Assalamualaikum dan salam Ramadhan..
[Semalam x buat post..lupa! haha]
Intro for the day, bulan ramadhan berkunjung tiba lagi. umat Islam berlumba2 untuk melaksanakan ibadah kerana pada bulan ini pintu rahmat terbua seluas-luasnya. (Benda ni sepatutnya semua umat islam tahu, maklum, dan lakukan)
Selain itu, dibulan ini jugalah terbuka seluasnya gerai2 bazar ramadhan di mana seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama berlumba-lumba untuk meninjau dan memborong disana. (benda ni sudah semestinya semua tahu, maklum, dan lakukan. 1 malaysia!)
Aku? aku sedang cuba untuk meminimakan penggunaan suara ketika di dalam kelas. takut nanti aku yg berpuasa setengah hari seperti murid2 ku.
Aku : Ok class.. can u tell me all the names of planets in our solar system?
Mereka menjawab secara berjemaah
Class : Yes sir!! Mercury....Venus.... Earth.... Mars.... Jupiter... SETAN... Uranus..
Aku ; Stop! stoooooop!!!!!!!! What??? SETAN??? Wrong!! salah tu.... SATURN...
~~Haih.. rohani dan jasmaniku menjadi letih lesu...