Announcement!!!

The blog has moved to


Thanks for your support!!!


Check out this cool stuff:

Tuesday, July 27, 2010

Ketoyong36 in my heart..

Many said that the best time in your life, is your school time. I definitely agree tanpa sebarang bantahan. Coz during that time u learn most of things that are important in life. Friendship..Respect..Hardwork..Monkey Love (Cinta Monyet) and so much mucher muchest more. This may sound a little GAY but its the truth.

Thats why during my practical i always told my students, treasure the time u have now. get a much as u can. Dont be a nerd but dont 4get to work hard. But what they do? they didn't listen and play poker at the back of the class. Siot toll la.. hahahaha...

Since we are near with Ramadhan, bulan mulia penuh Baraqah, I want to show a little something that me and my fellow housemates at Ketoyong 36 did during the fasting month. Very nostalgic, entertaining, and real. haha.. actually i want to wait until Ramadhan.. tp xpe la..

I pick this up from my friendster. Mak aih lama gila x bukak frenster....This was made around two years ago.. Enjoy...

[Baca dari sini ke -----------------------------------------------> sini]
















-------------------------------KETOYONG 36-------------------------------------------

Monday, July 26, 2010

The Expendables.. tidak sabar aku..

Assalamualaikum...

Aku baru menyedari sesuatu yg tidak ku sedari. hobi dalam diam yang semakin berleluasa dalam diriku dan mungkin juga anda. Yaaah... aku rupanya seorang kaki wayang. Ceyt... Cemana la aku boleh terjebak dalam industri ni. mungkin disebabkan setiap hari rabu tiket wayang menjadi murah barangkali?

Dalam seminggu lepas aku melayan cerita PREDATORS bersama rakan taulan. Apa yg membuatku minat dgn predator nih? mulut mereka sebijik dgn Zoidberg. satu watak dalam katun futurama. best wa cakap lu.

Predator yang kacak..


Dr Zoidberg yg terlebih kacak..

Overal crita predator tu boleh lah tahan. i prefer the Schwarzenegger one more. filem tu old skool tapi mantap. ok berbalik kepada main point aku, time tengok cerita predator tu i came across this poster..

Walaweyy!! terkejut beruk bijak seh aku. I'm a big fan of action movies so i know most of the man above. biasa la my bapak minat bangat filem2 camni so aku pun kena downloadkan untuk dia la secara berkala dan melayan bersamanya. hehe.

Otai2 digabungkan dalam satu filem. what could be better than this? aku x sabar jadinya. Berikut adalah list pelakon2:

1. Sylvester Stallone : Dialah director filem nih, Dialah Rocky, Dialah Rambo, dan dialah penagih. hehe. yang x kenal dia pastinya menghidap penyakit amnesia. haha..

2. Jason Statham : Pelakon Transporter yang mukanya mirip wesley sniedjer, pemain belanda tu. dan apabila tua kelak mukanya tentu akan sama seperti Wayne Rooney.

3. Dolph Lundgren : Uncle ni aku x kenal sangat tapi dia blakon skali dalam Universal SOldier yg latest tu. (aku x tengok lagi)

4. Mickey Rourke : Tiada sebarang pertalian dgn Mickey Mouse. dia ni Villain citer Iron Man 2 aritu.. pon best gila. haha.

5. Randy Couture : Mamat ni pon aku x kenal. Sebab dia ni Martial Artist. mmg power wa cakap lu. semua jenis fighting dia tau. tapi bila bergaduh main tarik2 rambut gak (aku reka..)

6. Terry Crews : Mamat ni yg aku nk highlight. the best actor of all time. selama ni aku tgk dia blakon crita lawak. mengapa ada kelibatnya di filem ni. Muka ganas, badan Tough, tapi bila blakon crita lawak, mmg xbley blah! haha..

7. Steve Austin : a.k.a stone-cold. ahli gusti pujaan ramai ketika aku kecik2 dahulu. persoalnnya disini adakah dia akan menggunakan teknik pembunuhannya iaitu 'stone cold stunner' dalam muvi nih???

8. Jet Li : one word; I'm proud to be Asian. (one word la sangat..haha)

9. Bruce Willis : Who is a die hard fan of Die Hard?? aku telah mengkhatam semua filem Mati Keras lakonan beliau. hahaha

10. Arnold Schwarzenegger : Gabenor sorang ni masih ingin berlakon yeaa.. tapi wa respek la kat dia ni bro. selain mempunyai nama yg susah untuk di eja beliau juga sukar dibunuh sebab dia ni terminator.

Pelakon pompuan? haa..ni cek nak habaq kat hang. mereka yg sezaman dgnku pasti tau cerita ANGEL. a vampire who has a soul. nah gelfren dia ada dalam filem nih.. Charisma Carpenter

Trailer ada kat You tube..hehe

Yang kaler2 kuning tu link. boleh klik for more info..hehe

Menarik bukan? tentulah anda merasakan ini tidak menarik jika anda pengikut keras sinetron, drama2 korporat tempatan, dan juga drama alih suara sepanyol. hehehe.. CaW!!

