Announcement!!!

The blog has moved to


Thanks for your support!!!


Check out this cool stuff:

Showing posts with label DSLR. Show all posts
Showing posts with label DSLR. Show all posts

Wednesday, April 20, 2011

Good Morning Sir..

Assalamualaikum
Hampir dua minggu tidak mengupdate blog. Terasa suram sahaja disini. No worries, for now I’m here. Ternyata kesibukan dunia tiada penghujung. Walaupun kadangkala kita seperti tiada kerja, tapi tetap terasa sibuk. Agree?

Hari ini dengan penuh rasa poyo aku melangkah masuk di sebuah kelas untuk merilief seorang rakan setugas. Dengan membawa netbook jenama 1 malaysia, aku duduk di meja guru dan membuka netbook aku. Tanpa melihat ke arah student di hadapan, aku mengarahkan mereka untuk membuat kerja sendiri. Berlagak bukan? Macam aku seorang saja yang ada netbook.

Dan kemudian datang seorang pelajar dan berkata; “Cikgu, boleh pinjam pendrive? kami mau transfer lagu mp3 ke dalam leptop kami..”

IMG_0064 copy

Wah aku tiba-tiba rasa terkejut. How on earth did my students have access to all that stuff?? For a rural area students, that seems quite impossible. lalu aku pun memandanglah ke arah mereka semua. Wow! 9 orang pelajar mempunyai netbook di atas meja mereka. juga berjenama 1 Malaysia. Hilang mood berpoyo aku. Kalau aku punya tadi jenama canggih siikit tidak mengapa lah juga. Ini, sama jenis. Haha..

Monday, March 21, 2011

Tokek, Tudung Maksiat, & Gay


Assalamualaikum

Tamat sudah cuti sekolah. Semua terasa pemergian cuti. Pelajar sekolah gelisah untuk menempuh hari esok kerana banyak kerja sekolah belum siap. Tapi dalam masa yang sama sungguh excited untuk bertemu rakan kerana banyak benda dalam seminggu ni mahu di ‘share’ bersama rakan. Tapi ingat, berhati-hati ketika berkumpul dan bercerita. Silap langkah kamu mungkin akan dilempar botol.

Ibu bapa pula, pada hari ini sibuk menguruskan anak. Check rambut, buku, baju, dan kasut. Adakah semuanya lengkap dan mencukupi. Rambut yang panjang akan dipotong. Baju yang kusut akan diseterika, dan kasut yang rosak akan diganti. Namun ramai ibu bapa terlepas pandang akan satu perkara. Cuba lihat ke dalam lubuk lubang telinga anak anda. Sudah dikorek atau belum? Ya. Ramai yang masih tidak menyedari akan pentingnya menyingkirkan inti roti kaya yang terdapat di telinga anak-anak anda. Amat tidak manis jika dibiar bertakung disana. Apalagi yang sudah mula meleleh. Nice! (aku bercakap ni berdasarkan pengalaman melihat muridku juga)

So apa kaitan dengan tajuk entry pada hari ini? Tiga benda di atas tu merupakan keyword yang paling hangat di blog aku. Walaupun blog ini tidaklah sehangat mana, tapi keyword tertinggi tetap ada.

Tokek. A type pf creature that suddenly become famous around the globe. aku ada buat dua entry merapu yet informative pasal makhluk ni. You can check it out HERE and HERE.

Tudung Maksiat. Ni yang aku pelik. Aku pun tidak tahu bila aku taip pasal benda nih. Dari pemahamanku, tentu si pencari google ini ingin mencari info, gambar, atau lebih best lagi, VIDEO, pasal insan-insan jahil yang terlupa melucutkan tudung sebelum beraksi dihadapan lensa video 3gp. Am I right? anyway, check out this ENTRY..

Gay. Ni yang cek suka ni. Boleh tengok post aku yang INI. Semakin menjadi trend dan dilaksanakan dengan meluas dewasa ini. “Saya Gay, Saya ok…” Itu dia tagline yang boleh dijadikan visi sebuah syarikat. Haha. Untuk memeriahkan lagi entry pada kali ni, ni ada beberapa gambar yang kami amik beberapa hari lepas. This may look gay, but trust us, we are a good boyfriend to a cute and nice girlfriend of ours.

IMG_3064

Thursday, March 17, 2011

Camporee Pengakap Ke 4. Kem Tiku, Tawau



Assalamualaikum.

Hepi yeay yeay yeay
Hepi yeay yeay yeay..
Kami suka Pengakap saja..
Siang menjadi kawan..
Malam jadi ingatan..
Cintaku.. Semakin mendalam..

