Announcement!!!

The blog has moved to


Thanks for your support!!!


Check out this cool stuff:

Showing posts with label Konvokesyen Upsi. Show all posts
Showing posts with label Konvokesyen Upsi. Show all posts

Saturday, November 27, 2010

Bergelar guru semula


Assalamualaikum w.b.t
[Ok mulai hari ni, boleh panggil aku cikgu balik…ha ha]

Salam perpaduan. untuk kesekian kalinya, blog in kutinggalkan lagi selama hampir seminggu tanpa update. Hasilnya? Ya.. sudah tentu pendapatan bersama Nuff merosot tatkala traffic aku juga merudum. Tapi tak mengapa, aku pun sudah tidak bergelar penganggur lagi. Itu yang agak menggembirakan.

So on with the main topic. Alhamdulillah setelah hampir setengah tahun menunggu, aku dan rakan-rakan telah dipostingkan. Ada yang gembira, ada yang menangis, dan ada yang menangis meraung ketika mendapat penempatan. As for me, Syukur Alhamdulillah. Walaupun bukan di kampung halaman, tapi aku gembira dengan rezeki yang aku dapat, Amin.

Aku sudah melapor diri di sekolah baru aku. Menarik. Tempat yang permai. Apapun kini terasa hasil usaha penat lelah selama 4 tahun belajar di Universiti, Anyway, wish me luck ok.

Oh ya, Gambar pentas konvokesyen aku dah pun sampai. Ok la juga rasanya. tiada bulu hidung, jerawat, dan panau yang kelihatan. Ye lah tidak semua gambar konvo itu kita puas hati ye tak? Dah la bayar mahal.. fuh..

HBD_0203-2


Final words, chase your dream & ambition. Don’t ever give up even if it means you have to fall a thousand time… Cayalah sudir! HAHA..


SudirSuichi

Thursday, October 21, 2010

CONTEST MORTAR BOARD : The Beauty In Ugly


Assalamualaikum
[aku mahu join contest plak..hehe]

Untuk ke main page contest ni, klik gambar kat atas..
Bagaimana? tentu anda teruja dengan contest ni bukan? aku dapat tahu pasal contest ni dari my good fren miss Leen. baik sungguh hatinya walaupun time konvo dia tak amik gamba dgn aku... hehehe. Lepas tu tuan penganjur contest ni, Mr. Edy pun invite aku join gak. So apalagi, saya ini pantang dijemput terutama apabila ada majlis makan-makan. Hehe...

Wednesday, October 20, 2010

Pre-COnvo Photoshoot..


Assalamualaikum
[Mak aih sudah berhabuk blog aku ni]

Aku datang lagi! setelah lama menyepi dari prasada blogging, akhirnya aku muncul (like anyone cares..haha). For the past 10 days aku beroutstation ke bumi semenanjung Malaysia, untuk melangsaikan satu lagi kerja tertunggak disana. iaitu berkonvo.

Alhamdulillah, selepas 4 tahun belajar, 4 tahun berlapar, dan 4 tahun mengelak penampar aku telah berjaya membuat orang tuaku menangis ketika aku naik ke pentas (yeaaah!!!). Pencapaiaknu tidaklah segempak mana. tapi lagi baek dari mereka yang pegi U tapi blajar entah kemana. dan hidup asyik nak kritik orang lain macam dia sorang ja bagus. hahaha.

So as for today, aku nak letak sket gambar pre-convo photoshoot al-cincai kami. Sunguh bersemangat aku book tiket awal ke sana, dengan harapan member2 aku ramai yang datang. last2 tengok 4 orang je. Tapi takpe! biar sedikit, janji mengigit!

Date: 11 & 12 October 2010
Venue : Tasik Proton & Proton City, Tanjung Malim
Talent : Syazwan, Basyir, Shahrul Mahmy, & me myself
credit : Bro shahir Aziz.

Tasik proton.. tempat yang indah untuk berjoging, berdating, and amik gamba...

Sunday, September 19, 2010

Majlis Istiadat Konvokesyen ke dua belas Universiti Pendidikan Sultan Idris

Assalamualaikum
[Tadi aku potong rambut.. boleh ke cekgu rambut pacak-pacak?]

Tajuk Entry aku ni pun sudah cukup skema untuk menjelaskan segala-galanya. Yup... setelah berhempas pulas selama 4 tahun, tanpa sebarang subject yang gagal, repeat, ataupun bodek lecturer untuk dapat A, akhirnya aku akan berkonvo pada 16 Oktober 2010.

In case ada geng upsi se-Batch aku yang termasuk dalam blog ni, bolehlah mengesahkan kehadiran konvo anda di SINI. Dan yang hendak mengetahui konvo anda sidang ke berapa, boleh rujuk di SINI.

Gambar sekadar hiasan

Konvo memang sangat dinanti oleh semua mahasiswa. Bagi aku, ini juga merupakan peluang untuk bawak parents aku round KL. Ayah aku dah 30 tahun tak pernah cuti (even hari raya pun dia kerja ok!) manakala mak aku teringin nak gi Genting.

Ok, sebenarnya aku ingin memberi sedikit saranan kepada para pembaca semua, berkaitan cara terbaik untuk memberi nama kepada anak lelaki anda. kepada yang akan bergelar ayah, yang ingin bergelar ayah, selagi anda bukan pengikut Ayah Pin, bolehlah mengambil pengajaran dari kisahku ini.


Ok semua, kat atas ni list name giliran pengurniaan ijazah untuk budak sains batch aku. Seperti yang anda lihat, namaku ialah yg telah sedia di highlight olehku.

Jangan perhatikan namaku, sebaliknya lihatlah nama-nama lain di dalam list tersebut. ya... semuanya PEREMPUAN.. Inilah bahana mempunyai nama berpangkal 'S' bagi lelaki. Walaupun namaku itu popular (hehehe...) tapi kalau dah sampai macam ni, mau tak aku duk diam je dalam dewan nanti! hahaha

So nasihatku, jangan bagi nama anak lelaki anda gengan huruf yang biasa di dominasi oleh kaum hawa. Kompom dia akan tersipu-sipu malu ketika konvo nanti..hehehe.

Apapun, aku tetap sangat-sangat bersyukur kerana telah menghabiskan pengajian. selangkah ke alam dewasa nampaknya. Semoga segalanya berjalan lancar..Amin...

"Anak Tiri Suluh Budiman" hak hak



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Untuk Menceriakan Lagi Hidup anda!