Announcement!!!

The blog has moved to


Thanks for your support!!!


Check out this cool stuff:

Tuesday, February 14, 2012

Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau 2012


Assalamualaikum

A quick brief : Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau telah diadakan pada 11 Februari 2012 yang lepas. Temasya tahunan yang baru berusia dua tahun ini merupakan satu Identiti daerah Tawau yang diwujudkan bagi mengetengahkan kepelbagaian kaum yang terdapat di Tawau khususnya dan Sabah amnya. Selain itu, Festival ini juga secara tidak langsung mampu mempromosi daerah Tawau di peringkat antarabangsa.

Ok pengenalan yang cukup skema itu amat memedihkan jari jemariku yang menaip ini. Sebagai kakitangan kerajaan yang rajin kerja tapi malas update blog, dewasa ini aku hanya mampu berblogging jika ada event menarik berlaku disekitarku.

Masuk tahun kedua krew Tawau Bloggers / Tawaurian diberi peluang untuk turut sama menjayakan Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau. Bukan nama yang dicari, Bukan menggambar untuk koleksi diri, ataupun berpoyo mengusung kamera kesana-sini. Segalanya kami lakukan demi minat dan rasa sayang kami kepada daerah Tawau tercinta. Ya mungkin kata-kata sebegini hanya wujud dalam drama korporat bersiri. Namun bila bercerita pasal ikhlas, tentunya Allah saja yang tahu.

festival kebudayaan antarabangsa tawau 2012-5
Jemputan dari Indonesia. Ni la aku malas ni. Kenapa mereka kiut??

Untuk menceritakan berkenaan etnik pada malam tersebut, tentunya aku tidak reti. Namun yang pasti, berbeza dengan tahun lepas, setiap kontinjen dalam Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau 2012 ini turut mempertontonkan kepada umum adat perkahwinan masing-masing. Melihat mereka sahaja boleh buat mereka yang bujang terus ingin berkahwin. OMG..

festival kebudayaan antarabangsa tawau 2012-15

Tarian dari adik-adik etnik Cina

Saturday, January 7, 2012

Tawau New Year Fireworks


Assalamualaikum


Selamt Tahun baru 2012. Tahun yang dicanangkan sebagai tahun kiamat oleh mereka yang lari samping aqidahnya. Kiamat itu rahsia Dia. So biarlah rahsia.

Mungkin agak terlewat untuk wish tahun baru. Namun tarikh hari ini masih boleh dikatakan ada aura tahun baru. Apatah lagi jika anda menharungi tahun baru ini dengan sesuatu yang baru dalam hidup.

Contohnya paling mudah dan kacak, aku. Tahun baru ini aku berpindah ke rumah baru, dapat sekolah baru, ada peti sejuk baru, dan kereta aku baru sahaja dianiaya oleh pencuri jalanan.

Apapun jua, tidak kira guru, pencuri, atau artis Korea sekalipun, kerja seharian tetap diteruskan demi menggapai impian kehidupan. Halal atau haram sahaja yang menjadi persoalan. BTW, Kerja dalam bahasa inggeris dipanggil Work.

What is the hottest work in the whole universe? Anyone??? Well, the answer is FIREWORKS.. of course.

So gambar hari ini adalah hasil percubaan pertama aku mengambil gambar bunga api pada 1 Januari 2012 yang lepas. Tepat pukul 12 pagi, dan bertempat di Airport Lama, Tawau.


IMG_7358 copy

Monday, December 26, 2011

Konsert Fenomena 30 Tahun Search Tawau, AWESOME!!


Assalamualaikum

Semoga dunia berada dalam keadaan sejahtera hendaknya. Ini merupakan tugasan terakhir aku untuk Konsert Fenomena 30 Tahun Search yang baru sahaja melabuhkan tirai dengan penuh bergaya, pada 24 Disember lepas.

Satu perkataan yang boleh aku gunakan untuk describe konsert itu: Total Extreme Awesome! Oh tiga perkataan sebenarnya. Apapun sekadar omongan tentunya tidak cukup untuk menggambarkan segalanya. Jadi untuk menggambarkan, kita perlukan gambar. kan? Masuk akal.. masuk akal..

konsert fenomena search tawau 3

Line up Search, ramai yang sudah tahu. Walaupun sudah bergelar otai dan datuk, energi dan showmanship mereka boleh menandingi anak muda yang baru lepas SPM. Malam itu aku berpeluang berada di hadapan pentas utama Konsert ini. Kebenaran untuk mengambil gambar aku manfaatkan sepenuhnya. Terima kasih kepada penganjur yang memberikan peluang satu dalam sejuta ini. So, Gambar Konsert Fenomena 30 Tahun Search, behold!

IMG_6344 copy
Stacy

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Untuk Menceriakan Lagi Hidup anda!