Itu merupakan antara bait-bait lagu pengakap masa aku sekolah dahulu. Frankly, waktu sekolah menegah dahulu aku sebenarnya anggota Kadet Remaja Sekolah (KERAS). haha. Tapi entah bagaimana kami sering terjerumus dalam mengikuti program-program perkemahan pengakap. Semua itu memang sengsara. Tapi itulah kenangan!

Pada 16.3.2011 aku berkesempatan menghadirkan diri pada majlis penutupan Camporee Pengakap Ke 4 di Kem Tiku, Tawau. Sudah pasti ini merupakan satu lagi gerakan kami dari Tawaubloggers. Jika anda seorang blogger dan anda berasal dari Tawau, andalah yang kami cari!! – iklan sekejab.

Camporee ini disertai bukan saja oleh peserta dari Tawau semata-mata, tetapi juga dari Semporna, Lahand datu, dan yang paling best, Dari indonesia. Ya ini bukan cincai. International bak kata macik-macik Bugis. Dalam masa terdekat ni pastinya web Tawaubloggers mengeluarkan liputan menyeluruh mengenai camporee ini. So be sure to check it out ok.

Ok mari mulakan merapu. Walaupun dulu aku ni bukan officially pengakap, tapi keterujaan sebagai seorang pengakap itu tentunya aku pernah rasa. Dari ikrar sampai ke lagunya, aku tahu. Sebut saja dimana. Table? Tiku? gunung Kinabalu? semua tempat itu kami sudah pernah jelajahi untuk berkemah! Oh gunung Kinabalu tu aku tipu. Jangan percaya.

IMG_8769 copy copy

Monday, March 7, 2011

Separuh Jiwaku Pergi..


Assalamualaikum

~~This is a non-jiwang Entry.. TQ~~

Sudah beberapa ketika agaknya..
Aku bersamanya..
Betapa susah aku mendapatkannya..
Tuhan saja yang tahu SENGSARANYA..

Jangankan Ibu bapa..
Kawan-kawan pun ada yang tidak restu aku bersamanya..
almaklum aku bukan siapa-siapa..
Mahu pula memiliki yang sepertinya..

Atas semangat Malaysia boleh..
Dia berjaya ku peroleh..
Cinta kami bukan selekeh..
Walaupun aku tak berapa soleh..

Cinta kami kian berputik..
Hatiku seTotalnya dia petik..
Bila bersamanya bulan sanggup ku Pitik..
Cinta itu buta walaupun kadangkala kilik.

Ku genggam dia kemana ku pergi..
Ku belai dia setulus hati..
Walaupun aku slek di bahagian gigi..
Aku dan dia, cinta mati..

Dari matanya kulihat duniaku..
Cahaya wajahnya menerangi langkahku..
Pantulan semangatnya menjadi momentumku..
Melawan inersia yang terhasil dari jasadku..

Kini aku bekerjaya..
Tinggi cita-cita walau belum berjaya..
Setiap masa dihatiku ada namanya..
Namun hakikatnya terabai rasa dijiwanya..

Aku dengan duniaku yang mengejar dunia..
Walhal dia perlu aku untuk merasa apa itu bahagia..
Tinggallah dia di dalam kotaknya,
Sedang aku makan sanggar Pappek dengan lahapnya..

mungkin bosan dengan situasi ini,
dia meminta ku lepaskan dia pergi..
Mungkin dia mahu ke Itali, ataupun naik haji..
Kemana saja asalkan dirinya bukan milikku lagi..

Ya life must go on..
But I’ll keep holdin’ on..
If it wasn’t for you, my only one,
I’ll still a nobody, close on becoming a moron..

I will miss you.. my Eos 1000D..

IMG_8582
[WTS] Used Canon Eos 1000D. Age 2 years old. Good condition. Shutter count around 8k++. Best choice for beginners. Love this baby so much.
Package include : Canon eos 1000D complete set + 18-55mm IS lens + 4gb sd card. (Kotak tiada sudah..haha)
Warranty : Finish olredi..
Dealing method : COD or postage (COD kat Tawau or Lahad Datu ok..hehe)
Price : Rm 1000 (Boleh bincang lagi tanpa segan silu)

~~Wassalam~~

SudirSuichi

Thursday, March 3, 2011

Aku suka menembak



Assalamualaikum

Ya aku sibuk. All here and there. Banyak harus disetelkan, banyak masa diluangkan, banyak fulus dihabiskan. Di luarnya tenang tapi Tuhan saja yang tahu. deep down inside you’ll still feel empty. Sebab, there is no one to share it with. Ok aku merapu.

