Assalamualaikum
Hari ini aku tiada gambar mahu dikongsi. Gambar banyak sebenarnya. Buktinya, kad memori aku penuh dengan gambar dua orang berlainan jantina yang ‘overdressed’ dan bermekap tebal. Berposing sakan di mana sahaja tetapi orang suka. Dalam bahasa saintifiknya, mereka digelar ‘Pengantin Baru’. Tahniah.
Ingin ku kongsikan disini satu event yang best, buat warga Tawau, khusus, dan seluruh warga Sabah, umum. Konsert Fenomena 30 Tahun Search yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Tawau pada 24 Disember 2011. Yeay~
Tidak hairan, nama Search sudah mekar di segenap pelusuk Malaysia, termasuk daerah di hujung ceruk yang bernama Tawau ini. Menurut sumber, Search pertama kali datang ke Tawau pada tahun 1994. Ketika itu, aku hanya memahami perkataan ‘SEARCH’ dengan maksud ‘CARI’. Sebab itu yang diajar oleh Guru Bahasa Inggeris aku. Secara totalnya, kumpulan Search sudah tiga kali datang ke Tawau. A thousand thanks!
Dalam kalangan penduduk Tawau, tidak kira muda, tua, miskin, kaya, kaya sombong, nama Search sangat-sangat mereka kenali. Buktinya, baru sebentar tadi aku berdiskusi bersama ayahku:
Aku : Daddy, Search mau datang Tawau buat konsert 24hb ni.
Daddy: Search? Apa tu? Macam Broery Marantika ka mereka menyanyi?
Aku : Bukan lah Daddy.. alah yang penyanyinya Amy Search tu.
Daddy : Oh kenal.. Amy Search! Yang lelaki tu kan? Kalau perempuan pula namanya Amy Mastura kan?
**Segala dialog adalah 95% benar kecuali part ‘daddy’ tu. I don’t call my dad with that name.
Sejujurnya, aku belum pernah lagi menghadiri sebarang konsert Search. Oh Pernah sekali, semasa Konsert Double Trouble di Tawau pada tahun lepas, itu pun cuma mendengar dari luar stadium. Itu sajalah pencapaian terbaik aku. Tahniah,
But hey, I know all the line-up ok! Amy, Kid, Nasir, and Yazid. Cuma sayangnya Hillary Ang sudah tiada dalam band ini. A Chinese man with a guitar in his hand look so cool to me! Tapi selagi ada Uncle Amy kita, taring Search tidak akan tumpul walau seinci pun. Definisi OTAI sebenar.
Search - ketika Sidang media konsert fenomena tahun Search, Tawau dan Kuching.
Dan aku, tanpa secebispun rasa riak dan takabbur berasa berbesar hati kerana terpilih sebagai salah seorang Blogger untuk Konsert Fenomena Search di Tawau pada 24 Disember nanti. Sangat teruja. Boleh masuk tengok Search perform. Btw, InsyaAllah aku akan dapat satu tiket lagi. Sekaranglah masa untuk anda berbaik-baik dengan aku jika mahu tiket itu. Secret Recipe pun sudah memadai.
Akhir kata, all the best for this concert. Kepada warga Tawau, dan yang bermastautin di sekitarnya, Jikalau ada kelapangan dan sudah sembahyang Isyak, bolehlah datang. Bukan apa, ini mungkin saja konsert terakhir kumpulan Search di daerah kita. Mereka artis tempatan, OTAI pulak tu. Jika betul ingin majukan industri, sokonglah mereka dahulu. Jangan bicara soal bawa Justin Bieber segala (contoh). We have better artist right here in Malaysia.
Keep updated on the concert by clicking LIKE on the official Facebook page of Konsert Fenomena 30 Tahun Search Tawau. Till next time orait!
~Sudir Suichi Search~ <--------- Ada hati mau jadi artis nih
salam kenal,,sukses yahh dengan postingan nya
ReplyDelete