Announcement!!!

The blog has moved to


Thanks for your support!!!


Check out this cool stuff:

Showing posts with label Shutterfingers. Show all posts
Showing posts with label Shutterfingers. Show all posts

Tuesday, August 17, 2010

Damai Kampungku... Kampung anda pula Bagaimana? [DSLR mania]

Assalamualaikum


[Nyamuk yang ramai membuatkan aku tidak tenang..garuu..garuu]

Hari ni aku masih ingin bercerita mengenai banjir di kampungku, kampong pasir putih, tawau. Ya sudah lama berlalu. Tapi masih banyak yang belum selesai nampaknya. Terutama pasal bantuan kepada mangsa.

Pagi tadi sewaktu aku ke sekolah, terlihat olehku dua poster di persimpangan masuk ke kampungku. Sebab aku dah terlewat, aku tak sempat la snap gamba poster tu. Apa yang tertulis?

Poster 1 : Undi BN…Dapat Banjir
Poster 2 : Banjir Datang..Pemimpin lari..

Something like that la. Bukan aku nak menyebarkan sentiment politik. Aku bukan orang politik. Juga bukan pelajar politeknik, dan membantah keras poligami tanpa persetujuan isteri pertama. Hak hak hak…

This is just something for us to think for a sec yeaa.. yang pastinya ketika aku balik ke rumah tengah hari tadi, poster tu sudah tiada.

Ok aku nak post gambar lagi hari ni.. kesinambungan outing kami sehari selepas banjir besar yang melanda kampung pasir putih hari tu. Kali ni, materialnya bukan dari kameraku, tapi dari kamera yang canggih 20 tahun ke dapan, my fellow hingusan boy, Enchek sanik. So kalau ada fren2 diluar sana nak cakap “Nice pic!!!”, bolehlah khabarkan ke blog beliau terus. Hehe.

ALL PICTURES ARE COURTESY OF SANIK

Sedikit mengenai beliau, Pelajar Master kat UTM, also a wedding photographer, dan beliau juga buka pada hari ahad. Macam Udani carpets. (Dia yang suh aku bagi credit nih..haih..)
Thats Me..Hero must come first rite?

Tuesday, August 10, 2010

From the Muddy Banks Of White Sand

Assalamualaikum~~

[Berusaha untuk menghasilkan 1 entry per day yeaah!!!]

Ok, sebagai mukaddimah, cerita best seorang guru. walaupun ini mukaddimah, rasanya ini ja kot orang baca. hak hak.

Selain Sains, aku juga mengajar Pendidikan Moral. mmg agak perit memandangkan moralku sendiri boleh dipertikaikan ramai pihak. Tempat aku mengajar mostly Muslim pupils. so student Moral aku hanya ada 3 orang je. Sorang tu plak kaki ponteng. so tadi aku soal siasat la dia.

Aku : Vince, kenapa semalam tak datang?

Vince: DAtuk saya meninggal di nunukan cekgu. dia meninggal dengan sepupuku.

*Nunukan is a place in Indonesia.

Aku : Ko biar betul. kawan2 awak cakap setiap kali x datang sekolah pun alasan awak ni saja. kamu ni ada berapa datuk juga? napa kali ni dengan kazen2 kamu pun mati sekali?

Vince: biasanya yg mati tu nenek saya cekgu. kali ni datuk saya yang mati.

(time ni aku dah tau dia merapu tp aku layan je)

Aku: Ramai juga nenek kamu ni. Habis tu kamu pi Nunukan la semalam?

