Assalamualaikum Tuan!
Weekend tiba lagi. Namun yang menariknya, weekend ini terletak pada MonthEnd (hujung bulan), manakala YearEnd (hujung tahun) pula semakin hampir. Aku telah mencipta perkataan baru yang mungkin saja bisa memesongkan aqidah bahasa Ingeris anda. Abaikan.
Hujung tahun amat sinonim dengan 3 perkara. Musim perkahwinan, musim cuti sekolah, dan pastinya, musim peperiksaan.
Melihat pelajar mengambil peperiksaan membuat aku mengimbau kembali masa-masa aku belajar dahulu. Tidak sangka dahulu aku pernah duduk seperti mereka, menjawab soalan yang entah apa-apa, dan berjaya melepasi semua itu dengan jayanya walaupun kerap gagal bercinta.
Mungkin tips ini berguna. Sebelum keluar dari rumah untuk pergi menghadapi diktator kejam yang bernama peperiksaan, pastikan anda mendapat restu kedua ayah bonda. Kucup tangan dan pohon ampun dan doa dari mereka. Pastikan ini dilakukan. Cari mereka sampai dapat. Di mana sahaja, cari. Tapi kalau ibu bapa anda sedang bertugas sebagai angkasawan di bulan, tidak mengapalah.