Announcement!!!

The blog has moved to


Thanks for your support!!!


Check out this cool stuff:

Showing posts with label google maps. Show all posts
Showing posts with label google maps. Show all posts

Thursday, January 13, 2011

Love Buzz.. Titanic versi Bugis


Assalamualaikum
[Aku mula berjogging..syabbas betta!!]

Kisah benar yang diceritakan ibuku:

Suatu masa dahulu, sebuah bot yang sarat dengan penumpang sedang dalam perjalanan dari Tawau (Malaysia) ke Sulawesi (Indonesia). Perjalanan kesana dahulu tidaklah seperti sekarang. Kadangkala mengambil masa hingga sebulan. Tu pun kalau anda tidak dibaham jerung lapar.

Dalam kalangan penumpang-penumpang yang ramai itu, ada seorang lelaki. Jack (bukan nama betul) namanya. Jika ada Hero, tentulah ada heroin. ganja, dan syabu. Heroin kita bernama Rose (pun bukan nama sebenar). Pada mulanya mereka tidak saling mengenali. Macam dalam cerita titanic tu jugak lah.

Nak dijadikan cerita, setelah separuh jalan membelah ombak dan badai, bot yang dinaiki mereka karam. Ibuku tidak cakap juga sebab apa. Yang pastinya bukan sebab melanggar ketulan ais. Malindo tiada ais ok! bot karam, penumpang pun mati lemas. melainkan mereka yang reti berenang dan bernasib baik sempat berpaut pada objek yang mempunyai daya apungan yang tinggi. Air laut yang disesarkan adalah sama nilai dengan jisim objek yang tenggelam. Archimedes Principle (can’t help it. I’m a physics teacher ok!)

Jack berjaya berpaut pada sebuah tong yang dicapainya. Sebagai lelaki budiman yang bujang, dia pasti akan menolong penumpang lain. Dia memaut seorang gadis yang sedang terkapai-kapai menanti lemas. Ya betul. Gadis itu ialah Rose. Mungkin ketika itu mereka tiada masa untuk menilai kehenseman dan kecantikan masing-masing. Sebab perjuangan untuk terus hidup itu yang penting.

sebelah tangan memaut pada tong, sebelah tangan lagi memaut seorang gadis. Dan anda berada in the middle of nowhere. Di tengah lautan. Jika anda menjadi Jack, apa anda lakukan? bermain Sony PSP? tentu tidak bukan. Berjuanglah untuk hidup. Apa yang membuat aku tersentuh, mereka masih solat walaupun dalam keadaan sebegitu. Yah.. tamparan hebat buat kita  yang baru sibuk sedikit pun sudah malas hendak solat.

1-2 copy
My Heart Will go On… Gambaq sekadar hiasan… Credit to momong and Wini

Saturday, November 13, 2010

Mari Ketawa sejenak..


Assalamualaikum
[badan aku masih terasa sakit akibat naik kereta selama 12 jam]

Selamat Berhujung minggu sahabat! Hari raya Haji bakal menjelma. Mungkin tidak se-Excited hari raya puasa tetapi penangannya tetap dinantikan. Kali ni aku nak buat post pendek je. Ada benda menarik untuk di share bersama anda. Mungkin ada yang dah tahu. Tapi apa salahnya tahu untuk kali ke dua pulak ok!
Ikut step by step yah:

1. MAsuk ke Google Maps
2. Klik 'Get Directions'
3. Taip 'Taiwan' pasa start location dan 'China' pada
end location
4. Baca step 24 pada direction tu...
5. Kalau anda tidak ketawa, anda bukan manusia normal..


Ok itu sahaja… cuba..try.. hikhik


Go to Google Maps Home

SudirSuichi


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Untuk Menceriakan Lagi Hidup anda!