Announcement!!!

The blog has moved to


Thanks for your support!!!


Check out this cool stuff:

Showing posts with label influlensa. Show all posts
Showing posts with label influlensa. Show all posts

Saturday, October 8, 2011

Teruskan menyokong bola sepak kita!


Assalamualaikum

Hari ini hari sabtu. Baru sahaja semalam dibentangkan Bajet 2012 oleh YAB Perdana Menteri kita. Ramai yang menyokong, ramai yang suka. Namun ramai juga merasa sebaliknya. Kancah politik negara kita sememangnya semakin hangat.

Pendapatku mengenai Bajet 2012? mudah saja. Dari dahulu, kini, dan masa-masa akan datang, aku tetap Bajet Cool, bajet kiut, dan bajet hensem di mana sahaja. Dan semestinya, aku suka makan bajek (Sejenis makanan tradisi masyarakat Bugis). Kesimpulannya, undi adalah rahsia. Dan bilamana ianya rahsia, aku ndak mau kasitau kamu.

Serentak dengan pembentangan Bajet 2012 semalam, berlangsung juga perlawanan persahabatan antara pasukan bola sepak kebangsaan kita menentang pasukan Australia. Jika anda tersentak dengan intipati bajet 2012, anda mungkin lebih tersentak dengan kekalahan 5-0 pasukan kita kepada negara kangaroo dan beruang koala itu.

Well then, memandangkan sudah ramai yang mengutuk dan bersyukur dengan Bajet 2012 semalam, aku memilih untuk berblogging pasal bola sajalah hari ini. Tatkala hari sabtu ramai yang keluar bersosial, dewasa ini aku hanya melepak sahaja dirumah. Kawan pun kurang, cewek pun entah kemana. Gejala TUA.

IMG_7816 copy
Gambar pada hari ini dibawakan khas secara terus kepada anda oleh kamera murah aku. Tidak secanggih kamera anda namun aku berbangga dengannya. Talent pula adalah dari kalangan student aku sendiri. Yeah!

Mengapa pasukan bola sepak kita asyik kalah? mari kita cuba merungkai persoalan ini bersama. Aku bukan penganalisis bola sepak. Shebby Singh tidak kenal aku. Zainal Abidin Rawop buang muka kalau jumpa aku. But everybody has their opinion right? Right or wrong, is another story.

1. Saiz badan kecil?


IMG_7818 copy

Rata-rata pemain kita mempunyai saiz badan sederhana. Kalau tinggi pun, kurus. Tiga pemain Malaysia yang berpadu tenaga belum tentu dapat menggeletek didier Drogba hingga ketawa. Apatah lagi menjatuhkan beliau. Title ‘Pindik-pindik tagap’ lebih sinonim dengan kita.

Monday, October 3, 2011

Konsert Lagenda Rock Tawau. Yeyeaah!!


Assalamualaikum..

So, when is the last time I update this blog? Ternyata aku sungguh ‘rajin’ untuk semua ini.

Sebagai mukaddimah untuk hari ini, sebagai salah seorang warga pendidik, yang mana masih cuba untuk mendidik diri sendiri, ingin aku ucapkan selamat menempuhi PMR buat semua pelajar tingkatan 3 di serata Malaysia. PMR tidak susah. Dulu aku senang-senang sahaja dapat straight A. (ya Allah ampunilah hambaMu yang riak ini).

As mentioned in the title above, post hari ini adalah mengenai konsert 4 lagenda rock yang telah berlangsung di Kompleks Sukan Tawau, pada 1 Oktober 2011. Akan ku hidangkan anda beberapa cerita ketika konsert itu, kehangatan, kehebatan, kemeriahan, dan tidak lupa juga kelemahan dan kecacatan untuk pengajaran kita bersama. And of course, pictures! that is what this is all about right! Bersama ini saya kepilkan beberapa keping gambar konsert  lagenda rock itu orait!

The night’s performance was kicked off by Mas AF. Made in Tawau, and well known for her sate. Suara still bertenaga. Sedikit pertambahan saiz sememangnya tidak menghalang beliau dari beraksi ligat di atas pentas. Macam di KK!

*Maaf atas kelemahan kualiti gambar. Aku tidak pandai. Ampun.