Tapi betul jugak la. What people do to you is sometimes the reflection of what you did to people. Aku semakin mengerti dan terima seadanya. Nah aku merapu lagi. I really miss you.

Aku mau wat entry pendek saja. Dengan ditemani lampu broadband yang sudah mula bertukar biru ni aku mencuri masa selama sejam untuk melayan hobiku. Edit gambar dan update blog. Cayalah dir kau memang cemerlang walaupun ramai yang tidak mengakui ko ni hensem.

Dua weekend aku yang lepas dihiasi dengan aksi-aksi menembak. dengan kamera, of course. Sesuatu yang menarik pasal menembak dengan kamera is, the person that you shoot will not die. Jauh lebih baik berbanding menembak menggunakan pistol. So aku suggest banduan yang disabitkan kesalahan memiliki senjata api ni diperkenalkan dengan bidang fotografi.

2

Saturday, February 26, 2011

Sesuatu yang lebih best dari Playstation



Assalamualaikum

“Sudah lama tidak update…”
“Wah.. blog aku dah berhabuk…”
“Kebelakangan ini aku sibuk…”
“Internet slow la…”

Pernyataan di atas merupakan beberapa mukadimah popular bagi mereka yang sudah lama tidak meng-update blog.

Ternyata hidup bekerja tidak seindah masa menganggur dahulu. Bila bekerja banyak masa dan saat gembira terpaksa dikorbankan. Masa bersama Hobi terpaksa dikurangkan, masa bersama keluarga terpaksa dihadkan, masa bersama cewek pun semakin kesempitan. Hal-hal beginilah yang mampu mewujudkan keretakan dan perselisihan faham sehinggalah munculnya orang ketiga untuk menamatkan segalanya. Isk isk..

Dewasa ini kita, golongan muda remaja telah dihujani dengan pelbagai alatan untuk menghiburkan diri. Contohnya, Playstation, Xbox, PSP, WII, dan banyak lagi. Aku akui semua itu memang best. Kadangkala ada anak-anak yang sanggup menjadi pelajar cemerlang, mulia akhlaknya, soleh, tidak solekeh, semata-mata untuk mendapat hadiah sebegini semasa tiba hari lahir mereka.

Aku juga tidak terkecuali. Semasa kecil aku juga tergolong dalam kumpulan kanak-kanak yang akan berhati busuk dan dengki dengan rakan jika mereka mempunyai permainan yang lebih canggih dariku. Dahulu, barang siapa yang mempunyai game Micro Genius, seperti Super Mario, Tetris, Duck Hunt, dan Galaxian sudah pasti boleh dinobatkan sebagai kanak-kanak paling bertuah sepanjang zaman.

Namun adakah permainan sebegini memberi nikmat yang paling best dalam berhibur? Aku rasa tidak. Beberapa minggu yang lalu semasa aku melayan karenah studentku semasa aktiviti ko-kurikulum, terlintas di ulu hatiku akan perkara ini. Sometimes we don’t need all that fancy gadget to have fun. So aku nak ajar kamu bagaimana mahu berseronok dengan hanya bermain catur, congkak, dan beberapa permainan lain. Haha.

IMG_8591 copy



Saturday, February 12, 2011

Yang pertama kahwin ialah dia..

Assalamualaikum
Kahwin. bagi seorang lelaki ia adalah perkara kedua yang sangat dinantikan dengan penuh debaran selepas bersunat. Walaupun ketika berkahwin kek akan dipotong tidak seperti ketika bersunat, namun yah.. perasaan itu hampir sama. Mendirikan rumah tangga adalah impian setiap insan. Hatta Gay dan Lesbian pun mengimpikan untuk berkahwin meskipun mereka bernafsu songsang.

Jadi persoalan yang sering wujud dalam kalangan rakan taulan ialah, ‘siapa yang akan kahwin dulu?’

Adakah si A, si lubang hidung besar tapi tidak pernah kering dumpitnya?
Adakah si B, si kacak macho yang macam gigolo gayanya?
atau adakah dia si C, si cantik manis yang sudah pulih jerawatnya?

Jodoh di tangan Tuhan. Sukar untuk kita meneka sehingga kita diTag pada album kad jemputan di facebook.

Sekalung tahniah buat pemecah kebuntuan isu perkahwinan kami. Cik Nurul Huda. Atau lebih tepat lagi, Puan Nurul Huda. Dan tidak lama lagi, Mak Cik Nurul Huda. You are going to miss having the title ‘miss’ in front of your name. hehe.

