Assalamualaikum
[Masih agak kekok untuk makan disiang hari...haha]
Ok, raya datang lagi... waktu yang ditunggu-tunggu oleh semua insan yang hendak menyambutnya. Hari kemenangan bagi mereka yang berpuasa, hari kegemilangan bagi mereka yang berzakat, hari kemakmuran bagi mereka yang beralamal dengan istiqamah. dan juga hari tumpang bergembira dan kadangkala melebih-lebih bagi mereka yang tak pernah puasa. hehe
Entry khas ini ditujukan kepada semua rakan bloggers, tidak mengira bangsa, agama, jantina (lelaki dan wanita sahaja ok). Semoga raya tahun ini memberi seribu satu makna kepada kita semua. Terimalah kad raya khas yang baru aku buat semalam. hehe..
![]() |
*Buras tu makanan tradisi kami kat sabah ni..macam ketupat la lebih kureng~~hehe |
Selamat beraya kepada semua. kepada adik-adik yang bizi menjelajah dari rumah ke rumah, ingatlah:
- Behave sket bila bertamu ke rumah orang
- jangan datang sampai dua tiga kali. mentang-mentangla rumah tu banyak bagi wit raya
- kalau wit raya ciput, jangan komplen. kalau nak wit banyak, gi mintak dgn bapak korang.
- kalau rumah tu tak bagi wit raya, jangan sesekali letupkan mercun kemudian lari.
- jangan main mercun. orang melayu kita ni kreatif. main mercun semua pun nak modify. tengok la time raya cina. penah ke dengar dalam berita ah cai n amoi masuk sepital kena mercun? takde kan? beringat la weh..
![]() |
Bermain bunga api menggunakan helmet lebih selamat. hehe |
![]() |
Super Saiya |
WOkeh... berhati-hatilah ketika beraya. senyum selalu. nangis jangan tak mahu. sekian~~~