Announcement!!!

The blog has moved to


Thanks for your support!!!


Check out this cool stuff:

Thursday, July 15, 2010

Waka Waka yeay yeay!!! Takpe 4 tahun sekali...

Piala dunia edisi ke yg ntah ke brapa ni sudahpun melabuhkan tirainya...
sejak awal bermulanya pertandingan berprestij ini, sama seperti insan lain, aku menetapkan team ayamku, yakni team pilihan untuk disokong di dalam piala dunia.

At first, i have chosen England as my 1st team and spain as my 2nd.

Hampir setiap malam asap keluar dari lubang hidungku mengenangkan match yg disiarkan di tv 1 amatlah tidak menarik perhatian. kalau ada yg best pun, TERTUNDA.

Tapi bak kata Hj Hasbullah awang, kita kena bersyukur dgn apa yg kerajaan bagi. i guess so. brader2 kat korea utara nuh lagi la. team depa masuk final tapi nengok match rakaman ja.

Inilah penangan tiada astro. tambah memeritkan lagi, most of the team i support mmg lah ayam. England? mak aih. Kelibat si Robert Green tu mmg la membuat jus gasterku bergoncang. Rooney plak.. aih kasihan bah. hatiku hancur berkecai melihat England dimusnahkan German.

And then aku sokong lah Argentina. Dont cry for me Argentina. coz we cry for u first. Sedey seh tgk mereka pon di-Ayamkan oleh German. Tapi xpe, Brazil ada. Walaupun tiada kelibat Ronaldinho dan gigi beliau, serta Cafu dan suara katunnya, Brazil tetap melangkah gagah. But as usual, asal namanya team ku, pasti kandas. Dont cry for me Arjen Robben. ternyata Ayam belanda tidaklah se-ayam mana.

My last chance of glory, SPAIN. Puyol taruhanku. bermula ayam apabila kalah dgn Switzerland dan meneruskan dgn garang apabila menang yang lainnya. kamu pon tau kan?

Gol PUYOL ketika menewaskan German sangat2 memberiku inspirasi. Jika ada familyku yang melahirkan anak pada ketika itu, pasti aku memujuk mereka menamakan anak itu Ahmad Puyol ataupun Siti Norpuyol.

At last Spain melangkah ke Final. Punya la hepi aku. sempena malam final tu, aku pun meminjam van bapakku untuk turun ke bandar. Walaupun pada awalnya ibuku memberi tentangan, namun atas kesedaran semangat bola, tanpa ikhlas dia memberi kebenaran.


Ini cerita Final World cup at Restoran Singgah Selalu, Tawau. bukan niat untuk mempromosi, sekadar ingin mengongsi.


Saudara John dan Tola.

Mengenakan sepersalinan baju merah. menandakan SPAIN sebagai idola. Saudara John memang meminati Spain. Beliau mempunyai darah Filipina dan pernah di jajah Sepanyol suatu ketika dahulu. Thats where he got his Torres-like face. hehehe...


Me and John

Tidak ku temui baju merah malam tu. yang pastinya kami tiada meja. merempat menggunakan kerusi ja. tapi tidak mengapa. Semangat BOLA tetap membara. orang KL cakap, SemangEt bolE.

Antara sebab kami tiada tempat

Kami sampai pukul 1 bai.xde tempat wa cakap lu.. dengar2 ada yang telah tiga hari duduk disini untuk memastikan tempat mereka ada.

Suasana sejam sebelum match

Ni pun dah riuh gila. God Bless Tawau,

Spanyol!!Spanyool!! Spanyoool!! Boooo Belandaaaa!! BOOOOOO....

Conteng muka? PErkara biasa. gunakanlah cat air. mudah tanggal ketika hendak semayang suboh.

online atas motor pun jadik laaa

Begitu semaraknya semangat bola di negara kita. Sanggup mewarnakan badan. sedangkan Wesley Sniedjer haram sesen pon x kenal kita. tapi xpa. 4 tahun sekali.

MEmanfaatkan tembok masjid untuk bertenggek.

Restoran Singgah Selalu. Walaupun sudah penuh, tapi sebab penangan nama restoran ni, ramai lagi yang akan Singgah meskipun sudah tiada tempat. takpa 4 tahun sekali..

Melayan dari atas Hilux.

Scene ini lebih membuatkan anda sebak. mereka sanggup duduk di kereta demi semangat bola. tapi ok gak boleh berbaring kan? xpe 4 tahun sekali...

Made in Tawau. cat muka ditaja oleh Nippon Paint

Pakcik masjid selalu memberi amaran. Jangan memasuki kawasan masjid tanpa menutup aurat. Tapi mereka atas pagar masjid kan? so its ok i guess.. haha.. takpe 4 tahun sekali je..

Pandangan dari hadapan

3 skrin, dan 1 LCD tv. belum kira yg tingkat atas lagik. kaya la tauke nih. xpe 4 tahun sekali.

Kita berbeza tapi tetap sehaluan

This is wut football is all about. bringing people together. kau cat muka aku bendera Spain, pastu aku cat muka ko bendera Dutch. Pastu esok mak ko calar muka ko, and mak aku calar muka aku. 4 tahun sekali!

Dari kiri: Iniesta, Torres, Villa, Drogba.

ni suasana Half time. Masih bertenaga!

Dunia baru.

Indahnya world cup. walaupun esok ramai bakal kehilangan kerja kerana tertidur keletihan, itu tidak menghalang kami warga Tawau menunjukkan semangat, dan menunjukkan perut. no hal.. 4 tahun sekali.


GOOOOOL!!!!!

Bagaimana hendak membezakan mana Spain dan mana Netherland? senang. yang menjadi superman terbang itulah spain dan yang duduk tersengih itulah Netherland.

Lama dah aku x besorak macam ni.

kemana menghilang??

MEja yg kosong itu, pernah digunakan oleh penyokong Belanda. aik balik dah bang?? hehehe

Thank you Iniesta!!!

Sorakan yang dinanti..

Pokoknya hanya 4 tahun sekali scene2 sebegini akan wujud. match antara kelab pon x semeriah ini. cakap pasal kelab, alamak xmenarik sungguh jersey Man U season depan. aiseh...

Lagi 4 tahun kita akan bertemu lagi world cup. Persoalannya, adakah kita masih ada pada ketika itu?? Menusuk kalbu bukan? itulah sedikit pedoman untuk kita bersama. semoga semangat bola yang kita miliki tidak melebihi semangat cintakan agama dan bangsa. cewaaaaah!!!
till then, Assalamualaikum....


Credit to TOLA for the pics~~
KLIK tu gambar kalau mau kasi besar..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Untuk Menceriakan Lagi Hidup anda!