IMG_8438 copy


Telah selamat diijabkabulkan pada 5 februari 2011 yang lepas dalam sebuah suasana majlis yang cukup gilang gemilang dan begemerlapan. Oh ya. Yang di atas itu ialah gambar beliau. Dan yang agak tersembunyi disebalik tabir itu tentulah suaminya. Encik Bak. Bukan mak andam mahupun penyanyi karaoke pada majlis tersebut.

Tuesday, February 1, 2011

Lion Dance is Tarian Singa..


Assalamuaalaikum

Pembiasan cahaya. Fenomena ini boleh berlaku apabila cahaya merembat melalui dua medium yang berlainan ketumpatan. Contohnya, apabila cahaya merembat dari udara ke dalam air. Satu contoh pembiasan yang biasa kita lihat dalan kehidupan seharian ialah, straw minuman di dalam gelas berisi air kelihatan bengkok. Satu lagi contoh ialah, kedalaman kolam kelihatan lebih cetek dari kedalaman sebenar. Pokoknya, pembiasan membolehkan kita tertipu dalam melihat.

Aku : Ok klas… Faham sudah kamu apa itu pembiasan ka?
Murid : Faham suda cikgu. Benda macam ni budak tadika pun tahu.
Aku : Wah..Bagus la kalau macam tu. Senang kerja. Hamdan! bolehkah kamu bagi lagi satu contoh pembiasan cahaya dalam kehidupan seharian selain yang cikgu bagi tadi?
Hamdan : Boleh cikgu! Contohnya begini ya. Pada suatu hari saya berjalan melalui sungai. Saya ternampak seekor biawak di dalam sungai itu. Saya pun terjun la untuk menangkap biawak itu. Setelah saya terjun, baru saya perasan itu bukan biawak. Tapi BUAYA. Gara-gara pembiasan cahaya, BUAYA itu kelihatan seperti BIAWAK cikgu.

---------------Damn funny..hehe-----------------

Chinese New year is around the corner. Buat sahabat-sahabat berbangsa cina dari pelbagai keturunan, selamat diucapkan. For your information, aku masih bujang dan layak menerima angpow. Baru-baru ini, 29 Januari 2011, Telah berlangsung persembahan tarian singa, ataupun lion dance di Dewan Masyarakat Tawau.

Seperti yang kita tahu dari jiran kita..trian Singa ni merupakan kebudayaan masyarakat cina. Sangat best pada hemat aku. The pic is mostly edited. Sudah lama tidak main lightroom. Cheers~~

IMG_7566 copy

Monday, December 27, 2010

Glass, food, & Bokeh. I’m loving it…


Assalamualaikum
[Akan merindui bilikku…]

Ok esok aku akan kembali menjadi pejuang. Setelah lama menganggur, anggurku kini berbuah dan aku harus pergi memetik buahnya. Tempat aku petik anggur itu sememangnya tiada pencakar langit. Line celcom pun tiada apatah lagi yang namanya Broadband.

Jadi jangan hairan, jika ini merupakan post terakhirku untuk minggu ini. Aku akan cuba untuk memujuk pengetua ku memasang internet yang laju. Untuk mencapai matlamat itu, aku tidak kisah kerja part time mencuci kereta beliau, memasak makan malam untuk beliau sekeluarga, ataupun menyiram pokok orkid kesayangannya setiap hari. Yang penting tolonglah, aku mahu online. Hahaha demand.

What people do to us is the reflection of what we do to people. and before looking at the ugliness in others, better take a look at ourselves first. Tidak semua yang minat Rock kapak itu jelek dan tidak semestinya yang minat nasyid itu baek. Jangan suka pandang orang yang tidak sempurna sebelah mata, apatah lagi jika anda sendiri rabun bercermin mata.

Yah aku suka pergi makan-makan, duduk melepak, dan amik gambar. Sudah tentu bersama rakan-rakan tersayang. Sebab anda boleh diklasifikasikan gila jika duduk di kedai makan sendiri-sendiri, berbual katawa sendiri-sendiri, dan amik gambar sendiri-sendiri guna DSLR. Gila kan? Sebab tu ada yang namanya kawan. Aku sayang kamu. Kamu baik (Dengan harapan aku tidak akan diKampak sampai kering bila gaji nanti) Good friends are hard to find.

Ok tamat mukadimah merapu. Bercakap mengenai makan-makan, aku suka amik gambar juadah yang bakal aku HABBISkan di tempat kejadian. Gambar gelas, Gambar pinggan, sememangnya aku suka. Mungkin kerana ibuku pengumpul tegar pinggan mangkuk Duralex & Giacomo barangkali.