IMG_7902 copy

Kemudian persembahan pembukaan, yang dihangatkan oleh sebuah band baru dari Indonesia, Point Band. Pertama kali melihat mereka, pertama kali mendengar lagu mereka. Well, agak catchy lagu-lagu yang mereka persembahkan. Ala-ala wali band, Ungu, dan Peter Pan. At least thats what I think. Not much of an Indonesian music supporter but I know their song is nice.

IMG_7964 copy

Itu jika kita amati lagu. Jika kita amati keseluruhan kualiti persembahan, mungkin agak mengecewakan. Kekurangan pengalaman mungkin antara sebabnya. Tapi bagi aku, sound system yang paling banyak menjejaskan kualiti.

Thursday, August 25, 2011

CUAI dan COBAAN


Assalamualaikum


Dalam seminggu lagi kita akan menyambut hari raya aidilfitri. Hari dimana umat Islam seantero dunia meraikan kemenangan setelah berlumba-lumba beribadat di bulan sebelumnya, iaitu Ramadhan. Jikalau dahulu, kad-kad raya mungkin sudah bertebaran di sana-sini. Namun kali ini, kita lebih banyak di TAG di gambar-gambar ucapan raya di Facebook. Canggih dan bijak.

Dalam masa seminggu inilah, orang ramai berpusu-pusu untuk ke bandar. Untuk bershopping pastinya. Aku juga tidak terkecuali. Tahun pertama beraya sebagai orang berkerja amat dinantikan. Bersemangat untuk membeli ini dan itu. Namun apakan daya, eksiden sebentar tadi membantutkan segalanya. Habis calar kereta aku. Habis bengkak kaki aku. Menangis mamaku, dan secara otomatis punah hasrat rayaku. Wah macam sajak.

Hasil daripada CUAI, anda akan dapat COBAAN. Pesona Algebra kehidupan.



IMG_5823


Saturday, August 6, 2011

Seronok puasa atau puasa seronok?


Assalamualaikum


Tajuk post adalah petikan dari status FB rakanku. Sangat menarik untuk difikirkan di kala lapang. Apalagi ketika anda melepak di beranda rumah sambil menghisap rokok malboro yang diseludup. Fuh.. *Rokok membahayakan kesihatan*

Sebelum itu, rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat anda semua diluar sana. Semoga bulan mulia ini menjadi platform untuk kita semua menjadi hamba yang lebih humble, dan bukannya hampeh. Ikhlas dari saya dan isteri. (Masih mengumpul duit untuk mendapatkan Isteri sebenarnya).

Puasa. Satu kewajipan yang jatuh wajib kepada seluruh umat Islam dan terkandung sebagai salah satu elemen dalam rukun Islam. Dalam erti kata mudahnya, jika tidak mahu masuk neraka, berpuasalah anda wahai sahabat.

Selain ganjaran pahala, apakah yang membuatkan puasa ini seronok? Banyak! Kamu semua pun tahu kan. Tapi jika kita melihat dari kaca mata mereka yang tidak puasa, mungkin apa yang mereka rasa itu tidak sama dengan insan berpuasa. Ya.. kaca mata mereka jenama Ray Bann. Mereka berbangga dengan kaca mata mereka walhal ianya dibeli di pasar malam sahaja.

Bagi mereka berpuasa adalah lebih sengsara dari mengikuti pertandingan tarik tali di bawah panas terik. Lebih menyusahkan dari membuat assignment rakan, dan lebih memenatkan dari mengira butiran pasir di gurun Sahara.

sb5


Yup..Tarik tali. Akhirnya aku berjaya mengaitkan apa yang aku cuba sampaikan dengan gambar yang aku ada. Yeah!!

Sunday, July 31, 2011

Bertahun sudah ku menunggu dirimu..


Assalamualaikum Pemirsa..


Sejauh manakah LINE TELEFON boleh menjejaskan hubungan? Mudah! It goes like this..


Akibat line telefon yang durjana..
Antara aku dan dia wujud curiga..
Ku sms ku call tiada jawabnya..
Buat hati gundah gulana..

Akibat line telefon yang canggih kononnya..
Aku dan dia renggang seketika..
Tidak ku tahu apa perihalnya..
Mungkin saja ada orang ketiga..

Akibat line telefon yang kujaga prepaidnya..
aku dan dia dingin sedingin kutub utara..
Dialah salji, dan aku beruang kutubnya..