Vince: Iya Cekgu. saya pi sana buat PasSport. kalau buat Pasport bayar RM30 boleh pakai sebulan kan cekgu...?

~~~Mak aih aku hilang semangat untuk melayan. apa leh wat..baru dejah 4..hahaha...

Wokeh sekadar itu mukaddimah. aku nak Letak gamba time kami outing kat lalang2 di sekitar kampung Pasir Putih.

Event ni berlangsung Sehari selepas Banjir besar melanda kampungku. Bukan kami tidak mahu menjalankan Khidmat negara dan membantu mangsa2 banjir, tapi aku sendiri sudah penat semalaman membersihkan rumahku. (alasan)

Gambar Biasa tapi dihiasi aksi childish mmg aku suka

Saturday, August 7, 2010

Di sebalik Peristiwa Banjir Kg. Pasir Putih

Assalamualaikum...
[Berbekalkan mood yang agak DOWN aku menaip entry ini]

Merujuk kepada tajuk post di atas, Ramai yg sudah sedia maklum kampung tempat tumpah darahku, Pasir Putih, Tawau telah dilanda banjir terbesar dalam tempoh 10 tahun ini. Anggaran kerugian RM60 juta. dalam 500 rumah terbabit. Kehilangan nyawa pula, tidak dapat dipastikan. hopefully no life casualties.. Lebih menyedihkan dari kisah Luna Maya kehilangan kontrak, dan lebih menyayat hati dari statement Cut Tari kepada media. hehe..

Where is the bridge? u jump i jump!!

Ya banjir itu berlaku beberapa hari lepas. mengapa baru hari ini aku sebok hendak mengempen disini?
1. internet aku baru sahaja kembali pulih
2. aku menunggu cerita2 best dari orang kampung untuk dikongsi bersama.
3. aku outstation beberapa hari ni. berjuang menjadi seorang pendidik.haha

Ok lets move on.. kebanyakan rakan sedaerahku menceritakan apa yang dapat kita lihat kesan banjir tersebot (Click Here). And if u want to see some nice pic from the scene, visit my fren brader sanik.

As for me, hadirnya aku disini ingin menceritakan kesah yg agak menarik di sebalik tabir tragedi ini. sedikit gambar yg aku amik akan diselitkan bagi mengelakkan kebosanan anda ketika membaca (kalau ada yg baca la).


"Luckily i have 6 life" - Kata sang kucing...

Front view of my good fren Nurul Huda's house. hampir kesemua bahagian rumah tenggelam.

FIRST story. Ada sorang warga emas kat kampung nih. Sebatang kara, dan kekurangan upaya kerana bisu. Saya ulangi, Bisu. Beliau tinggal di berseorangan di rumahnya (rumah dia agak uzur gak la). Disebabkan beliau sudah tua, dan kurang mampu, hidupnya diteruskan dengan meminta makanan dari jiran2 yang berbelas ihsan.

Hope insuran boleh cover avanza ni..

So ada la rumah sorang mak cik ni tempat Uncle tu slalau meminta makanan. setiap hari mak cik ni memberinya nasi. Uncle ni juga agak nyanyuk sket. kadangkala beliau terus masuk sahaja ke rumah mak cik tu dan mengambil semua makanan tanpa meminta izin. maka seringlah uncle ni kena jurus amarah si mak cik tersebut. namun tetap pula dia diberi makanan. its hard to find good people these days...hmm

And then The flood strikes. Banjir melanda kampung ini. Rumah si mak cik tadi teruk terjejas. tapi lebih menyedihkan, rumah c pakcik bisu tadi telahpun dihanyutkan air, bersama-sama pakcik itu sekali. Everyone thinks he's gone. Mak cik tadi pun agak terkilan dan menyesal kerana sering memarahi uncle tadi tu. kini dia telah tiada.

Bukan menolak untuk menghidupkan enjin, tetapi menolak kerana enjin xleh nk hidup.

Masuk kepada kejutan cerita, sedang makcik ni dan keluarganya mengemaskan rumahnya, tup tup, uncle yg bisu tadi tetiba muncul di hadapan pintu, dan meminta makanan seperti biasa. wah! pakcik ni hidup lagi~~ kata mereka. tapi yang lebih mengejutkan, pakcik tu dah boleh berkata-kata, yakni tidak bisu. saya ulangi, tidak bisu. He said something like this : 'Habis Baju seluarku hanyut' ~~Ofcoz bahasa yg digunakannya ialah bugis. aku hanya translate saja.

Cemana benda ni boleh berlaku? i'm in no position to tell u. kuasa Allah... (kalau betul berlaku la)

