Announcement!!!

The blog has moved to


Thanks for your support!!!


Check out this cool stuff:

Showing posts with label banjir. Show all posts
Showing posts with label banjir. Show all posts

Monday, December 20, 2010

Banjir lagi untuk kesekian kalinya..


Assalamualaikum
[Hujan itu rahmat.. Banjir itu Ujian]

Tawau 19.12.2010– Hujan turun sepanjang hari. Semua jenis kategori hujan ada pada hari ini. Hujan lebat, hujan renyai-renyai, hujan ribut, dan sebagainya. Pokoknya yang tiada di Tawau pada hari ini hanyalah kumpulan hujan, dan artis Kore keglaan ramai, iaitu Rain. “Nama saya Rain”.

Bila hujan sudah beraksi,
Sudah tentu banjir menghampiri…
Orang kampungku sudah lali..
Redha saja takdir Ilahi..

Banjir disini bukan pertama kali..
Kalau tak percaya klik la SINI..
Siapa la yang boleh bantu ni..
Tiada orang ka yang peduli..

So harini aku tiada gambar hendak share. Mahu bercerita pasal banjir saja di kampung aku, Kampung Pasir Putih, Tawau. Ya hari ini hari ahad. Seperti insan normal yang lain, pada hari ahad aku akan keluar bertemu insan tersayang. Ok poyo sedikit disitu ya. Menjelang maghrib, aku bergegas pulang. Bukan kerana takut dihambat penyapu oleh mamaku, cuma balik sebelum malam itu juga merupakan sesuatu yang normal.

Apa yang tidak normal, setibanya aku di jambatan (di Sin San) yang menghubungkan kampungku dengan dunia luar, terlihat olehku deretan kenderaan yang amat panjang. Setahu aku autoshow tidak pernah diadakan disini. Jadi aku yakin itu bukan autoshow.

Sebagai seorang yang bersifat peramah (poyo lagi), aku meringankan mulut bertanya kepada seorang pakcik yang sedang mundar mandir di tepi jalan seperti orang kalah toto.

aku : PAcik.. kenapa Jem ni?
Uncle : Kau jalan la ke depan sikit nak.. tengok sendiri.


Ok fine kalau tanak bagitahu, aku majukan sikit kenderaanku untuk melihat sendiri. Walah!!


IMG_6263

Tuesday, August 10, 2010

From the Muddy Banks Of White Sand

Assalamualaikum~~

[Berusaha untuk menghasilkan 1 entry per day yeaah!!!]

Ok, sebagai mukaddimah, cerita best seorang guru. walaupun ini mukaddimah, rasanya ini ja kot orang baca. hak hak.

Selain Sains, aku juga mengajar Pendidikan Moral. mmg agak perit memandangkan moralku sendiri boleh dipertikaikan ramai pihak. Tempat aku mengajar mostly Muslim pupils. so student Moral aku hanya ada 3 orang je. Sorang tu plak kaki ponteng. so tadi aku soal siasat la dia.

Aku : Vince, kenapa semalam tak datang?

Vince: DAtuk saya meninggal di nunukan cekgu. dia meninggal dengan sepupuku.

*Nunukan is a place in Indonesia.

Aku : Ko biar betul. kawan2 awak cakap setiap kali x datang sekolah pun alasan awak ni saja. kamu ni ada berapa datuk juga? napa kali ni dengan kazen2 kamu pun mati sekali?

Vince: biasanya yg mati tu nenek saya cekgu. kali ni datuk saya yang mati.

(time ni aku dah tau dia merapu tp aku layan je)

Aku: Ramai juga nenek kamu ni. Habis tu kamu pi Nunukan la semalam?

