Announcement!!!

The blog has moved to


Thanks for your support!!!


Check out this cool stuff:

Showing posts with label igal-igal. Show all posts
Showing posts with label igal-igal. Show all posts

Monday, April 25, 2011

Regatta Lepa 2011 : Part 1 (maybe)

Assalamualaikum

Going to make this one a quick one. Harus tidur awal kerana esok hendak drive ke Lahad Datu. Lepas tu minggu ini harus menghadiri temuduga spp. Sangat sibuk –> Ayat berbaur poyo macam aku sorang saja yang bizi.

22 hingga 24 April 2011. Tarikh berlangsungnya satu lagi acara tahunan di negeri Sabah, iaitu Regatta Lepa. Jika di KK sana ada pesta menuai, di Tawau sinun ada Festival Kebudayaan, nah di Semporna sini ada Regatta Lepa. (Bilakah Lahad Datu akan mempunyai acara tahunan?)

Actually this is my first time there. Sebelum ini aku tidak ambil kisah pun event yang berlaku disekitarku. Namun sejak mula menggilai aktiviti menembak ini, sebut sahaja, muka ini akan turun padang. Seperti pemimpin yang berjiwa rakyat tetapi memanipulasikan media untuk memperbodohkan jiwa rakyat.

regattalepa 

Friday, April 22, 2011

Pertandingan Ratu Fesyen Igal-igal 2011


Assalamualaikum

Hari ini, 22 April 2011. Berada di kampung halaman sempena cuti Good Friday. Petang ini Insya Allah akan ke Semporna untuk menyaksikan Lepa-lepa 2011. Bersedia untuk menambah shuttercount di kamera! yeah~~

Hendak seribu daya, hendak juga update blog. So sebelum aku mandi dan bersiap menunaikan solat Jumaat, akan aku selitkan beberapa gambar semasa Pertandingan Ratu Fesyen Igal-igal yang berlangsung di Kampung Hidayat, Batu 4, Tawau pada 16 April lepas.

Kepada yang tidak tahu, Igal-igal ni merupakan antara tradisi masyarakan Bajau dan Suluk di Sabah. Sabah sememangnya kaya dengan kebudayaan kerana kepelbagaian etnik yang terdapat disini. Jadi untuk memastikan seseorang menjadi anak jati sabah bermutu tinggi, haruslah sekurang-kurangnya tahu adat resam kaum lain ok!

IMG_0575

Yang di atas ni merupakan 3 adaripada 5 peserta ratu fesyen Igal-igal pada malam tersebut. Masing-masing memeragakan pakaian tradisi suku kaum Bajau dan Suluk. Disulami dengan tarian lemah gemalai, mereka cuba memikat hati juri. HAti penonton juga turut terpikat rasanya kerana sorakan dari pakcik-pakcik yang hadir begitu bergema sekali.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Untuk Menceriakan Lagi Hidup anda!