SECOND story. pun melibatkan warga emas jugak.


12 jam selepas kejadian

Uncle yg satu ni plak tinggal menumpang di sebuah rumah keluarga kat kampung nih. Dia ni dah agak tua la jugak. Nama pun dah tua, sudah tentu beliau tidak mampu bergerak bebas apatah lagi berShuffle. So u think he can dance? nope.

Nak dijadikan cerita, malam tu rumah mereka ni pun dinaiki air gak. maka huru-haralah seisi rumah menyelamatkan apa yang patot. sampai suatu tahap, mereka terpaksa membocorkan siling dan memanjat ke atas deck rumah bagi meyelamatkan diri.

Bukan HULK saja yg boleh meretakkan jalan. Banjir juga boleh.

Memanjat? tentu sedikit perit untuk diterima seorang warga tua yang mengunyah nasi pun mengambil masa setengah hari. Dia tidak mampu untuk memanjat sedangkan semua penghuni rumah sudahpun berada di atas deck. Apa yang dilakukannya?

Yeah..beliau mencapai tali yg diyakini kuat dan mengikatkan dirinya pada sebatang tiang yang terdapat di dalam rumah tersebut. And then, the water rise. air semakin lama semakin lah naik. Berapa tinggikah air itu naik? lihat gambar di bawah:

nah.. Garisan itu menandakan paras air ye kawan2. seperti yg tertera di atas, paras air mencecah gigi model itu. Credit to Herlina.

Air sudah mencecah leher, dan anda pula terikat pada tiang. How to survive? Pakcik tu terpaksa mendongakkan kepalanya. cun-cun muka dia ja kat permukaan air. Dapat bayangkan? Bagus! so dia bolehlah bernafas. how long did he stayed like dat? As long as it takes.

Lepas tuh air pun surut. pakcik tu pon dilepaskan dari ikatannya. Unfortunatelly, malang buat pakcik tu sebab kepala beliau kekal TER-dongak ke atas akibat terlalu lama mendongak ketika banjir tadi. Dapat bayangkan lagi? Bagus!

Sehingga kini, status dongakan kepala pak cik tu aku x tahu tetapi hopefully beliau dah ok.

Kerusi yg banyak ini bukan menandakan ada kenduri kahwin bakal berlangsung ok!

Satu benda yang menarik bagiku : Bila banjir melanda ni, semua harta yang kita sibuk kumpul akan musnah. Rumah dipenuhi lumpur. Harus dibersihkan. Ketika itulah kita dapat menyaksikan apakah perbezaan antara orang yang banyak harta dan orang yang banyak anak.

Orang yang banyak harta terpaksa membersihkan hartanya yang banyak dengan bantuan anak yang sedikit. Lama!

Orang yang banyak anak pula mebersihkan hartanya yang xbanyak dengan bantuan anak yang ramai. Kejap je!

Moral: So, Buatlah anak banyak2. dan pastikan mereka soleh. bukan solekeh. (selekeh)

Camna nk basuh smua ni? mesin basuh pon dah hanyut!

Harta. Semua itu tidak kekal.

Datangnya Harta benda ini ke rumah dengan lori. perginya ia juga turut menggunakan lori.
P/s: lori kat atas ni pernah menghantar & menjemput aku ke sekolah selama 12 tahun. amazing how life can be~~

60 juta bukannya sedikit. Bayangkan berapa ribu kali anda boleh naik umrah dengan jumlah itu. sehingga habis cop di imigresen cop pasport anda sekalipun, anda masih boleh umrah lagi.

Jika selama ni aku hanya melihat kotak televisyen yang dibuang orang hanyut di hadapan rumahku, kini aku boleh melihat TV LCD hanyut dibawa arus banjir di kampungku. (Mak cik belakang rumah aku jumpa 2 ketul LDC TV)

SEbuah kedai yang teruk terjejas.

Ramai kata TRITON tahan lasak. Tp ttp akur ditangan towing car. haha

Walaupun musibah melanda, my sweet village-mate rata-ratanya redha dengan ujian yang melanda. akur dengan ketentuan Ilahi, jadikan ini satu pengajaran buat kita semua. hidup kena diteruskan. be happy!

Semangatku, takkan luntur~~Butterfingers

kids..huh!

brader ni cakap; "kalau sedih2 pun bukan semua harta ni datang balik. so baek aku hepi~~"
MOTIVATION!!!

Bagi aku, bagi 60 juta kat penduduk kampung ni pon x guna. Banjir ni akan terjadi gak kalau proper action is not to be taken. c Ermond cakap, benda ni ada kitarannya. 10 tahun sekali. pakcik blakang umah aku pon cakap. 10 tahun sekali mmg banjir ni berlaku.