IMG_6385 copy
Berdua lebih baik~~ Owh time ni aku bukan dengan kawan… tapi bersama Kawan perempuan ku. Jika di Translate ke dalam bahasa Inggeris, mungkin lebih difahami.

Friday, December 24, 2010

Wonderful world of Photographer

Assalamualaikum
[Esok hari akan menyaksikan ramai perut senak akibat makan]

Hari ini jumaat, esok sabtu, lusa ahad dan hari berikutnya Isnin. Wah.. Tidak lama lagi aku akan kembali bekerja. Persoalannya, dapatkah aku meneruskan aktiviti blog-blog ni di sana? satu saja jawapannya.. Tunggu dan lihat, kemudian tunggu lagi sampai ia kelihatan.

Esok sahabat-sahabat kita yang beragama Kristian akan menyambut hari Natal, atau lebih kiut bila disebut Hari Krismas. Selamat diucapkan.

Hari ini aku hendak share sedikit gambar yang aku jumpa di FB seorang rakan.. Agak lucu bagi aku…

28241_409239287556_741842556_4313459_1845874_n

Wednesday, December 15, 2010

Majlis Berkhatan beramai-ramai Kampung Pasir Putih

Assalamualaikum
[Minggu ini aku bermalas-malasan lagi]

Berkhatan adalah termasuk dalam sunnah Rasulullah s.a.w sebagaimana sabda Nabi saw yang bermaksud:"Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda: lima perkara yang menjadi sunnah nabi-nabi iaitu berkhitan, mencukur bulu kemaluan, mencukur misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak "(Riwayat Muslim)
Hukum berkhatan bagi lelaki dan perempuan adalah wajib mengikut imam Syafi'i sebagaimana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :" Daripada 'Uthaim bin Kulaib daripada ayahnya, daripada datuknya, bahawasanya ia datang menemui Nabi s.a.w sambil berkata: "Sesungguhnya aku telah memeluk Islam lalu baginda s.a.w bersabda: "Cukurlah rambutmu ketika kafir dan berkhatanlah ". (Riwayat Ahmad)

------------------------------------Source : Click HERE-------------------------------------

Wokay, itu adalah sedikit penyegar buat kita tentang kewajipan berkhatan. Mungkin ada yang bertanya mengapa kita perlu berkhatan atau bersunat kan? Rasanya tidak perlulah aku cerita apa itu berkhatan sebab semua pun tahu. Even nowadays, many non-Muslims also do this.

Baru-baru ini telah berlangsung majlis berkhatan beramai-ramai di kampung aku, Kampung Pasir Putih, Tawau. Disempurnakan oleh wakil Parilimen kawasan kami, iaitu Datuk Ghafur Hj Salleh. (Ntah betul ka aku eja mana dia ni). Kalau sudah namanya beramai-ramai, maknanya ramailah budak lelaki yang ‘bertuah’ merasakan nikmat pada hari tersebut.

IMG_5312 copy

Acara bersiram atau mandi beramai-ramai. Sudah menjadi satu kemestian yang mesti dilakukan. Yang penting ada air.

Untitled-1

“kamu mandi la puas-puas ya… Mandi… jangan malu… tahu la nasib kamu lepas ni.. Angry smile Angry smile

Monday, December 13, 2010

Sipadan itu sangat cantik ok!!…..Episode 4 (Final)

Assalamualaikum
[Aku mahu diet…serius!]

Mukaddimah : bulan 1 tahun depan aku akan mula mengajar. Bagi mereka yang banyak pengalaman, tentu tiada masalah. Bagi guru baru seperti aku ni, banyak yang aku runsingkan. Ya aku pernah praktikal. Juga pernah menjadi guru ganti. Namun jangkamasa 3 bulan menganggur sudah cukup untuk membuat otakku berkarat sehingga nombor telefon sendiri pun aku lupa.

Teruskan dengan topik utama. Episod akhir percutianku. Seperti mana-mana cerita yang kita tengok di TV, penghujung atau ending cerita mestilah sesuatu yang gempak. Tak kira la Happy or Sad ending, kita mahukan sesuatu yang gempak wa cakap lu. Penghujung percutianku ini pun sama. Teramatlah gempak. Terima kasih buat penaja kami, Uncle Chang yang sememangnya gempak.

Pada mulanya kami bercadang untuk berada di Mabul hanya 2 hari 1 malam sahaja, Almaklumlah, segan juga hendak tinggal lama-lama secara percuma. Sudahlah kuat makan, bising pulak tu.