Wednesday, July 21, 2010

Bakso... in loving memories...

Baru tadi aku kembali dari Semporna.. menghabiskan masa 3 hari menjalani 'vacation' yang best kata mereka. Apa yang pasti, murah sungguh kos hidup disana. Cuma yang mungkin menjadi masalah ialah kesukaran untuk mendapatkan oksigen if u know what i mean...

Semporna ke Tawau, only takes about one hour. maybe less if u maintain the speed at 120 km/h. Pernah suatu ketika aku membawa pakcikku, yang berasal dari semenanjung ke semporna. He said, 'Agak2 kalau laju 120 km/h ni berapa hari boleh sampai ye?' ---ohw tercabarnya egoku.

Mereka yang berasal dari semenanjung, tentu akan menghadapi perasaan ini. 'Pesal la kete kat sabah ni slow semacam...'. Even me, insan yang lahir di sabah dan tidak reti membawa kereta dgn lajunya turut mengalami feel tersebot setiap kali kembali dari semenanjung.

A long trips sure makes me hungry. Thrill semasa menaiki kereta, dan kelajuan kenderaan sebenarnya consume sedikit sebanyak tenaga anda. hey, even the F1 drivers loss an average weight of 4kg during a race. apatah lagi kita ye tak?

So terfikirlah oleh benak fikiran kami untuk menyantap semangkuk bakso setibanya di tawau tadi. A little flashback; Ade sorang brader ni bakso dia best gile kat stesen bas tu. sedap dan murah. memang affordable time aku skolah dulu. masa aku xde duit. (skrg pon xde duit gak..haha). Brader ni start niaga dari petang (around 5 pm waktu Tawau hinggalah ke selepas maghrib). Medium yang digunakan, beskal je. Bakso2 beliau tu kena angkut guna beskal la... contoh mcm gamba nih..

Gambar ni aku cilok kat FlickR sapa ntah..

So mesti anda dapat bayangkan kesusahan sang peniaga ini mecari rezeki kan? kalau dia senang mesti dia jual bakso pakai Lamborghini tol tak? Kesusahan tidak pernah menghalangnya untuk terus berusaha dan memenuhi keperluan perut mereka yang meminati bakso.

Ok berbalik kepada cerita sedihku ni, selepas around 5 tahun tak pekena bakso tu, kami nak pi la layan semangkuk dua. Dari semporna lagi sudah terbayang bakso brader tu. penuh bersemangat kami memecut untuk mendapatkan hidangan keramat tersebot. Kami tiba ketika maghrib. terus memasuki keheningan stesen bas tawau untuk mencari Bakso classic terbaek dari ladang.

Sesampainya di sana, perasaan hiba, sedih,dan kecewa menyelubungi. Basikal, Periuk, pinggan mangkuk dan segala aksesori si penjual bakso sudahpun berada di atas lori Majlis Perbandaran.
A usual phenomena but when it happens to the things u like, so very disappointing!!! Di sita barangkali? who knows.

Kasihan si penjual bakso. Berapa sangatlah hasil jualannya setiap hari. baru saja berazam mengumpul dana untuk pergi bercuti ke Switzerland, dugaan sebegini harus ditempuh. Mungkin silapnya juga kerana tiada lesen. Tapi siapa yang tidak hiba melihat perkara sebegini? terutama mereka yang datang dari jauh untuk merasa semangkuk bakso.

P/S: Pernah dulu ada cerita, peniaga bakso letak spender dan pakaian dalam dalam periuk sup bakso untuk melariskan jualan. hehehe...

Thursday, July 15, 2010

Waka Waka yeay yeay!!! Takpe 4 tahun sekali...

Piala dunia edisi ke yg ntah ke brapa ni sudahpun melabuhkan tirainya...
sejak awal bermulanya pertandingan berprestij ini, sama seperti insan lain, aku menetapkan team ayamku, yakni team pilihan untuk disokong di dalam piala dunia.

At first, i have chosen England as my 1st team and spain as my 2nd.

Hampir setiap malam asap keluar dari lubang hidungku mengenangkan match yg disiarkan di tv 1 amatlah tidak menarik perhatian. kalau ada yg best pun, TERTUNDA.

Tapi bak kata Hj Hasbullah awang, kita kena bersyukur dgn apa yg kerajaan bagi. i guess so. brader2 kat korea utara nuh lagi la. team depa masuk final tapi nengok match rakaman ja.

Inilah penangan tiada astro. tambah memeritkan lagi, most of the team i support mmg lah ayam. England? mak aih. Kelibat si Robert Green tu mmg la membuat jus gasterku bergoncang. Rooney plak.. aih kasihan bah. hatiku hancur berkecai melihat England dimusnahkan German.

