Assalamualaikum
Dalam seminggu lagi kita akan menyambut hari raya aidilfitri. Hari dimana umat Islam seantero dunia meraikan kemenangan setelah berlumba-lumba beribadat di bulan sebelumnya, iaitu Ramadhan. Jikalau dahulu, kad-kad raya mungkin sudah bertebaran di sana-sini. Namun kali ini, kita lebih banyak di TAG di gambar-gambar ucapan raya di Facebook. Canggih dan bijak.
Dalam masa seminggu inilah, orang ramai berpusu-pusu untuk ke bandar. Untuk bershopping pastinya. Aku juga tidak terkecuali. Tahun pertama beraya sebagai orang berkerja amat dinantikan. Bersemangat untuk membeli ini dan itu. Namun apakan daya, eksiden sebentar tadi membantutkan segalanya. Habis calar kereta aku. Habis bengkak kaki aku. Menangis mamaku, dan secara otomatis punah hasrat rayaku. Wah macam sajak.