Namun pada hari kedua, dengan tiba-tiba Uncle Chang mengOffer kami untuk pergi snorkeling di Pulau Sipadan pada keesokan harinya. Sipadan ok! Sipadan! Korang pun tahu kan? Untuk pengetahuan, setiap hari hanya 120 permit diberikan kepada resort-resort untuk membawa masuk pelancong. Meaning, hanya 120 orang sahaja yang akan berada di Pulau Sipadan pada satu-satu hari, tidak termasuk kakitangan ya.

Dengan hidung berasap, dengan nafsu bergelora, kami menerima offer itu tanpa segan silu dan lupa dunia. Maka keesokan harinya, selepas buncit bersarapan, kami pun bertolak lah ke sana bersama beberapa penyelam atau Divers yang pastinya berkulit putih.

s11

Di mana letaknya kekuatan Hang Tuah? Di kerisnya ka. atau di tenaganya? ---- Persoalan ini juga boleh dilontarkan apabila melihat pulau Sipadan.

Di mana letaknya kecantikan pulau Sipadan? Di pulaunya ka, atau di dasar lautnya? ----- Tidak perlu kujawab kerana korang pun mesti tahu,

IMG_5206

Friday, December 10, 2010

Pewaris Pulau Mabul…. Episode 3

Assalamualaikum
[Masih kelihatan seperti alien… hehe]

Untuk hampir seminggu ni aku berada di rumah. Kadang-kadang keluar juga la untuk berjoging dan menghantar ibuku. Sungguh terasa kekangan apabila badan dipenuhi bintik-bintik. Seperti buah nenas pun ada tau. Tidak mengapa. Sinar mentari akan muncul jua akhirnya.

Episod 3 pengembaraanku di pulau Mabul, Sipadan dan Kapalai. Yang sudah tentunya, ditaja oleh Uncle Chang. Mungkin ramai yang tidak mengetahui apakah itu Uncle Chang. Ia bukanlah nama seorang pak cik semata-mata. Aduh korang klik la link tu. Punya besar aku letak tu tahu. Klik la..

Jika sebelum ini aku fokus kepada view, pemandangan, landscape, kali ni aku mahu letak gambar kanak-kanak tempatan. Sejajar dengan tajuk blog aku, merekalah yang akan mewarisi pulau Mabul. Berbangsa Bajau Laut, mereka merupakan penduduk asli kawasan ini. So Jika anda pernah mendengar Cristiano Ronaldo mengaku beliau berasal dari Mabul, jangan percaya. Dia bukan orang Bajau.

m8

Gambar besar menunjukkan apa yang aku snap. Gambar kecil pula menunjukkan aku kena snap time snap gambar.. aduh aku pun pening.. Anyway credit to bro Ermond yang kini bercuti di Sulawesi.

IMG_5002

Jika kaum Bajau di kota Belud terkenal dengan kemahiran mengunggang kuda, kaum Bajau disini pula terkenal dengan skil dan kehebatan mereka beraksi di laut. Sebab tu nama mereka Bajau Laut, bukan Bajau Paya ataupun Bajau Pasir. Lihat saja pencapaian adik di atas. Ketika kami amik gambar ni, dia baru sahaja berjaya memancing ikan tersebut. Badannya masih basah lagi tau.

Wednesday, December 8, 2010

Sightseeing.. Mabul.. Episode 2

Assalamualaikum
[Salam Maal Hijrah buat semua]

Yeah hari ni hari cuti. Aku sememangnya sedang bercuti, namun suasana cuti ni aku turut rasai. Walaupun badan aku sekarang menyerupai alien akibat cacar, namun badan masih lagi kuat. Itu yang harus disyukuri.

Bercakap mengenai cacar ni, aku pun tak sure ini cacar atau bukan. Begini, masa snorkeling dahulu aku dan rakan-rakan disengat obor-obor secara berjemaah. Kesannya hanyalah seperti gigitan nyamuk. Sebagai anak didik Rambo, aku mampu bertahan. Kemudian sekembalinya ke Tawau, aku makan nasi goreng Kampung kat Restoran Singgah Selalu. Begitu ramai udang yang terdapat pada nasi itu. Sejurus selepas makan, kepelbagaian bintik dan kesan seperti cacar terus memenuhi segenap tanganku. Lebih teruk dari kesan sengatan obor-obor itu.

Allergi barangkali? who knows. Setahu aku, aku tidak alah kepada apapun kecuali mak & gelpren aku. Dan kini, aku boleh berbangga dengan kesan bintik itu kerana ia sudah menjengah ke sekitar kaki dan leher aku. Congratz Dir!