Akibat line telefon yang sometimes celaka..
Aku dan dia hilang serinya..
Tambahan pula ada campur tangan orang tua..
Yang bisa saja menamatkan segalanya..

IMG_4656 copy

Tu kalau mahu cerita pasal line telefon la. Sampai esok pun belum tentu habis. Tapi memandangkan esok aku tidak bekerja, apalah salahnya aku menaip sampai esok.

Tuesday, July 26, 2011

Suka Sukan



Assalamualaikum

Pernahkah anda mengalami, sewaktu kecil dahulu, tatkala anda duduk semeja bersama ahli keluarga untuk menyantap makan malam, anda berkata :

“Aduh mak.. ini saja ka lauk untuk malam ni? Bosannya… Tidak sedap…”


Well, itu dialog biasa bagi kanak-kanak apalagi yang kerap dimanjakan. Kepada yang mempunyai banyak kesan parut akibat disebat dengan hos paip di sekitar punggung, sila abaikan dialog itu ok. Kerana aku tahu anda tidak mungkin berani komplen masakan parent anda kerana anda kerap disebat.

Anyway, selepas anda memberi komen seperti itu, pastinya ibu bapa anda memberikan respon seperti berikut:

“Bersyukurklah nak.. time mama kecik-kecik dulu, makan nasi lauk garam saja.. Lagi kasihan nak..”

Hm.. pada zaman tukar-tukar jantina seperti sekarang, makan nasi lauk garam semestinya satu kedaifan tahap tertinggi. Tapi parent kita dahulu, amatlah biasa dengan keadaan itu. Dan tidak sikitpun merasa terseksa. And they’re not complaining too, of course.

sb9

Now, cuba kita letakkan diri kita pada masa 20 tahun akan datang. Ketika itu anda adalah photographer terhebat, sudah tidak kacak, beruban, mempunyai 4 anak yang comel-comel, tapi bini masih slim dan adorable (It’s my dream family, actually)

Monday, July 11, 2011

It is FUN, but is it FAIR??


Assalamualaikum

Salam mesra ini kutujukan kepada semua yang ada diluar sana dari bandar Lahad Datu, Sabah. Ketahuilah dunia bahawa sudah 3 hari bekalan air di tempat aku tinggal terputus. Kepada insan seperti kami yang sudah biasa dimanjakan dengan keselesaan, ini sememangnya satu tamparan hebat. Tidak boleh mandi, berak dalam keadaan yang daif, bau badan seperti kuda, pastinya lebih teruk dari ditampar.

Kepada yang tidak mengalami, this might sounds FUN, or even FUNNY. Tapi kepada bahu yang memikul, this is really not FAIR man. Tanpa sebarang notis kami diseksa sedemikian rupa. But hey, we can’t totally blame them right? that is not  FAIR too..

SO the talk of the day is about what is FUN and what is FAIR.. or in short, FUNFAIR. Wow!! funfair!! mama I want to go!!

IMG_5672 copy

Friends, Families, and even foes (If any.. I think I have none). MY blog is basically just a photoblog. FOcus more on the pics yah.

Wednesday, July 6, 2011

AkuChentaPadamu


Assalamualaikum

Pada usia mudaku sekarang ni, aku semakin bergelumang dengan suasana cinta tidak keruan. Memang tidak dinafikan, perkara ini sememangnya normal. Tapi jangan salah sangka, bukan aku yang diselubungi masalah cinta, cuma persekitaranku banyak berkisar dengan isu ini.

Aku seorang guru, masih lagi baru, muda, dan ramai student cakap aku hensem. Walaupun aku tahu mereka cakap begitu semata-mata untuk membodek tanpa sebarang keikhlasan, tapi benda-benda sebegitu boleh memotivasikan kita secara tidak langsung. kan? Almaklumlah berat badan ketika ini sudah mencapai tahap kritikal.

Semestinya hari-hariku banyak diceriakan dengan kisah cinta monyet yang aku temui di sekolahku. Ya memang sekolah aku banyak monyet. Namun pengaruh monyet itu tidak mampu untuk menghalang student-student dari dibuai cinta.

IMG_4767 copy

Monday, June 20, 2011

Hari ini kau datang riang tersenyum buatku senang~~

Assalamualaikum


Selamat hari bapa. Tentunya kutujukan kepada ayahandaku sendiri. Pengakuan ikhlas, aku tidak pernah mengucapkan selamat hari ibu/hari bapa kepada kedua parentku secara proper. Sebagaimana orang lain buat..