Vince: Iya Cekgu. saya pi sana buat PasSport. kalau buat Pasport bayar RM30 boleh pakai sebulan kan cekgu...?

~~~Mak aih aku hilang semangat untuk melayan. apa leh wat..baru dejah 4..hahaha...

Wokeh sekadar itu mukaddimah. aku nak Letak gamba time kami outing kat lalang2 di sekitar kampung Pasir Putih.

Event ni berlangsung Sehari selepas Banjir besar melanda kampungku. Bukan kami tidak mahu menjalankan Khidmat negara dan membantu mangsa2 banjir, tapi aku sendiri sudah penat semalaman membersihkan rumahku. (alasan)

Gambar Biasa tapi dihiasi aksi childish mmg aku suka

Saturday, August 7, 2010

Di sebalik Peristiwa Banjir Kg. Pasir Putih

Assalamualaikum...
[Berbekalkan mood yang agak DOWN aku menaip entry ini]

Merujuk kepada tajuk post di atas, Ramai yg sudah sedia maklum kampung tempat tumpah darahku, Pasir Putih, Tawau telah dilanda banjir terbesar dalam tempoh 10 tahun ini. Anggaran kerugian RM60 juta. dalam 500 rumah terbabit. Kehilangan nyawa pula, tidak dapat dipastikan. hopefully no life casualties.. Lebih menyedihkan dari kisah Luna Maya kehilangan kontrak, dan lebih menyayat hati dari statement Cut Tari kepada media. hehe..

Where is the bridge? u jump i jump!!

Ya banjir itu berlaku beberapa hari lepas. mengapa baru hari ini aku sebok hendak mengempen disini?
1. internet aku baru sahaja kembali pulih
2. aku menunggu cerita2 best dari orang kampung untuk dikongsi bersama.
3. aku outstation beberapa hari ni. berjuang menjadi seorang pendidik.haha

Ok lets move on.. kebanyakan rakan sedaerahku menceritakan apa yang dapat kita lihat kesan banjir tersebot (Click Here). And if u want to see some nice pic from the scene, visit my fren brader sanik.

As for me, hadirnya aku disini ingin menceritakan kesah yg agak menarik di sebalik tabir tragedi ini. sedikit gambar yg aku amik akan diselitkan bagi mengelakkan kebosanan anda ketika membaca (kalau ada yg baca la).


"Luckily i have 6 life" - Kata sang kucing...

Front view of my good fren Nurul Huda's house. hampir kesemua bahagian rumah tenggelam.

FIRST story. Ada sorang warga emas kat kampung nih. Sebatang kara, dan kekurangan upaya kerana bisu. Saya ulangi, Bisu. Beliau tinggal di berseorangan di rumahnya (rumah dia agak uzur gak la). Disebabkan beliau sudah tua, dan kurang mampu, hidupnya diteruskan dengan meminta makanan dari jiran2 yang berbelas ihsan.

Hope insuran boleh cover avanza ni..

So ada la rumah sorang mak cik ni tempat Uncle tu slalau meminta makanan. setiap hari mak cik ni memberinya nasi. Uncle ni juga agak nyanyuk sket. kadangkala beliau terus masuk sahaja ke rumah mak cik tu dan mengambil semua makanan tanpa meminta izin. maka seringlah uncle ni kena jurus amarah si mak cik tersebut. namun tetap pula dia diberi makanan. its hard to find good people these days...hmm

And then The flood strikes. Banjir melanda kampung ini. Rumah si mak cik tadi teruk terjejas. tapi lebih menyedihkan, rumah c pakcik bisu tadi telahpun dihanyutkan air, bersama-sama pakcik itu sekali. Everyone thinks he's gone. Mak cik tadi pun agak terkilan dan menyesal kerana sering memarahi uncle tadi tu. kini dia telah tiada.

Bukan menolak untuk menghidupkan enjin, tetapi menolak kerana enjin xleh nk hidup.

Masuk kepada kejutan cerita, sedang makcik ni dan keluarganya mengemaskan rumahnya, tup tup, uncle yg bisu tadi tetiba muncul di hadapan pintu, dan meminta makanan seperti biasa. wah! pakcik ni hidup lagi~~ kata mereka. tapi yang lebih mengejutkan, pakcik tu dah boleh berkata-kata, yakni tidak bisu. saya ulangi, tidak bisu. He said something like this : 'Habis Baju seluarku hanyut' ~~Ofcoz bahasa yg digunakannya ialah bugis. aku hanya translate saja.

Cemana benda ni boleh berlaku? i'm in no position to tell u. kuasa Allah... (kalau betul berlaku la)

SECOND story. pun melibatkan warga emas jugak.


12 jam selepas kejadian

Uncle yg satu ni plak tinggal menumpang di sebuah rumah keluarga kat kampung nih. Dia ni dah agak tua la jugak. Nama pun dah tua, sudah tentu beliau tidak mampu bergerak bebas apatah lagi berShuffle. So u think he can dance? nope.