Tersasar seketika.. Ok teruskan lagi dengan gambar. Seperti yang tertera pada tajuk, gambar kali ni masih mengenai percutian aku yang ditaja oleh Uncle Chang. A very awesome experience tau…

Kali ni aku nak fokus pada pemandangan sahaja. Kadangkala view dan pemandangan yang menarik tu mampu menggoda nafsu anda untuk melawat sesuatu tempat.

IMG_5077

Pokok kelapa. Siapa yang tidak tahu? Pulau mana yang tiada pokok kelapa? Oh ada.. Orang yang dipulaukan. Mereka tiada pokok kelapa. Di pulau ini pokok kelapanya tinggi-tinggi belaka. Jika anda menggunakan khidmat monyet untuk memetik buah, mungkin anda terpaksa membayar double akibat jarak ketinggian pokok yang agak melampau.

IMG_5040

Pemandangan petang. Bot-bot yang kelihatan adalah hak milik penduduk tempatan. Itulah rumah, itulah tempat cari rezeki, dan itulah tempat menambah populasi rakyat. (if u know what I mean)

Thursday, December 2, 2010

Semporna street candid

Assalamualaikum
[Aku berjaya menyebabkan diriku terkena sunburn.. Tahniah!!]

Aloha amigos~~~ Untuk kesekian kalinya, setiap kali aku update blog ni, aku akan berkata tentang betapa jarangnya aku update blog akibat sibuk. Dan kali ini isunya tetap juga sama, aku sudah 4 hari tidak memperdulikan kebajikan blog aku kerana asyik dengan urusan dunia yang tiada penghujung. Kepada yang singgah kat blog aku, yang komen, aku pasti akan singgah balik.. Jangan risau jangan resah. Terima kasih ya!~~ hehe

But nevermind, aku ada banyak benda boleh share. Just came back from a nice journey in Mabul, Kapalai, and the king of wonders, Sipadan Island. Best wa cakap lu. Lagi best apabila ada sahabat yang sponsor. Terima kasih buat beliau.

Ok mari mulakan. Aku mahu berpantun:


Jikalau hendak ke pulau mabul,
hendaklah tuan pergi ke semporna,
Apabila tiba di jeti Semporna,
Bolehlah anda ke pulau Mabul

Semporna is situated around 100km from my hometown, Tawau. Hanya sebuah pekan. Tapi kaya dengan khazanah alam. Alang-alang berkamera (walaupun murah), apa salahnya berlagak seperti seorang tourist yang ke sana sini mengambil gambar kan..

IMG_4853 copy
Bokeh ini ditaja khas oleh 50 mm aku…

IMG_4780 copy
Sometimes being different is not a problem. As long as you do what you have to do…

Sunday, November 28, 2010

Trying to Inspire with 50mm

Peace be Upon you
[Today I’m off to a nice Island…yeah~~]

Its been a while since I’ve posted some of my pics. Well, you know life. Sometimes you’re busy, and sometimes you’ll wish to be busy. Ok so today I’m going to show some of my 50 mm pics. Really love this lens ok! Humble yet powerful, my friend said…

Playing with a 50mm f1.8 means you will have a large aperture to deal with. Really awesome. The bokeh? fuuuh magnificent I tell you. I’m still learning though. Hope you all nice reader can give comments for the sake of improving myself.

IMG_3515 copy Can anyone tell me what is the gender of this cat?  Open-mouthed smile Open-mouthed smile

IMG_4699 copy
At Tanjung Lipat, KK. A romantic place to confess your love. haha

Tuesday, November 16, 2010

Airport Lama, Tawau

Assalamualaikum
[Aku dapat posting di Sabah… Alhamdulillah]

Helo semua. Agak lama aku tidak memberi perhatian serius terhadap blog ini. Banyak agenda penganggur yang aku harus selesaikan. Tambahan pula esok lusa dah nak raya kan. Maka dengan itu, hari ni aku nak post gambar lagi. Kali ni kami ber-Outing di Lapangan Terbang Tawau. Yup..ia merupakan bekas Lapangan Terbang Daerah ini.

Kepada yang mempunyai memori berkapasiti tinggi, mungkin anda masih ingat peristiwa Pesawat Fokker 50 Penerbangan Malaysia (MAS)  yang mendarat di lapangan terbang ini, terbabas arah sehingga merempuh kira-kira 20 rumah setinggan di Kampung Seri Menanti yang terletak hujung landasan. Peristiwa berdarah itu berlaku pada 15 September 1995. Kematian dianggarkan dalam 34 jiwa. Al-Fatihah.