sungai yang sepatutnya lebih efficient....

apo nak dikato~~~

Rumah yg kehilangan tiang~

Rumah ini tidak di design sebegini rupa ya!

Apapun, diharapkan musibah ini tersirat seribu satu hikmah disebaliknya. Segala yang berlaku itu adalah ketentuanNya dan kita sebagai hamba haruslah menerimanya dengan tabah dan sabar. (Rasa-rasa aku bley join imam muda ka next season?)

------------------------------------Tear Drops in White Sand------------------------------

Thursday, July 15, 2010

Waka Waka yeay yeay!!! Takpe 4 tahun sekali...

Piala dunia edisi ke yg ntah ke brapa ni sudahpun melabuhkan tirainya...
sejak awal bermulanya pertandingan berprestij ini, sama seperti insan lain, aku menetapkan team ayamku, yakni team pilihan untuk disokong di dalam piala dunia.

At first, i have chosen England as my 1st team and spain as my 2nd.

Hampir setiap malam asap keluar dari lubang hidungku mengenangkan match yg disiarkan di tv 1 amatlah tidak menarik perhatian. kalau ada yg best pun, TERTUNDA.

Tapi bak kata Hj Hasbullah awang, kita kena bersyukur dgn apa yg kerajaan bagi. i guess so. brader2 kat korea utara nuh lagi la. team depa masuk final tapi nengok match rakaman ja.

Inilah penangan tiada astro. tambah memeritkan lagi, most of the team i support mmg lah ayam. England? mak aih. Kelibat si Robert Green tu mmg la membuat jus gasterku bergoncang. Rooney plak.. aih kasihan bah. hatiku hancur berkecai melihat England dimusnahkan German.

And then aku sokong lah Argentina. Dont cry for me Argentina. coz we cry for u first. Sedey seh tgk mereka pon di-Ayamkan oleh German. Tapi xpe, Brazil ada. Walaupun tiada kelibat Ronaldinho dan gigi beliau, serta Cafu dan suara katunnya, Brazil tetap melangkah gagah. But as usual, asal namanya team ku, pasti kandas. Dont cry for me Arjen Robben. ternyata Ayam belanda tidaklah se-ayam mana.

My last chance of glory, SPAIN. Puyol taruhanku. bermula ayam apabila kalah dgn Switzerland dan meneruskan dgn garang apabila menang yang lainnya. kamu pon tau kan?

Gol PUYOL ketika menewaskan German sangat2 memberiku inspirasi. Jika ada familyku yang melahirkan anak pada ketika itu, pasti aku memujuk mereka menamakan anak itu Ahmad Puyol ataupun Siti Norpuyol.

At last Spain melangkah ke Final. Punya la hepi aku. sempena malam final tu, aku pun meminjam van bapakku untuk turun ke bandar. Walaupun pada awalnya ibuku memberi tentangan, namun atas kesedaran semangat bola, tanpa ikhlas dia memberi kebenaran.


Ini cerita Final World cup at Restoran Singgah Selalu, Tawau. bukan niat untuk mempromosi, sekadar ingin mengongsi.


Saudara John dan Tola.

Mengenakan sepersalinan baju merah. menandakan SPAIN sebagai idola. Saudara John memang meminati Spain. Beliau mempunyai darah Filipina dan pernah di jajah Sepanyol suatu ketika dahulu. Thats where he got his Torres-like face. hehehe...


Me and John

Tidak ku temui baju merah malam tu. yang pastinya kami tiada meja. merempat menggunakan kerusi ja. tapi tidak mengapa. Semangat BOLA tetap membara. orang KL cakap, SemangEt bolE.

Antara sebab kami tiada tempat

Kami sampai pukul 1 bai.xde tempat wa cakap lu.. dengar2 ada yang telah tiga hari duduk disini untuk memastikan tempat mereka ada.

Suasana sejam sebelum match

Ni pun dah riuh gila. God Bless Tawau,

Spanyol!!Spanyool!! Spanyoool!! Boooo Belandaaaa!! BOOOOOO....

Conteng muka? PErkara biasa. gunakanlah cat air. mudah tanggal ketika hendak semayang suboh.

online atas motor pun jadik laaa

Begitu semaraknya semangat bola di negara kita. Sanggup mewarnakan badan. sedangkan Wesley Sniedjer haram sesen pon x kenal kita. tapi xpa. 4 tahun sekali.