Aku : Pak..! hari ni hari bapak ba kan?
myDad : Oh iya kan..
Aku : Selamat ya. haha.


Ok itulah ucapan paling proper aku pernah bagi rasanya. Its not that I didn’t love my dad, or mom. Cuma sejak kecil kami tidak terbiasa membiasakan perkara ini. Terasa kekok pun ada.Anyway, let every day be fathers/mothers day ok. Itu lagi sedap. Ataupun menyedapkan hati. Mana-mana lah.

Gambar-gambar hari ini ditembak ketika konsert syok bersama Muzik FM eberapa minggu lepas. Berlangsung di Kampung Bukit Queen, Tawau. Artis yang hadir sememangnya hebat-hebat belaka. Aerosmith, Beyonce, Rihanna, Lindsay Lohan, Paris Hilton, dan ramai lagi.

Tak percaya? Baguslah. Jangan terus cepat percaya apabila membaca mana-mana blog kerana kebenarannya belum tentu pasti. Kalau jadi fitnah bagaimana? Kadangkala ada juga blog yang buat kita jadi goblog. Ia cuma pandangan individu sahaja, so beware.

IMG_1975 copy

Friday, May 20, 2011

Mokuou.. spell it right, say it right..

Assalamualaikum

With eyes full of hope, filled with determination, he said…

“sir..aku mahu betul lulus English nanti exam sir..tapi macam mana..sejak aku lahir aku gagal jak terus..”

Well what can I say.. say it isn’t so lah jawabnya..
IMG_1769 (2) copy

The pics was taken at pantai mokuou, tungku, lahad datu. A really nice place with a nice view. And if you got lucky, you can see some nice view of a nice girl in swimsuit too~~ hehe.

Thursday, April 7, 2011

Think your life is miserable?? Think again!


Assalamualaikum

Berapa kali kita merungut dalam sehari? 5 kali? 8 kali? berkali-kali?? Itulah perilaku makhluk bernama homosapiens ataupun manusia. Tidak kira hidup susah ataupun senang, keluh kesah tetap menjadi peneman harian kita.

kekerapan kita merungut mengalahkan wanita yang senggugut.
Kadangkala yang dirungut itu adalah benda yang tidak patut.
Tidak cukup makan terus merungut..
walaupun hakikanya sudah buncit di bahagian perut..
Member yang berbau mulut pun habis kena rungut..
Sedang kamu buat-buat donno ketika kentut..
Kerana itulah, wujud satu perkataan – SYUKUR.

Untuk mengetahui lebih lanjut bab syukur dan kufur ni, sila kunjungi ustaz atau ustazah berhampiran anda ok!

IMG_9938 copy

Di penghujung minggu lepas, di saat ramai individu berehat dirumah, ketika kapel-kapel hingusan berdating di highway, dan waktu keluarga berpiknik di Table, we from TBU headed on to the most un-favorite place, where people don’t wanna go in Tawau. Tapak Pelupusan sampah bukit Gemuk, Tawau.

Thursday, March 3, 2011

Aku suka menembak



Assalamualaikum

Ya aku sibuk. All here and there. Banyak harus disetelkan, banyak masa diluangkan, banyak fulus dihabiskan. Di luarnya tenang tapi Tuhan saja yang tahu. deep down inside you’ll still feel empty. Sebab, there is no one to share it with. Ok aku merapu.

Tapi betul jugak la. What people do to you is sometimes the reflection of what you did to people. Aku semakin mengerti dan terima seadanya. Nah aku merapu lagi. I really miss you.

Aku mau wat entry pendek saja. Dengan ditemani lampu broadband yang sudah mula bertukar biru ni aku mencuri masa selama sejam untuk melayan hobiku. Edit gambar dan update blog. Cayalah dir kau memang cemerlang walaupun ramai yang tidak mengakui ko ni hensem.

Dua weekend aku yang lepas dihiasi dengan aksi-aksi menembak. dengan kamera, of course. Sesuatu yang menarik pasal menembak dengan kamera is, the person that you shoot will not die. Jauh lebih baik berbanding menembak menggunakan pistol. So aku suggest banduan yang disabitkan kesalahan memiliki senjata api ni diperkenalkan dengan bidang fotografi.