And then aku sokong lah Argentina. Dont cry for me Argentina. coz we cry for u first. Sedey seh tgk mereka pon di-Ayamkan oleh German. Tapi xpe, Brazil ada. Walaupun tiada kelibat Ronaldinho dan gigi beliau, serta Cafu dan suara katunnya, Brazil tetap melangkah gagah. But as usual, asal namanya team ku, pasti kandas. Dont cry for me Arjen Robben. ternyata Ayam belanda tidaklah se-ayam mana.

My last chance of glory, SPAIN. Puyol taruhanku. bermula ayam apabila kalah dgn Switzerland dan meneruskan dgn garang apabila menang yang lainnya. kamu pon tau kan?

Gol PUYOL ketika menewaskan German sangat2 memberiku inspirasi. Jika ada familyku yang melahirkan anak pada ketika itu, pasti aku memujuk mereka menamakan anak itu Ahmad Puyol ataupun Siti Norpuyol.

At last Spain melangkah ke Final. Punya la hepi aku. sempena malam final tu, aku pun meminjam van bapakku untuk turun ke bandar. Walaupun pada awalnya ibuku memberi tentangan, namun atas kesedaran semangat bola, tanpa ikhlas dia memberi kebenaran.


Ini cerita Final World cup at Restoran Singgah Selalu, Tawau. bukan niat untuk mempromosi, sekadar ingin mengongsi.


Saudara John dan Tola.

Mengenakan sepersalinan baju merah. menandakan SPAIN sebagai idola. Saudara John memang meminati Spain. Beliau mempunyai darah Filipina dan pernah di jajah Sepanyol suatu ketika dahulu. Thats where he got his Torres-like face. hehehe...


Me and John

Tidak ku temui baju merah malam tu. yang pastinya kami tiada meja. merempat menggunakan kerusi ja. tapi tidak mengapa. Semangat BOLA tetap membara. orang KL cakap, SemangEt bolE.

Antara sebab kami tiada tempat

Kami sampai pukul 1 bai.xde tempat wa cakap lu.. dengar2 ada yang telah tiga hari duduk disini untuk memastikan tempat mereka ada.

Suasana sejam sebelum match

Ni pun dah riuh gila. God Bless Tawau,

Spanyol!!Spanyool!! Spanyoool!! Boooo Belandaaaa!! BOOOOOO....

Conteng muka? PErkara biasa. gunakanlah cat air. mudah tanggal ketika hendak semayang suboh.

online atas motor pun jadik laaa

Begitu semaraknya semangat bola di negara kita. Sanggup mewarnakan badan. sedangkan Wesley Sniedjer haram sesen pon x kenal kita. tapi xpa. 4 tahun sekali.

MEmanfaatkan tembok masjid untuk bertenggek.

Restoran Singgah Selalu. Walaupun sudah penuh, tapi sebab penangan nama restoran ni, ramai lagi yang akan Singgah meskipun sudah tiada tempat. takpa 4 tahun sekali..

Melayan dari atas Hilux.

Scene ini lebih membuatkan anda sebak. mereka sanggup duduk di kereta demi semangat bola. tapi ok gak boleh berbaring kan? xpe 4 tahun sekali...

Made in Tawau. cat muka ditaja oleh Nippon Paint

Pakcik masjid selalu memberi amaran. Jangan memasuki kawasan masjid tanpa menutup aurat. Tapi mereka atas pagar masjid kan? so its ok i guess.. haha.. takpe 4 tahun sekali je..

Pandangan dari hadapan

3 skrin, dan 1 LCD tv. belum kira yg tingkat atas lagik. kaya la tauke nih. xpe 4 tahun sekali.

Kita berbeza tapi tetap sehaluan

This is wut football is all about. bringing people together. kau cat muka aku bendera Spain, pastu aku cat muka ko bendera Dutch. Pastu esok mak ko calar muka ko, and mak aku calar muka aku. 4 tahun sekali!

Dari kiri: Iniesta, Torres, Villa, Drogba.

ni suasana Half time. Masih bertenaga!

Dunia baru.

Indahnya world cup. walaupun esok ramai bakal kehilangan kerja kerana tertidur keletihan, itu tidak menghalang kami warga Tawau menunjukkan semangat, dan menunjukkan perut. no hal.. 4 tahun sekali.


GOOOOOL!!!!!

Bagaimana hendak membezakan mana Spain dan mana Netherland? senang. yang menjadi superman terbang itulah spain dan yang duduk tersengih itulah Netherland.

Lama dah aku x besorak macam ni.

kemana menghilang??

MEja yg kosong itu, pernah digunakan oleh penyokong Belanda. aik balik dah bang?? hehehe

Thank you Iniesta!!!

