Announcement!!!

The blog has moved to


Thanks for your support!!!


Check out this cool stuff:

Showing posts with label cikgu. Show all posts
Showing posts with label cikgu. Show all posts

Sunday, January 9, 2011

Selamat Pagi Cikgu


Assalamualaikum
[Bila bersendirian, Ilham pun datang]

Minggu ini sesi persekolahan telahpun bermula. Ya aku tahu sekarang hujung minggu. Tapi sumpah aku taip post ni pada 3.1.2011. Betul ni tak tipu. Hari ni aku hendak bercerita pasal keajaiban menjadi seorang guru. Kalau rajin boleh la layan cerita aku ni. Kalau tak mahu pun tidak mengapa.

Seperti kebanyakan guru yang dipostingkan di kawasan luar bandar, aku juga tidak terlepas dari cabaran dan dugaan. Mungkin jika masuk rancangan ‘Bersamamu’, aku boleh mendapat kutipan derma tertinggi. hahaha. Ekceli biasa saja sebenarnya. Waktu aku kecil dulu hidup lagi sengsara. Saja mahu menggempakkan keadaan.

Pada mulanya, kami bercadang untuk tinggal di sebuah rumah yang terdapat di dalam kawasan sekolah. Ye lah, kami orang jauh, tiada kenderaan, gaji belum masuk, dan kacak. Jadi opsyen terbaik ialah tinggal sehampir mungkin dengan sekolah. Agar kami mampu untuk pergi berkhidmat dengan mudah dan lebih bersemangat mendidik anak bangsa. Walaupun hakikatnya, kami malas bangun awal. Tinggal dekat ni boleh tidur lama sikit.

27.12.2010. Kami tiba di sekolah bersama beg besar akademi Fantasia untuk tinggal di rumah tersebut. Dengan bantuan Penolong kanan Hem kami, rumah itu berjaya dibuka dan dengan lafaz Assalamualaikum kami memasukinya.

Jika anda seorang gadis, anda mungkin menangis.
jika anda seorang Ibu, anda mungkin lebih kuat menangis.
Jika anda seorang Ustaz, anda akan menggeleng kepala sambil beristighfar.
Jika anda seorang penagih, anda akan cakap ‘Home sweet home!’
Dan jika anda menjadi kami, anda akan tersenyum kerana anda seorang yang cool dan penyabar.

Namun disebalik senyuman itu terdapat hati yang merintih. Rasa sedih pun ada, rasa lucu pun ada. Tapi apa yang pasti, jika anda sanggup membiarkan seorang manusia tinggal walau satu malam di rumah tersebut, kezaliman anda sudah setaraf dengan Raja Namrud si Firaun itu (Aku bergurau saja, don’t take it serious ok)

IMG_6592
Ini ialah kucing. Aku banyak berkongsi masalah dan berbual dengan kucing ini ketika kami kebosanan disana.. Nampaknya dia begitu memahamiku..

Monday, August 16, 2010

Aku Sayang Pelajar aku.. Tapi sayang perangai dia macam ni...


Haih~~ sayu hati aku bila tengok video nih. Kemana hilangnya rasa hormat seorang murid kepada gurunya? Sedangkan Guru itu adalah yang kedua selepas ibu bapa.

Tapi aku cuba untuk meletakkan diriku di situasi pelajar itu. Dan juga situasi sang guru. Ye lah aku ni kan baru lagi. Baru Habis belajar dan baru menjadi guru. Baru kan? Hehe.

Jika aku student itu : banyak benda yang memungkinkan aku bertindak seliar itu.

  1. 1. Parent aku, family aku berantakan. Ayah aku kaki botol, mak aku pula asek kena hempap dengan botol oleh ayah aku. Itu contoh situasi.
    2. Kawan-kawan aku. Kawan aku yang paling baik pun, pernah curi kambing jiran dia. Dan yang paling jahat baru je kena tetak geng kongsi gelap minggu lepas. That’s why I became like this.
    3. Ilmu agama aku. Last aku semayang kat masjid time aku darjah 3. Tu pun kena halau imam sebab main mercun atas mimbar.
    4. Kejantanan aku. Aku kan macho. Kenalah ego dan tak nak mengaku kalah. Barulah gadis-gadis di luar sana mahu add aku kat facebook.
    5. Putus Cinta. No girl no cry. Aku akan musnahkan seluruh dunia kerana dia memusnahkan hatiku. Hak hak.
Jika aku guru itu : Apa yang menghalang aku dari menyiku hidung pelajar liar itu?


  1. 1. Aku dilatih untuk menjadi penyabar. Sabar itu separuh dari iman. Manakala yang separuh lagi, tidak sabar. Haha
    2. Aku ikhlas mendidik dia. Aku yakin kekerasan bukan jalannya.
    3. Aku risau mak dia ni majistret, bapak dia ni pulak timbalan penyimpan mohor besar raja-raja. Mampos aku jap lagi.
    4. Kalau aku pukul dia, sapa nak backing aku? Sekolah? Another 100 years la kot. (ini mmg berlaku!)
    5. Aku tanak dia calar kereta Toyota Caldina aku kat luar tu. Calar la muka aku, but not my car ok.

To me, cekgu dalam vid ni memang sepenyabar-penyabar makhluk. Aku pun x pasti boleh jadi macam dia. Tapi aku lagi berharap, tak face situasi macam ni. Sebab aku ni tali pinggang hitam. Cewah~~

Tanpa guru siapalah kita ye tak?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Untuk Menceriakan Lagi Hidup anda!