2

Monday, December 27, 2010

Glass, food, & Bokeh. I’m loving it…


Assalamualaikum
[Akan merindui bilikku…]

Ok esok aku akan kembali menjadi pejuang. Setelah lama menganggur, anggurku kini berbuah dan aku harus pergi memetik buahnya. Tempat aku petik anggur itu sememangnya tiada pencakar langit. Line celcom pun tiada apatah lagi yang namanya Broadband.

Jadi jangan hairan, jika ini merupakan post terakhirku untuk minggu ini. Aku akan cuba untuk memujuk pengetua ku memasang internet yang laju. Untuk mencapai matlamat itu, aku tidak kisah kerja part time mencuci kereta beliau, memasak makan malam untuk beliau sekeluarga, ataupun menyiram pokok orkid kesayangannya setiap hari. Yang penting tolonglah, aku mahu online. Hahaha demand.

What people do to us is the reflection of what we do to people. and before looking at the ugliness in others, better take a look at ourselves first. Tidak semua yang minat Rock kapak itu jelek dan tidak semestinya yang minat nasyid itu baek. Jangan suka pandang orang yang tidak sempurna sebelah mata, apatah lagi jika anda sendiri rabun bercermin mata.

Yah aku suka pergi makan-makan, duduk melepak, dan amik gambar. Sudah tentu bersama rakan-rakan tersayang. Sebab anda boleh diklasifikasikan gila jika duduk di kedai makan sendiri-sendiri, berbual katawa sendiri-sendiri, dan amik gambar sendiri-sendiri guna DSLR. Gila kan? Sebab tu ada yang namanya kawan. Aku sayang kamu. Kamu baik (Dengan harapan aku tidak akan diKampak sampai kering bila gaji nanti) Good friends are hard to find.

Ok tamat mukadimah merapu. Bercakap mengenai makan-makan, aku suka amik gambar juadah yang bakal aku HABBISkan di tempat kejadian. Gambar gelas, Gambar pinggan, sememangnya aku suka. Mungkin kerana ibuku pengumpul tegar pinggan mangkuk Duralex & Giacomo barangkali.

IMG_6385 copy
Berdua lebih baik~~ Owh time ni aku bukan dengan kawan… tapi bersama Kawan perempuan ku. Jika di Translate ke dalam bahasa Inggeris, mungkin lebih difahami.

Wednesday, December 22, 2010

Kejohanan Ragbi 10’s Terbuka Tawau


Assalamualaikum
[Senam untuk kesihatan anda, 20 minit setiap sesi, seminggu 3 kali]

Ragbi. Semua tentu tahu. Ia merupakan sejenis sukan dimana sebiji bola yang tidak bulat direbut oleh dua pasukan. Cara merebut pula tidaklah sopan seperti bola sepak mahupun hoki ais. Jika anda gemar merempuh dan dirempuh, Ragbi sememangnya tercipta untuk anda.

Baru-baru ini, (18.12.2010) bertempat di Stadium Kompleks Sukan Tawau, telah berlangsung [sila baca tajuk post] yang dianjurkan dengan jayanya oleh Persatuan Ragbi Tawau (PRT). Yang menjadi taruhan pada kejohanan ini ialah Piala Datuk Tawfiq. Datuk Tawfiq ni kami punya YB, in case ada yang tidak tahu. Selain Piala pusingan, johan juga bakal membawa pulang wang tunai Rm1500, yang kemungkinan besar akan digunakan untuk membeli jersey baru bagi menggantikan jersey lama yang telah koyak semasa kejohanan.

Itu ialah sedikit info mengenai kejohanan. Satu soalan menarik ; Mengapa aku ada di sana? Menyibuk ka? Lebih kurang la. Pada hari tersebut, aku berpeluang menJoinkan diri bersama geng TawauBloggers untuk membuat cover kejohanan tersebut. Sis Maya, bro Agus, Sankai, Lisa Ali & Jenny. Untuk membaca versi yang lebih lengkap mengenai kejohanan ini, silalah melawat blog mereka orait!

Rugby TBU1


Antara pasukan yang mengambil bahagian. Aku pun tidak tahu berapa team yang join, apatah lagi mengingati nama pasukan mereka. Wujudku hanya untuk mengambil gambar. That’s one thing I love to do. Untuk senarai penuh pasukan dan pemenang kejohan ni, silalah lawat blog saudara Agus.

