Announcement!!!

The blog has moved to


Thanks for your support!!!


Check out this cool stuff:

Saturday, August 21, 2010

Tips-tips megelakkan selipar dicuri di masjid. SAY NO TO PENCURI SELIPAR!!!

Assalamualaikum
[Raya tak lama lagi..hehehe]

Rasanya aku tidak boleh berdiam diri lagi... ramai yang telah menjajdi mangsa kerakusan si pencuri selipar. di bulan yang mulia ini, dia berleluasa pula. almaklumlah setan dan iblis udah kena rantai. tapi masih ada konconya yang bebas di luar sana.


Jika petugas banci penduduk melakukan bancian ke atas mangsa si pencuri selipar, aku yakin at least 75% manusia di bumi malaysia ini pernah kehilangan selipar mahupun kasut. Terutamanya, di masjid. Apalagi sekarang kita tengah berlumba-lumba untuk datang ke masjid untuk menunaikan ibadah solat terawih.

Ketika imam membaca surah Al-Fatihah, si pencuri membaca jenama selipar. ketika imam membaca surah kedua pula, si pencuri sudah dua batu meninggalkan masjid bersama selipar yang baru dicurinya. ah aku bosan!!!!!


Bagaimana untuk menghalang fenomena ini dari terus berleluasa? mari kita rungkai bersama yeah!

Tips number 1 : Jangan pakai selipar berjenama ke masjid
Selipar bejenama mampu menaikkan syahwat si pencuri. elakkan dari menggunakannya ke masjid. besides, for wut purpose are you wearing those fancy slippers? supaya hendak menayang? masjid bukan tempatnya. Adidas? Nike? Crocs? semua itu tidak valid disisiNya. cewah..

Yang tak ori pun kena curi..apalagi yg ori ye tak?

Sebaiknya pakai la selipar yg sama harganya dengan plastik selipar itu sendiri. selipar tiruan murahan pun boleh gak kot. tapi tu pun mungkin kena curi gak.

Tips number 2 : Pakai selipar yang sama dengan jemaah yang lain 
Apabila selipar anda kelihatan unik, ini mampu menari perhatian si pencuri kerana mungkin jenis selipar anda belum ada dalam koleksinya. pakailah selipar yang umum. contohnya, selipar jepun berwarna biru. sangat laku kat kampung saya.

Selipar berstatus  arkib negara

Namun risiko yang harus anda tanggung, kebarangkalian selipar anta tertukar dengan jemaah lain adalah tinggi. kalau orang biasa takpe lah jugak. kalau dengan imam, kompem korang akan kena sindir time khutbah.
"Sejahteralah ke atas anak muda yang mengambil selipar tok semalam"

Tips number 3: Sembunyikan selipar anda
Sangat mudah, dan efisyen. pencuri tidak akan sebegitu bodoh mencari selipar yang disembunyikan di atas kubah mesjid (contoh je). kalau hilang gak aku tak tahu la..

Tips number 4: Letak selipar anda secara berasingan
COntohnya, selipar belah kiri, letak kat dalam tandas, selipar belah kanan pulak, korang masukkan dalam kain pelikat korang. kompem selamat!

SAtu kaedah menyembunykan selipar

Kalau hilang satu pun, korang masih ada satu selipar lagi. bolehlah melompat guna sebelah kaki balik ke rumah.

Tips number 4: Pakai selipar dengan warna berbeza.
tips ini memerlukan anda mencari partner. tukarlah sebelah selipar anda dengan beliau. pasti pencuri tidak hingin mengambil selipar yang lain sebelah kan?

Ini macam sapa mau curi oo??

Tapi, jangan plak korang gi letak slipar korang dekat dgn sliper partner korang tu. sia-sia je macam tu paham!

Tips number 5: Kotorkan selipar anda
Dalam perjalanan ke masjid, korang lalu la kat paya bakau ke, bendag ke, tanah jerlus ke, supaya sliper korang tu kotor. kemudian, kat masjid terbalikkan selipar tu bagi menayang kotoran kat tapak sliper korang

Kotor gilaa~~
Tapi hati-hati, jangan sampai mencemarkan kesucian dan kebersihan masjid.