Nak dijadikan cerita, malam tu rumah mereka ni pun dinaiki air gak. maka huru-haralah seisi rumah menyelamatkan apa yang patot. sampai suatu tahap, mereka terpaksa membocorkan siling dan memanjat ke atas deck rumah bagi meyelamatkan diri.

Bukan HULK saja yg boleh meretakkan jalan. Banjir juga boleh.

Memanjat? tentu sedikit perit untuk diterima seorang warga tua yang mengunyah nasi pun mengambil masa setengah hari. Dia tidak mampu untuk memanjat sedangkan semua penghuni rumah sudahpun berada di atas deck. Apa yang dilakukannya?

Yeah..beliau mencapai tali yg diyakini kuat dan mengikatkan dirinya pada sebatang tiang yang terdapat di dalam rumah tersebut. And then, the water rise. air semakin lama semakin lah naik. Berapa tinggikah air itu naik? lihat gambar di bawah:

nah.. Garisan itu menandakan paras air ye kawan2. seperti yg tertera di atas, paras air mencecah gigi model itu. Credit to Herlina.

Air sudah mencecah leher, dan anda pula terikat pada tiang. How to survive? Pakcik tu terpaksa mendongakkan kepalanya. cun-cun muka dia ja kat permukaan air. Dapat bayangkan? Bagus! so dia bolehlah bernafas. how long did he stayed like dat? As long as it takes.

Lepas tuh air pun surut. pakcik tu pon dilepaskan dari ikatannya. Unfortunatelly, malang buat pakcik tu sebab kepala beliau kekal TER-dongak ke atas akibat terlalu lama mendongak ketika banjir tadi. Dapat bayangkan lagi? Bagus!

Sehingga kini, status dongakan kepala pak cik tu aku x tahu tetapi hopefully beliau dah ok.

Kerusi yg banyak ini bukan menandakan ada kenduri kahwin bakal berlangsung ok!

Satu benda yang menarik bagiku : Bila banjir melanda ni, semua harta yang kita sibuk kumpul akan musnah. Rumah dipenuhi lumpur. Harus dibersihkan. Ketika itulah kita dapat menyaksikan apakah perbezaan antara orang yang banyak harta dan orang yang banyak anak.

Orang yang banyak harta terpaksa membersihkan hartanya yang banyak dengan bantuan anak yang sedikit. Lama!

Orang yang banyak anak pula mebersihkan hartanya yang xbanyak dengan bantuan anak yang ramai. Kejap je!

Moral: So, Buatlah anak banyak2. dan pastikan mereka soleh. bukan solekeh. (selekeh)

Camna nk basuh smua ni? mesin basuh pon dah hanyut!

Harta. Semua itu tidak kekal.

Datangnya Harta benda ini ke rumah dengan lori. perginya ia juga turut menggunakan lori.
P/s: lori kat atas ni pernah menghantar & menjemput aku ke sekolah selama 12 tahun. amazing how life can be~~

60 juta bukannya sedikit. Bayangkan berapa ribu kali anda boleh naik umrah dengan jumlah itu. sehingga habis cop di imigresen cop pasport anda sekalipun, anda masih boleh umrah lagi.

Jika selama ni aku hanya melihat kotak televisyen yang dibuang orang hanyut di hadapan rumahku, kini aku boleh melihat TV LCD hanyut dibawa arus banjir di kampungku. (Mak cik belakang rumah aku jumpa 2 ketul LDC TV)

SEbuah kedai yang teruk terjejas.

Ramai kata TRITON tahan lasak. Tp ttp akur ditangan towing car. haha

Walaupun musibah melanda, my sweet village-mate rata-ratanya redha dengan ujian yang melanda. akur dengan ketentuan Ilahi, jadikan ini satu pengajaran buat kita semua. hidup kena diteruskan. be happy!

Semangatku, takkan luntur~~Butterfingers

kids..huh!

brader ni cakap; "kalau sedih2 pun bukan semua harta ni datang balik. so baek aku hepi~~"
MOTIVATION!!!

Bagi aku, bagi 60 juta kat penduduk kampung ni pon x guna. Banjir ni akan terjadi gak kalau proper action is not to be taken. c Ermond cakap, benda ni ada kitarannya. 10 tahun sekali. pakcik blakang umah aku pon cakap. 10 tahun sekali mmg banjir ni berlaku.

sungai yang sepatutnya lebih efficient....

apo nak dikato~~~

Rumah yg kehilangan tiang~

Rumah ini tidak di design sebegini rupa ya!

Apapun, diharapkan musibah ini tersirat seribu satu hikmah disebaliknya. Segala yang berlaku itu adalah ketentuanNya dan kita sebagai hamba haruslah menerimanya dengan tabah dan sabar. (Rasa-rasa aku bley join imam muda ka next season?)

------------------------------------Tear Drops in White Sand------------------------------

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Untuk Menceriakan Lagi Hidup anda!