Sorakan yang dinanti..

Pokoknya hanya 4 tahun sekali scene2 sebegini akan wujud. match antara kelab pon x semeriah ini. cakap pasal kelab, alamak xmenarik sungguh jersey Man U season depan. aiseh...

Lagi 4 tahun kita akan bertemu lagi world cup. Persoalannya, adakah kita masih ada pada ketika itu?? Menusuk kalbu bukan? itulah sedikit pedoman untuk kita bersama. semoga semangat bola yang kita miliki tidak melebihi semangat cintakan agama dan bangsa. cewaaaaah!!!
till then, Assalamualaikum....


Credit to TOLA for the pics~~
KLIK tu gambar kalau mau kasi besar..

I'm a cameraman without his Camera...sigh..

Sudah seminggu dia masuk wad.. aku masih lagi menunggu.. betapa bosannya la hidup sebagai penganggur tanpanya di sisi.. luckily i have my streamyx now.. terubat sket luka lara di gusi ku..

Baru tadi parentsku selesai menonton satu reality show dari chanel indon yang terdapat di mahligaiku ini. Rancangan tu pasal org cari jodoh.. seorang lelaki atau perempuan akan memilih pasangannya berdasarkan keserasian mereka. boleh pilih. ramai pilihan disediakan taw. rasanya ada gak show omputih yg semacam ini.. ok bukan itu yg aku nk highlight..

malam ni best sket. yg hendak mencari jodoh itu agak menarik perhatianku. jantinanya jelas. tetapi perlakuannya, tidak jelas. tidak mengerti aku. yaa.. dalam bahasa filipina dia digelar bayut dan dalam bahasa kita, pondan. haha..

Apa beza pondan dan gay?
I dont know since i'm not one of them (PENEGASAN).
tapi mereka mmg ada di mana2.. student? pekerja awam? majistret? lowyer? ahli musik? kasim slamat? semua ada. even now they crawl among teachers (wohohoho...terbaik!!)

tapi tiada la niat sia mau mengutuk..teda2.. walaupun aku bekas ahli anti bayut. haha.. x bagus kutuk orang..
[klik image untuk besarkan, minimize window untuk kecilkan, dan pangkah window untuk hilangkan]

Bagaimana hendak mencegah fenomena lembut ni dari terus menular?
Tanya ustaz..ada jawapanya..
Tanya kauselor.. ada juga jawapannya..
Tanya cekgu..pun ada juga jawapnya..
Tanya Gay... eh jangang ko tanya nanti ko ikuk2 itu sama dia (sila guna logat bugis)

yang pastinya jangan biarkan ia berleluasa. membiarkan saja perkara ini samalah seperti keluar dari tandas tanpa mem-flush lebihan dagangan yang anda hasilkan. Jika dibiarkan, kebarangkaliannya ada dua:

1. mereka kembali menjadi lelaki (syukur)
My experience :
masa semayang jumaat hari tu, aku terserempak dgn junior aku masa di sekolah dahulu. segak bergaya mengenakan baju melayu yang berkilau. jalan dengan gaya maskulin sebenar dan punggungnya statik tanpa belenggok ke kiri dan kanan. sekali lihat pasti tertawan!

tapi masa kat skolah haritu, matanya tidak berkedip tatkala ada lelaki hensem berlalu di hadapannya. dan bila anda memadangnya, dia akan menutup mukanya menggunakan tali lehernya sambil tersipu-sipu malu. hak tuih! seandainya aku kaya sudah ku belikan dia tiket suruh dia pindah ke luar negara (pinjam ayat ustad das)

2. mereka akan bergiat cergas dalam bidang ini (gay dan bayut) dengan lebih serius.
My experience :
masa menonton wayang hari tu, aku terlihat sekumpulan gadis yang mengenakan pakaian sendat dan seksi. muka yg mulus tanpa sebarang jerawat, paha yg putih gebu tanpa sebarang kudis dan gaya gedik mereka memang melambakngkan personaliti gadis milenium. hampir aku bertindak meminta nombor telefon mereka.

kemudian rakanku berkata, 'eh..itu bukan junior kita dulu ka?'. WAAAAH!! tersentak dengan pernyataan itu aku hampir muntah mengenangkan yang mereka itu lelaki. hahaha.. Dats my experience. anda juga mungkin ada. kan kan?

Tapi mereka ni best gak. tidak pernah lagi terjumpa olehku pendandan ataupun tukang mekap sebaik mereka. fashion design, merekalah juara. at least i thought so...

Apapun kepada lelaki di luar sana, berhati-hatilah jangan sampai terjebak. itu saja. aku x nak cakap lebih2. salam 1 malaysia. jangan hapuskan subsidi pendidikan kerana ia memacu pertumbuhan generasi yang gemilang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Untuk Menceriakan Lagi Hidup anda!