Tips number 6: Pakai selipar yang tidak tercapai dek akal untuk dicuri
Bagaimana? pinjamlah but getah ayah anda. pakailah high heels tertinggi yg ada dirumah anda. pasti pencuri berzikir bertaubat sebelum hendak mencuri.
Kalau berani curi la!
Tips number 7: kunci selipar anda
Tatkala si pencuri hendak mengambilnya, pasti berlinangan airmata beliau melihat keazaman anda memastikan keselamatan selipar anda

Selamat lagi menyelamatkan

Tips number 8 : Upah Pak guard
Jika anda merasakan anda tidak boleh hidup tanpa selipar tu, upah je pak guard jaga selipar tu ok! gaji ikut jam, ade pencen dan sokso.

Sedia berkhidmat pak!!

Diharapkan tips yang sedikit dan sedikit merapu ini boleh membantu. Sebenarnya apa yang penting, keazaman kita untuk terus ke masjid walaupun setiap hari menjadi mangsa curi selipar. Lagi-lagi di bulan puasa ini, inilah masa yang sesuai untuk anda membuktikan kekebalan tapak kaki anda dengan berkaki ayam pulang ke rumah.

Dan ingat, apabila selipar anda dicuri, jangan sesekali curi balik selipar org lain. coz when u do that, u are no better than the thief himself. Tata~~



18 comments:

  1. huhuuh.. nice tips..
    harap selepas ni tak ader sesiapa kena curi lg slipar.. :)

    tambahan: pasang cctv boleh?

    ReplyDelete
  2. hahaha~~~ betol gak tu ek? patut masjid2 besar pasang~~hehe

    ReplyDelete
  3. atawpom xyah pakai sipar..haha..
    neway, tips yg bagus tuhh..
    ailaik !!

    ReplyDelete
  4. "Selipar bejenama mampu menaikkan syahwat si pencuri."

    hahahahahaha, lucu betul la, adoiii, really enjoy reading this post!

    ReplyDelete
  5. sop pasang cctv.. sy pasang laser..
    curi jaa nti cctv + laser = zasssss trus org tu..
    hukkk...

    ReplyDelete
  6. pelik betul..selipar pn nak curik..ishh..miskin bebenornye..ate..sipo jepun pn nak curik..kat tempat sy la..

    ReplyDelete
  7. sebenarnya...yg hilang cuma sorang kut..tapi bile dia tgk slipar dh tkde,...dia pkai (dlm hati pinjam) slipar orang lain ,psai tk nk balik kaki ayam..yg lain pun buat cam tu gak...tu yg heboh satu masjid...aku agak je lah...

    ReplyDelete
  8. betol tu bro~~kadang camtu... si A hilang sliper adidas. so si A amik selipar si B.. c B pula amik selipar C..dan seterusnya.. ada byk downline tu~~hehehe

    ReplyDelete
  9. hahaha..sgt berterimakasih la bro..x penah tepikir pun mo wat cemni..meh dtg blog aku tgk tips untuk x mngantuk ye cigu..hehe

    http://assshuriken.blogspot.com/2010/08/tips-menghilangkan-mengantuk.html

    ReplyDelete
  10. ayah n abg penah kena smyg raya~ capal yang baru beli tu disapu org~ ditinggalkan selipar yg dah haus tapak n warna lain2 sebelah~ ngehngeh~

    ReplyDelete
  11. selipar sy sll kne curi kt msjid..huhu..

    ReplyDelete
  12. kehkehkeh kena bawak beg plastik, letak sliper dlm tu pastu letak tepi masa solat kot.hehe nice!

    ReplyDelete
  13. tips yang menarik~ hehehe. yelah. selalu lak hilang selipar sak~ hehehe,

    ReplyDelete
  14. klaka la plak ble baca 'belia benci pencuri selipar' ni..

    ReplyDelete
  15. sokong kempen BELIA BENCI PENCURI SELIPAR!!!

    Entry yang menarik

    ReplyDelete
  16. aku pun selalu hilang selipar kat masjid :)

    ReplyDelete
  17. hahaha.. teringat zaman kecik-kecik dulu.. selipar siap sembunyikkan celah pokok la ape la.. lepas abis semayang lupa letak kat mana -.-"

    ReplyDelete
  18. Mcm2 tips yg bley dipakai dan xley dipakai langsung! ;)
    Lepas smayang tros wat dosa, xtau apa yg difikir..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Untuk Menceriakan Lagi Hidup anda!