Assalamualaikum
Pemanasan global semakin berleluasa. Salji di kutub utara semakin cair dan kesan rumah hijau semakin ketara. Mungkin sebab itu banyak perkara atau kejadian yang bikin panas berlaku di sekitar kita. Or maybe it is just me.
Ya memang aku panas dengan Yusry. Teganya dia merampas Lisa Surihani dari rakyat Malaysia. Tapi bukan itu yang hendak aku luahkan.
Pernahkah anda menaiki bas mini dari Lahad Datu ke Tawau? Jika iya, mungkin kita patut sesekali lepak bersama di ABC sambil berkongsi pengalaman. Bas mini disini merujuk kepada bas yang stesennya itu terletak bersebelahan masjid daerah Lahad Datu.
Begini, seperti biasa, sebagai seorang guru yang jasadnya berada di LD tetapi hati, roh, semangat dan duitnya berada di Tawau, setiap hari jumaat aku akan bergegas pulang ke kampung halaman selepas habis menunaikan solat Jumaat. Biasanya aku membawa kereta, dan kadangkala aku menaiki jet peribadiku, namun hari itu terdetik hatiku untuk menaiki kenderaan awam.