cahaya, BUAYA itu kelihatan seperti BIAWAK cikgu.

---------------Damn funny..hehe-----------------

Chinese New year is around the corner. Buat sahabat-sahabat berbangsa cina dari pelbagai keturunan, selamat diucapkan. For your information, aku masih bujang dan layak menerima angpow. Baru-baru ini, 29 Januari 2011, Telah berlangsung persembahan tarian singa, ataupun lion dance di Dewan Masyarakat Tawau.

Seperti yang kita tahu dari jiran kita..trian Singa ni merupakan kebudayaan masyarakat cina. Sangat best pada hemat aku. The pic is mostly edited. Sudah lama tidak main lightroom. Cheers~~

IMG_7566 copy
Aku masih ingat semasa kecil, aku menemani ibuku pergi ke kedai emas. Sedang ibuku asyik melihat emas dan aku asyik melayan bosan, kedai itu dimasuki seekor singa. Singa tu macam yang kat atas ni lah. Ya aku tahu di dalam tu sebenarnya ada dua manusia. Satu pegang kepala singa, dan satu pegang bontot member dihadapannya.

Tapi bagi seorang budak berusia 5 tahun, sudah pasti entiti ini merupakan sesuatu yang sangat menakutkan. Sehingga aku bersia 10 tahun, aku masih gerun melihat singa nih.

IMG_7442 Panorama

Crowd pada malam tersebut. Kalau di Hong Kong sana, mungkin yang hadir hanyalah kaum Cina. But in Malaysia, Bukan saja cina, bugis timor bajau tator pinuy semua pun datang juga. As for me, malam itu aku mengaku aku ni Cina. Hehehe.. That’s the beauty of Malaysia. Appreciate it ok!

IMG_7476

Selain tarian singa, ada juga persembahan seni pertahanan diri dari adik-adik kecil ni. Ni yang aku suka. Berpedang untuk bersukan, meneruskan budaya, dan menghiburkan hadirin. Bukan berpedang untuk tetak rakan sebelah kampung, berebut gadis, dan menyusahkan orang di hospital. Aku tahu kamu terpengaruh sama Crows Zero. Tapi agak-agak lah.

IMG_7514 copy

Ini singa pink. Betina barangkali. Walaupun ridernya seorang lelaki, tapi itu singa pink. Cute lah..

IMG_7543 copy

Paling mencuri tumpuanku pada malam tu, performance lion dance ni. Glow in the dark seyh! Semua lampu dimatikan. Singa tu kelihatan macam terapung bila beliau naik di atas tiang-tiang tu. Terbaek! 5 Bintang! Jom saya belanja makan!

IMG_7570

Satu lagi kebaikan tinggal di Malaysia. Kita boleh pelajari adat budaya kaum lain. Contohnya brader di atas ni. Tak tahu la kalau aku ni silap, tapi rasanya dia ni bukan Cina. Terbaek lah! Kalau aku ni sedikit lincah, mungkin aku juga mahu join lion dance ni. Ini membuktikan di Malaysia, si Lago, si Otok, si Om, semuanya boleh ikut tarian singa. Flirt male

IMG_7589 copy

Kaum cina terkenal dengan kelincahan mereka. Kungfu, Kuntau, dan juga tarian-tarian kebudayaan mereka, semuanya lincah-lincah belaka. Memerlukan latihan yang sangat intensif dan komitmen tinggi. ingat senang ka mau panjat tiang tu? Kalau di kampung boleh la kamu berlagak. Tapi bila di hadapan ribuan orang, benda semudah mengorek hidung pun akan menjadi sangat susah untuk dilakukan. betul kan?

IMG_7587 copy

Berbekalkan Canon 1000 D aku ni, hanya ini yang mampu kucapai. Gambar dihiasi noise yang bingit akibat ISO tinggi. Sweet~~~

IMG_7600 copy

Mungkin anda pernah tersungkur, terjatuh, putus cinta, dilanggar basikal, ataupun jatuh ketika mempersembahkan tarian singa. Namun semua itu nyata tidak penting. Kesakitan semasa jatuh itu akan mudah dilupakan dengan kesungguhan untuk bangun dari jatuh.

Never give up. That will keep us alive. Tahniah kepada brader dua orang ni kerana tetap meneruskan persembahan walaupun terjatuh. Sakit ka  tu ya?

IMG_7630
how leng!!

IMG_7631 copy

Mungkin setiap kostum singa ini ada nama masing-masing. Untuk mengetahui namanya memang aku kurang berminat. Tapi dalam menghayati tarian, you can count on me sir~~

IMG_7660

Bagaimana? berminat untuk melibatkan diri dalam tarian singa? quit photography and join lion dance maybe? hehehe..

IMG_7702 copy

The final act for the night. Tarian Naga. Juga dipersembahkan secara langsung dalam format HD kepada penonton. Glow in the dark. Teruja terpukau dan lapar selepas menonton.

That’s all for today. Buat kawan-kawan yang berbangsa cina, tidak kita lah cina apa sekalipun, have a prosperous New Year ok! Mana aku punya limau ha?? Smile with tongue out


SudirSuichi

7 comments:

  1. sangat best.. teringin jugak nak tgk ni secara live. selalu tgk pun dalam tv je.. huhuhu

    ReplyDelete
  2. best memang! terbaik!! aku rasa cam mau jemput ke rumah jak nanti! hahaha~

    ReplyDelete
  3. memang best..
    gambar pun menrik..
    eheheee

    ReplyDelete
  4. cerita lawak tu kira mcm optik ilussion ke heheh
    boleh nampak 2 benda dalam satu imej...

    ReplyDelete
  5. Aku teringin nak buat tarian naga wei. Tp aku x pndaila pulak.

    ReplyDelete
  6. smart ar picture bro.. beguru ngan ko boleh?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Untuk Menceriakan Lagi Hidup anda!