Ok mari layan gambar. Outing kali ni dijayakan oleh 3 karyawan amatur yang teratur. Kami semua sekelas dahulu haha. Tema : Potret

IMG_43481 copy


Oh ya.. Pada kali ni dengan rasminya aku akan menggunakan watermark baru. INFLULENSA.. Setelah banyak kali bertukar nama, macam orang tiada pendirian, aku akhirnya mengambil keputusan menggunakan nama ini. Ilham diperoleh ketika aku selesma. Sick smile Sick smile. In case kalau ada dah terguna nama ni, please let me know ok! Aku dah google. Takde. yeay!

Thursday, November 4, 2010

Sunset is nice… kan?

Assalamualaikum
[Esok InsyaAllah bergerak ke KK]

Salam perpaduan, salam muhibbah, salam 1 Malaysia. Hari ini orang kat Batu Sapi & Galas mengundi. Semoga yang jujur, ikhlas, dan akan menjalankan tanggungjawab dengan sempurna kepada rakyat beroleh kemenangan.

Hari ni aku nak post beberapa gambar. Seperti yang tertulis kat tajuk aku, ini berkaitan dengan sunset atau matahari terbenam. View sunset ni memang aku sangat-sangat suka. Dan bila sudah suka, tentunya banyak gambar akan di ambil. Lawa atau tidak belakang cerita…

Diharap anda sudi bagi komen… untuk improve lagi mutu gambar ni.. atau skill amik gambar… coz serously aku tak dapat lagi gambar yang aku suka.. Oh ya..gambaq2 ni ada yagn aku edit, dan ada yang fresh dari ladang..

IMG_3358_59_60_tonemapped
Pangkalan Polis Marin, Tawau..before amik gamba kami kena marah.. hoho

Saturday, October 2, 2010

Expidisi ke Bukit Broga


Assalamualaikum
[Seminggu lagi.....]

Tadi time aku mengUsha facebook, terjumpa olehku gambar-gambar pre-wedding photoshoot angkasawan kita. Baru gamba sneak peak pun...tapi dah cukup lawa.. Dah la bakal bini Datuk angkasawan tu pun dah cukup lawa..huhuhu... Kalau nak tengok sket gamba2 tu, search ja kat Facebook : Kukubesi Manipulasi.

Yang menarik perhatian aku sebenonye tempat photoshoot tu. Kat Bukit Broga beb. Tau gak kan? Nun kat Semenyih sana. Hari tu time praktikal aku sempat gi sana. Time tu aku baru dalam seminggu beli kamera. Haram setiing pe pun aku tak tau lagi. Main terjah je snap.

SO aku nak letak la sket gambar-kambar semasa kami disana. Gambo lama. Tak smart pun. Amatur yang masih amatur. Tapi takpe. Biar AMATUR janji TERATUR. Enjoy

Lompatan maut yang hampir buat aku terseliuh..


Peserta-peserta yang menjayakan majlis. Siapa kata guru ni tak extreme? huhu

Thursday, September 23, 2010

Wah... Fun Fair Tawau is in the town again!!

Assalamualaikum
[Separuh dari Iman itu ialah SABAR. manakala  yang separuh lagi itu, TIDAK SABAR]

Siapa hendak pergi ke fun fair?? SAYA CEKGU!!! - reaksi biasa student darjah 4 yang mengharapkan cikgunya bermurah hati membawa mereka kesana. Fun Fair kat tawau ni datang bermusim. biasanya setahun sekali. Almaklumlah, disini tiada SUnway Lagoon, TImes Square, mahupun Genting Theme Park.

Tapi tidak mengapa. Kalau terasa nak naik Roller-coaster, kami akan amik bangku kantin, duduk diatasnya beramai-ramai, dan slide menuruni bukit yang curam.

Kalau terasa mau naik Ferris Wheel, kami panjat ja pokok kelapa sampai mak ayah baling batu suh turun.

Kalau terasa mau naik Marry go round, kami pergi ja rumah si Mary. suh dia bawak kami jalan around town.

Kalau gian mau ke sunway lagoon. kami gi ja di Taman Bukit Tawau. Tambling belakang. (Kepada yang tidak tahu maksud tambling, bolehlah rujuk uncle Google)

Thats how we live our life here. Sebab tu bila fun fair ni muncul, korek tabung pun takpa! janji dapat pergi. Sedikit gambar mungkin dapat menghiburkan anda semua. Enjoy.....

[Click to enlarge the photos yeaa...dont be shy..hehe]

Kekal statik selama 5 saat, dan dalam masa yang sama dihantui perasaan bimbang orang telanggar tripod aku.... anyway, I Really like this!!! hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Untuk Menceriakan Lagi Hidup anda!