MEmanfaatkan tembok masjid untuk bertenggek.

Restoran Singgah Selalu. Walaupun sudah penuh, tapi sebab penangan nama restoran ni, ramai lagi yang akan Singgah meskipun sudah tiada tempat. takpa 4 tahun sekali..

Melayan dari atas Hilux.

Scene ini lebih membuatkan anda sebak. mereka sanggup duduk di kereta demi semangat bola. tapi ok gak boleh berbaring kan? xpe 4 tahun sekali...

Made in Tawau. cat muka ditaja oleh Nippon Paint

Pakcik masjid selalu memberi amaran. Jangan memasuki kawasan masjid tanpa menutup aurat. Tapi mereka atas pagar masjid kan? so its ok i guess.. haha.. takpe 4 tahun sekali je..

Pandangan dari hadapan

3 skrin, dan 1 LCD tv. belum kira yg tingkat atas lagik. kaya la tauke nih. xpe 4 tahun sekali.

Kita berbeza tapi tetap sehaluan

This is wut football is all about. bringing people together. kau cat muka aku bendera Spain, pastu aku cat muka ko bendera Dutch. Pastu esok mak ko calar muka ko, and mak aku calar muka aku. 4 tahun sekali!

Dari kiri: Iniesta, Torres, Villa, Drogba.

ni suasana Half time. Masih bertenaga!

Dunia baru.

Indahnya world cup. walaupun esok ramai bakal kehilangan kerja kerana tertidur keletihan, itu tidak menghalang kami warga Tawau menunjukkan semangat, dan menunjukkan perut. no hal.. 4 tahun sekali.


GOOOOOL!!!!!

Bagaimana hendak membezakan mana Spain dan mana Netherland? senang. yang menjadi superman terbang itulah spain dan yang duduk tersengih itulah Netherland.

Lama dah aku x besorak macam ni.

kemana menghilang??

MEja yg kosong itu, pernah digunakan oleh penyokong Belanda. aik balik dah bang?? hehehe

Thank you Iniesta!!!

Sorakan yang dinanti..

Pokoknya hanya 4 tahun sekali scene2 sebegini akan wujud. match antara kelab pon x semeriah ini. cakap pasal kelab, alamak xmenarik sungguh jersey Man U season depan. aiseh...

Lagi 4 tahun kita akan bertemu lagi world cup. Persoalannya, adakah kita masih ada pada ketika itu?? Menusuk kalbu bukan? itulah sedikit pedoman untuk kita bersama. semoga semangat bola yang kita miliki tidak melebihi semangat cintakan agama dan bangsa. cewaaaaah!!!
till then, Assalamualaikum....


Credit to TOLA for the pics~~
KLIK tu gambar kalau mau kasi besar..

Monday, June 28, 2010

Taman Bukit Tawau.. again and again...

Common lah bro... Table? is that the besy u GAYs can do??

Diam kau...kita kena bangga dgn Table. satu2 nya tempat peranginan di Tawau yg easily reachable dan sejuk airnya..

Ceh.. So this is like the ten thousandth time u GAYs went there...how many person this time? 20? 30?

Dengki la tu x dibawak... ramai jugak la kami..dalam 4 orang...

Thats me...

Photobucket

si Tola

tol


Ermon...

mon

and ofcoz Ridek..

dek


Those were the days... remember the old times.. where u all used to go there with a large battalion?

Ya loohh... dulu ramai seyh... skrg ni susah da bai...

Signboard pokok tertinggi tu menjadi saksi..

2
Camping Year 2006

Setiap edisi akan memperlihatkan pengurangan peserta...

3
Camping year 2007

Dari gemuk menjadi kurus...dari hitam menjadi lebih gelap.. dari six pack menjadi boroi... masa berlalu bgitu sahaja..

12
Year 2008 Extreme journey

yang ni latest lah...butter late than never..

c
Year 2010 Mini Picnic

From hp camera..and then digital camera.. then using SLR.. not bad lah u all...

Tau takpe.. wlupun kami sket ja msh juga ada peserta tambahan la...thanx to wancak and the gang... nah awek yang bawak beg nikon tu ada dalam previous entry aku. yg pasal kebakaran tu.. kecik seyh dunia

b

So then, activities? other than mengusha awek?

Owh.. tentulah amek gambar.. dengan posing2 yg agak kurang senonoh..itu pasti..

a

That one mu tokse royak pun kawe tau doh.. what i meant, is there any special activities? events? or something interesting that can make us jelezzz????

