Assalamualaikum
[Hari yang agak malang bagiku]
Satu kejayaan besar (kot) dalam hidupku... hari ini aku telah berjaya mengamuk di dalam kelas. ya tuan-tuan.. anda tidak tersalah baca.. mengamuk.. M.E.N.G.A.M.U.K..
Mengapa daku begitu gembira? yah..sejak aku praktikal sehingga aku menjadi guru ganti sekarang, nak dekat setahun dah, belum ada kelasku yang ku marah. hahaha. Tapi mengamuk-mengamuk aku tadi tu pun, aku masih tahan ketawa dalam hati. walhal bebudak tu semua dah cuak tahap sotong kangkung.
Aku cuba mengamuk mengikut garis panduan KPM (ada ka?).. tidak menyentuh mereka. so takdelah aktiviti ganas seperti menyimbah asid ke muka pelajar, mengikat pelajar kat pokok yang ada kerengga dan jauh sekali melemparkan kata-kata seperti 'bodo' 'bangang' etc.. hahaha