Friday, December 17, 2010

Siapa Pandai Berenang angkat tangan!!



Assalamualaikum
[Sedang mencuba YM beta yang baru..]

Salam 1 Malaysia. Hari ni aku buat entry pendek sahaja. Sekadar mencukupkan syarat bagi memastikan ke-Update-tan blog aku. Ketika aku menaip entry ni, mungkin ramai makcik-makcik sedang berjuang membeli periuk, sendok, ember dan beskong di bandar sana. 10 Muharram kan. Owh minta maaf bagi yang tidak memahami apa aku cakap. Bahasa Tawau. Hehe.

Pandaikah anda berenang? Bilakah anda pandai berenang dan siapakah yang ajar anda berenang?

Persoalan menarik. Bukan apa. Cikgu PJK aku pernah berkata, senaman terbaik ialah Berenang kerana hampir kesemua otot-otot kita akan bergerak ketika kita berenang.

Bila kita berjoging, hanya otot kaki yang banyak bekerja.
Bila kita bangkt tubi, otot perut merasa kesannya.
Bila tekan tubi, tangan yang banyak menderita.
Dan apabila kita mengumpat, otot mulut yang akan diguna.

So aku merapu sajalah hari ni ok. Aku teringin hendak berenang. Aku boleh berenang sejak kecil kerana aku sering curi-curi pergi mandi sungai tanpa restu orang tuaku. Siapa yang ajar aku berenang? Tiada. Aku jadi pandai selepas hampir lemas banyak kali. Semangat untuk Survive yang buat aku pandai berenang. Walaupun tidak hebat haha.

IMG_5274 copy


Jika anda membesar di kawasan kampung, aksi sebegini tentulah biasa bukan? Gambar ni aku amik di Tampi-tampi, Semporna. Yah semasa kecil aku juga pernah melakukan aksi sebegini. Alam kanak-kanak memang terbaik! Tidak perlu fikir pasal duit, cewek, assignment, dan politik.

Wednesday, December 15, 2010

Majlis Berkhatan beramai-ramai Kampung Pasir Putih

Assalamualaikum
[Minggu ini aku bermalas-malasan lagi]

Berkhatan adalah termasuk dalam sunnah Rasulullah s.a.w sebagaimana sabda Nabi saw yang bermaksud:"Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda: lima perkara yang menjadi sunnah nabi-nabi iaitu berkhitan, mencukur bulu kemaluan, mencukur misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak "(Riwayat Muslim)
Hukum berkhatan bagi lelaki dan perempuan adalah wajib mengikut imam Syafi'i sebagaimana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :" Daripada 'Uthaim bin Kulaib daripada ayahnya, daripada datuknya, bahawasanya ia datang menemui Nabi s.a.w sambil berkata: "Sesungguhnya aku telah memeluk Islam lalu baginda s.a.w bersabda: "Cukurlah rambutmu ketika kafir dan berkhatanlah ". (Riwayat Ahmad)

------------------------------------Source : Click HERE-------------------------------------

Wokay, itu adalah sedikit penyegar buat kita tentang kewajipan berkhatan. Mungkin ada yang bertanya mengapa kita perlu berkhatan atau bersunat kan? Rasanya tidak perlulah aku cerita apa itu berkhatan sebab semua pun tahu. Even nowadays, many non-Muslims also do this.

Baru-baru ini telah berlangsung majlis berkhatan beramai-ramai di kampung aku, Kampung Pasir Putih, Tawau. Disempurnakan oleh wakil Parilimen kawasan kami, iaitu Datuk Ghafur Hj Salleh. (Ntah betul ka aku eja mana dia ni). Kalau sudah namanya beramai-ramai, maknanya ramailah budak lelaki yang ‘bertuah’ merasakan nikmat pada hari tersebut.

IMG_5312 copy

Acara bersiram atau mandi beramai-ramai. Sudah menjadi satu kemestian yang mesti dilakukan. Yang penting ada air.

Untitled-1

“kamu mandi la puas-puas ya… Mandi… jangan malu… tahu la nasib kamu lepas ni.. Angry smile Angry smile

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Untuk Menceriakan Lagi Hidup anda!