haha ya ka... ehmm... lets see.. nama pun table.. benda2 yg akan kmu wat dsana mmg sudah obvious. tp aku crita jugak la. yg pasti ada bila kamu kesana, tentulah budak2 lago-lago. Kepada non-Tawau citizen, budak lago-lago ni merujuk kepada golongan remaja hyperaktif, nakal, dan boleh dikatakan brutal. tapi tidak semua jahat. ada yg hormat orang tua. Mereka suka menyewa bas untuk datang ke mari.

apa yg pereka buat? itu pun sangat obvious:
1. Mereka akan membawa gitar dan melalak beramai2.
2. mereka akan bermain cicit (main kejar2 di dalam radius kawasan nih)
3. mewarnakan rambut dgn tanah merah
4. mengganggu awek2 yg berkeliaran.
5. menggoncangkan jambatan gantung (damn..)

Tapi dak2 nih best jugak kl diperhati. lagu2 yg mereka bawakan semua up to date, dan aksi2 mereka sungguh menghiburkan.

q

antara berani mati ataupun penakut hidup? siapa yg tahu..

ni yg terbaek aku leh snap la..

The DareDevil Lago2 Logpond

Berhimpunnya Lago-lago Logpond di bawah panji-panji Table..hahaha

cvb

Hahaha...quite intresting lah.. and then what? its that all what u've got?

Rilek bai... mende lah ko ni... pastu kami gi ayag therjun bukit gelas. dalam 2++ km kl tak silap. On the way pi sana, benda2 yg sama seperti perjalanan dahulu tetap akan dilalui. Antaranya:

Jalan onak berliku berduri berdarah..

r

Pacat... sowi la out of pokus sket..

e

then singgah amik gambar di checkpoint pertama. haha

t

Mengimbau kenangan lama...mmg lama gilak...

Suatu ketika dahulu...di tempat yg sama c ermon dan ridek dalam gambar di atas ni berdiri..

zzxc

Zaman tuh masih pakai kamera filem bai..bukti betapa lamanya ukhuwwah kami terjalin (pinjam ayat2 blog Perpis)

zxc

Those were the days.. pity u guys...

haha...biasssaaaaa jaaaa..... bebulu sudah semua kan... Yang pastinya setiap kali ke table, baju si ridek tetap berwarna oren..oren nada...ok sambung lagik...

penat lah jalan baru sampai... tapi sampai sana, lumayan la...terbayek dari ladang.

d

Satu benda yg agak menarik kali ni ialah keberanian kami untuk pergi dekat dgn air terjun tu. Selama ni paling dekat kami berani rapat ialah sejauh yang boleh. hak hak.. sila rujuk lampiran di bawah...

dfgh

Biasalah..orang2 tua cakap, tempat macam ni keras sket. sebab banyak batu kan. Tapi seryesly kami pernah merawat seorang gadis lago2 logpond yg histeria disini. Yg ubat tu member kami si Arvin. kalau perlukan khidmatnya boleh hubungi beliau di UIA. dia juga buka pada hari ahad.

mcm yang aku cakap tadi, dis time kami berjaya menakluki sepenuhnya air terjun ni. lihat saja pencapaian si wancak..

hgf

Sori la blur sket. masuk wap dah lens aku time ni..hehe

Owh ya.. bukan kami saja ada di sana. lihat ni. 98% aku yakin bahawa mereka ini anak bangsaku. Advance bukan? Pengaruh Beyonce kot..

bnm

Sekumpulan budak lago2 bersama awek mereka turut serta menjadi subjek di lens kamera kami.

mnb

Isk2.. kids these days..

Umur2 mcm ni la hormon tak brapa nak stabil. nk wat camna kan...

fhdfjhd

Emm..tu je la kot.. anyway edisi kali ni best pada tahap yang biasa ja. Dulu lagi best rasanya. Pacat kali ni pun baek semacam ja. Dulu agresif sampai hinggap di ketiak saudara Abdullah. Gambar takat ni ja la. balik tu hujan lebat. pun sesuatu yang biasa. hopefully di masa akan datang, something more intresting exciting will happen.

OWh thats all?? Em... i guess its okay i think.. hehe..

Iye2 je engko.. Duk Tawau ni xda la boring mana. asal ada anggota semua boleh jalan. Lepas ni aku akan masuk silent mode. esok mau bagi balik dah broadband c harma ni. God bless her. Adios Adidas Amigos yugoslavia.~~~~

y

[KAMERA AKU NI TAKKAN MATI SELAGI BATERI AKU TAK MATI SKALI]

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Untuk Menceriakan Lagi Hidup anda!